Bab 3

627 20 6
                                    

Aku kembali membuka mata. Ya allah dekatnya. Matanya merenung tepat kearah aku manakala kedua tangannya sudah mengepung ku.

"Bo..bos nak buat apa ni." Pertanyaan aku tidak di endahkan. Bagaikan angin yang lalu di telinganya. Tetapi matanya terus merenung wajahku dengan pandangan yang tajam.

"Bos lepaskan saya. Bos nak buat apa dekat saya sebenarnya ni." Aku berkata dengan nada yang tinggi.

"Saya nak rasa awaklah. Sama ada awak ni hot atau pun tidak." Dia berkata dengan suaranya yang mengoda.

Aku hanya mampu menelan air liur dan aku dapat merasakan mata aku kian panas. Peluh dah menitik. Aku menutup mata untuk cuba bertenang.

"Hahahaahaha.. "

Knpe dia gelak? Apa yang lawaknya. Aku membuka mata. Aku dapat melihat yang wajahnya sudah kemerahan di sebabkan ketawanya. Tapi apa yang lawak sampai ketawa dah nak pecah perut?

"Kau sepatutnya tengok muka kau macam mana tadi. Sumpah lawak."

Aku memandang tepat kearahnya. Aku rasa sekarang ni darah aku dah takat 100 darjah celcius.

"Main-main aja. Ingat kan berani sangat."

"Kau fikir perkara yang kau nak buat main tadi tu lawak ke. Kau tak tahu ker apa yang kau buat tadi tu soal maruah diri aku. Kau tahu tak"

Sudah hilang panggilan bos dari mulut aku. Mata yang tadi aku rasa panas sudah pun mengeluarkan cecair iaitu air mata.
Aku berdiri dan mengambil beg tangan dan terus berlari keluar. Nasib baik aku tak pakai kasut tumit tinggi. Kalau tak mungkin dh patah dua kaki aku.

Pintu utama sudah berada di depan mata. Aku menolak. Eh, tak boleh bukak pun. Aku cuba menolak sekali lagi. Tetap tak boleh.

Aku melihat kelua. Memang patut pun tak boleh bukak sebab pintu dah kena gari dan telah di kunci. Aku meninjau persekitaran diluar. Memcari mana tahu ada pak guard yang tengah melakukan rondaan ke. Boleh suruh dia bukak.

"Awak cuba banyak kali pun tak akan terbukak pintu tu." Aku hanya mendiamkan diri.

"Ema, I am really2 sorry about that. Aku tak bermaksud pun nak buat apa- apa dekat kau."

Dia pujuk aku ker ni. Hihihi. Terasa bangga pulak. Nak rakam buat video boleh tak agaknya? Tak ape2 kita silent dulu. Nak tahu jugak ayat apa yang akan keluar lepas ni.

"Ema... I am sorry. Ema please say something. Nur Ema Suraya. Please forgive me. Aku tak ada niat pun nak buat kau menangis."

Tidak tahu mengapa. Amar terasa perit melihat air mata jernih wanita dihadapannya mengalir. Bagaikan ada sebilah pedang yang sedang menusuk ke dalam hatinya.

Aku memusingkan badanku yang sedari tadi membelakangi Mr A.K.A.

"Nama penuh bos apa?"

"Err.. kau memang tak tahu nama aku atau pun kau lupa nama aku?"

"Saya memang tak tahu nama bos." Aku jawab dengan jujur. Sepanjang tiga hari aku bekerja sebagai PA dia pun aku tak tahu nama dia.

"Nama aku Amar.. Amar Kasyah Arjuna."

Mak ai.. panjangnya nama dia. terbelit-belit lidah ank nak menyebutnya. Macam dah nama Raja2 zaman dulu pulak.

"Sekarang ni macam mana kita nak balik? Pintu utama dah berkunci. Pintu belakang dah berkunci ke belum?"

"Tadi aku dah cek. Semua pintu keluar masuk dah terkunci dari luar."

"Habis tu sekarang ni macam mana?"

"Macam ginilah."

Eh, dia ni orang tengah risau dia main2 pulak.

"Sekarang ni macam mana kita nak kelua. Saya tak nak tido dekat sini."

"Boleh tak kita bincang dekat dalam bilik aku."

Aku berjalan beriringan dengan dia. Alamak kekoknya. Rasa macam semua benda tak kena. Bagus!! Lif dah ada dekat depan mata.

Amar menekan butang lif. Ai, asal tak boleh bukak pulak?. Amar menekannya sekali lagi. Kemudia, dia memandang kearahku.

"Apa?"

"Kita kena naik tangga kecemasan"

Oh tidak!!!

**********

Mak penatnya. Dah lama tak naik tangga. Baru tingkat 5 dah mencunggap. Belum lagi tingkat 6,7,8 . Boleh pengsan aku. Dah lah bilik mr a.k.a ni tingkat 16 Pengsanlah aku. Huhu.

"Nah minum." Dia menghulurkan sebotol air mineral kepadaku.

"Duduk dulu, tak elok minum berdiri."

Dengan secara automatik aku duduk di atas salah satu anak tanga. Tertanya2 jugak aku. Bila masa pulak dia beli air mineral ni.

Hmm. Tak perlah. Dengan nafas bismillah aku meneguk air. Ya allah, nikmatnya. Aku memandang ke hadapan. Eh, mane pulak dia ni. Kenapa bahu aku terasa berat pulak ni? Bila pulak dia duduk sebelah aku ni? Tup2 jer dah siap lending dekt bahu aku.

Apa nak buat ni ? Nak kejutkan atau biarkan? Aku memandng wajahnya. Hmm, handsome gak muka dia waktu tido. Nampak tenang jer. Aku tengok pun terasa tenang.

"Aku tahulah yang aku ni kacak. Tak payahlah nak tenung muka aku lama2 nanti terjatuh sayang."

Erk, camne dia tahu ni? Dia tengah tidur ke tak ni? Aku melambai2kan ku kearah wajahnya.

"Apa masalah kau ni. Duduk diam2lah sikit. Aku nak tidur pun tak boleh."

"Tapi.."

"Syuhhh.. duduk diam2 awak saya tengah penat ni."

Aku terpaku seketika. Kali dah masuk kali kedua dia cakap selembut ni dekat aku. Tapi sebenarnya aku tak kisah pun dia nak tidur dekat bahu aku. Tapi yang peliknya, sebab apa pulak dia pegang erat tangan aku.

Entah kenapa mata aku menjadi berat dan makin kabur dan kabur. Akhirnya mata aku tertutup tanpa aku sedari.

*****

My Lovely MR A.K.AWhere stories live. Discover now