Bab 12

499 20 0
                                        


  Aku terkejut. Buat kali pertamanya aku masuk kedalam taman perumahan yang ada rumah sebesar agam.

Nak kata taman perumahan macam tak. Tapi dekat depan tulis Taman Kristal. Bila masuk dalam semua rumah mempunyai luas tanah yang besar. Rumah pun sebiji - sebiji.

Amar memberhentikan kereta dihadapan salah sebuah rumah agam. Rumah tersebut berwarna putih. Rasanya ada tiga tingkat. Tetapi yang paling menarik perhatian aku ialah taman bunga. Cantik kut. Siap ada kolam ikan lagi.

Baru aku tersedar Amar telah memasuki perkarangan rumah tersebut. Tetiba aku rasa macam batak pun ada. Adumak!! Jatuh saham wanita melayu terakhir aku dekat depan mr a.k.a. ni.

"Saya rasa awak dah boleh tutup mulut tu kut. Dah cukup dah lalat dua ekor masuk. Awak tak perasan ker. Lagi satu, lap sikit mulut tu. Dah keluar air liur dah pun."

Erk.. betul ke?. Masuk lalat?. Air liur keluar?. Kalau lalat tu nampak bebenor tak logiknya sebab aku ada dekat dalam kereta. Tapi kalau..erk.. aku cepat - cepat mengelap mulut ku. Kut - kut mana tahu ada air liur.

"Cukup - cukup lah tu lap mulut kau tu. Nak tertanggal bibir kau aku tengok. Jom keluar mummy aku dah tunggu tu. Aku nak pesan sikit ni. Jangan buat perkara yang memalukan aku. Faham."

Aku mencebik. Hek eleh, gediklah mamat ni. Tahu lah aku nak jaga diri. Kau pikir aku gila ke hapa nak malu kan kau. Aku pun ada maruah lah!!.

"Faham tak ?!!."

Nasib tak pecah gegendang telinga aku. Tahu lah hari - hari menjerit, tapi tak payah lah nak menjerit betul - betul dekat telinga aku.

Aku hanya mengangguk dan cepat - cepat aku keluar daripda perut kereta. Aku memandang Amar. Dia sempat lagi pesan dekat aku supaya jalan seiringan dengan dia. Nak tunjuk sweet katanya. Menyampah!!.

"Assalammualaikum.."

Amar memberi salam sebelum memasuki rumah. Belum sampai seminit seorang wanita yang agak berusia tetapi tampak alegan keluar untuk mendapatkan kami.

"Waalaikumsalam.. Amar jomlah masuk dalam. Bawak sekali yang dekat sebelah tu. Mummy tengah masak dekat dapur tu."

Aku hanya mengangguk dan mengikut Amar masuk ke dalam. Kalau tadi kita cakap pasal halaman dia. Sekarang ni kita dekat ruang tamu. Gile besar!!.

"Amar dengan..."

"Ema aunty."

"Ouh, Amar dengan Ema duduk lah dulu aunty nak masak dekat dapur sekejap."

Ish, tak kanlah aku dngan dia aja nanti dekat sini. Lebih baik aku masuk dapur. Tak lah rasa pelik kan?.

"Aunty, ermm... boleh tak kalau.. kalau saya tolong aunty dekat dapur?."

"Eh, boleh apa salahnya."

  Saat tu aku terpanar ketika melihat senyuman mummy Amar. Sungguh cantik. Senyuman lembut itu lebih terserlah kerana adanya lesung pipit.

**********

My Lovely MR A.K.AWhere stories live. Discover now