Aku melihat jam di pergelangan tanganku. Lagi 2 jam dah nak masa balik. Yes!!
"Ema"
"Hurmm, apa?"
Aku terus melakukan kerjaku sambil melayan karenah Lia.
"Kau rasa kenapa Mr A.K.A kau tu dah seminggu tak datang kerja?"
Memandang tepat kewajah Lia. Aku berfikir sejenak kenapa Mr. A.K.A tak datang kerja.
"Entah lah wei. Aku tak ada jawapan untuk soalan kau."
"Kau kan PA dia. Takkanlah kau tak tahu."
"Kau fikir aku ni bini dia ke nak tau kemana dia menghilang?. Lagi pun biarlah dia tak nak datang kerja terus pun. Lagi pun nikan syarikat bapak dia."
"Ni memang syarikat bapak saya. Ema, masuk bilik saya sekarang!"
Glurp!!
Aku memandang Lia. Lia memandang aku. Lia membuat isyarat suruh aku masuk kedalam bilik Mr. A.K.A. Belum sempat aku berkata apa-apa Lia sudah melambaikan tangannye kearahku sambil tersenggih mengejek!
Tak guna punya minah. Dia dah tahu rupanya Mr.A.K.A ni masuk kerja arini. Saja je suruh aku cakap benda-benda yang tak sepatutnya. Tapi kenapa dia masuk waktu habis kerja?.
Tarik nafas, hembus~ tarik nafas, hembus~.
Pintu biliknya aku ketuk perlahan. Tiada sahutan dari dalam. Aku malas menunggu dan terus memulas tombol pintu.
Oh mak kau!!!
Nasib umur aku panjang! Kalau tidak mamang dah arwah dah aku. Mamat ni pun satu! Dah buang tebiat ke berdiri depan pintu. Eiii hati sahaja hati ini!!!!.
"Kenapa lambat sangat nak masuk bilik saya?"
"Bila masa pula saya lambat masuk bilik bos? Bos yang tak suruh saya masuk masa sama ketuk pintu tadi."
Amar tidak memberi respon dan terus berjalan menuju kearah tempat duduknye. Aku mengikutinya dan duduk di atas kerusi di hadapan meja kerjanya.
"Awak dah fikir tentang tawaran saya?"
Glurp!
Dalam banyak-banyak soalan, kenapa soalan membunuh tu jugak dia tanya??. Aku hanya tunduk diam tanpa bersuara. Aku tak tahu nak jawab ape. Kalau aku setuju dengan tawaran dia untuk jadikan aku sebagai isteri dia, atas motif ape aku setuju?. Lagi pun aku tak ade perasaan dekat dia!.
"Dah bisu ke atau pekak? Saya tanya awak dah fikir ke belum tawaran saya!"
Tersentak aku apabila tiba-tiba sahaja dia menengkingku. Aku tak faham, apa salah aku sampai aku kena tengking begini?
"Bos! Bos rasa ada ke perempuan yang senang-senang saja nak terima tawaran macam yang bos tawarkan dekat saya. Bos ingat saya ni ape?"
Amar menarik nafas dan hembus nafas beberapa kali untuk menenagkan diri. Entah kenapa dia terasa marah disebab dia ternampak Ema bergurau senda bersama lelaki lain di shopping complex tempoh hari. Bagai terlayar-layar di ruang fikirannya sekarang.
Dan yang paling tak masuk akalnya, Amar terus book tiket ke New York dan ambil cuti selama seminggu tanpa pengetahuan sesiapa.
"Ema, saya..saya..sa.."
Amar bagaikan kelu lidah. Sukar untuk menutur kata. Dia tak tahu kenapa, tetapi dia rasa dia nak memiliki wanita yang sedang berdiri dihadapannya. 'Am I crazy?'
"Macam nilah bos, apa kata bos pergi ke kampung saya. Jumpa mak bapak saya. Kalau mak bapak saya setuju, saya akan khawin dengan bos. Tapi, kalau jawapan mak bapak saya sebaliknya, begitu jugalah jawapan saya."
Amar memandang Ema sejanak dan memikirkan cadangan Ema itu tadi. Betul juga apa yang Ema kata. Kalau ibu bapa Ema setuju lagi senanglah aku nak dapatkan Ema.
"Baiklah, kalau macam tu. Saya akan bagi tahu mummy saya untuk masuk meminag awak."
Biar betul dia ni? Aku main- main aja kut pasal cadangan tu tadi. Habislah!! Kalau mummy Mr A.K.A ni masuk meminang aku, maksudnye, mak dan abah pasti setuju sebab dorang memang tak sabar nak tengok aku kahwin!!!
Cool Ema, cool!!
"Kalau bos dah taka ada apa-apa lagi nak cakap dengan saya, saya balik dulu. Sebelum tu, saya nak mintak cuti semalam dua minggu."
Tanpa menunggu respond daripadanya aku terus berjalan keluar daripada biliknya.
Aku mengemas semua barangku diatas meja. Setelah selesai, aku mengambil beg tanganku dan kunci kereta.
Aku berjalan dengan riak wajah selamba bagai tiada apa yang berlaku. Tetapu dalam hati, menyumpah-yumpah pasal apa yang aku cadangkan kepada Mr .A.k.A tu!.
'Habislah zaman bujangku!!!'
*****
YOU ARE READING
My Lovely MR A.K.A
RomanceCerita ini mengisahkan Nur Ema Suraya seorang perempuan yang biasa2 dan hidup yang biasa. Hidup Ema menjadi hura-hara setelah menjadi pembantu peribadi kepada Amar Kasyah Arjuna ataupun nama timbangannya MR A.K.A. Atas tindakan gila Amar mereka terp...