Ingat tak seksa ke jadi pengapit ni? Seksa tau!! Nak kena senyum sepanjang majlis berlansung, muka kena ayu+ anggun, berdiri lagi. Aduh! Sakit kaki mak!.
Nak makan pun tak senang. Ada sahaja orang nak tangkap gambar. Kalau tangkap gamba pengantinnya sahaja tak per lagi. Ni siap sekali pengapit!! Agak-agaklah wei! Orang nak makan kut.
Tu baru seksa pertama!
Seksa kedua ni lain macam sikit. Seksa dia sampai buat aku tak bolah bernafas! Seolah-olah pokok-pokok dekat muka bumi ini dah tak boleh melakukan proses potosintesis! Eceh-eceh, kau Ema! Siap masukkan sekali ayat sains. Muahahahaha!!
Eh! Apa aku merepek ni. Okay! We back to our subjek! Sebab ada si dia! Sapa lagi kalau bukan MR. A.K.A!!! Naik sesak nafas ni. Nasib aja umur aku panjang tau!.
Seksa ketiga ni lagi buat aku rasa macam nak menari habibi tau tak! Mana tak nye, semua tetamu yang hadir rata-ratanya mengusik aku dengan dia. Nak jadi kisahnya, adalah seorang mak cik ni. Tapikan sebenarnya bukannya nak sangat cerita pasal mak cik ni! Tapi ayat dia. Perghhh!!! Superrb guyss!!
Patut ker dia cakap 'lepas korang berdua ni, pasti yang jadi pengapit dekat belakang ni pulak kan, mak cik tengok kamu berdua ni sesuai sangat! Macam pinang dibelah dua, bagai cincin dan permata, macam enggang sama enggang gitu.'
Ayat membunuh kut! Nak aja aku menyorok dalam kain kembang milik Tasyah! Malu kut! Adakah patut mak cik kata kami berdua macam pinang di belah dua?? Kami ni bagaikan pinang di belah kapak, bagaikan pasir dan tanah, macam enggang dan pipit adalah!. Kami berdua tak sama dan tak sehaluan!
Seksaan yang keempat! Membuatkan jantung aku menyanyi lagu hear attack tau! Cuba koranga bagi tahu aku macam mana jantung aku tak menyanyi lagi heart attack kalau setiap kali mata bertembung dia akan bagi renungan bapak tajam!!.
Kalau iya pun tak puas hati tentang dekat pejabat pun, janganlah sampai bawak dekat sini! Baru aja aku nak seronok-seronak sambut Tasyah punya wedding, tapi dia dah rosakkan. Tak guna betul!!!
Kriuk..kriuk..kriuk..
Mak aihh, lapar gila douh!! Aku melihat jam di pergelangan tangan. Patutlah lapar! Pagi tadi tak makan sarapan. Tengah hari makan sikit jer sebab kena ayu!
Kaki melangkah keluar dari rumah. Aku melihat rata-rata meja di bawah khemah sudah di kemas. Aku berjalan menuju kearah Rita, kak Ifwan, abang Zaq dan lain-lain. Kesemuanya sedara dan adik beradik Tasyah. Cuma Tasyah sahaja tak ada sebab pergi tangkap gamba pengantin.
Aku yang agak rapat dengan mereka terus sahaja duduk di kerusi kosong antara mereka. Terhenti sebentar perbualan rancak mereka. Habis badan aku ditilik dari atas ke bawah! Ni yang bertambah menakutkan. Ada yang tak kena ke dekat baju aku?."Apa pandang-pandang?"
Aku menjongkitkan kening ala-ala Ziana Zain. Ingat aku tak reti ke angakat kening? Kalau aku angkat kening Ziana Zain pun surrender! Hahahhah! Perasan jer lebih!!
Melihat mereka semua menahan tawa membuatkan aku bertambah berbulu! Kalau ada beruk,beruk pun kalah sebab bulu aku lagi tebal!! Eh, apa lagi yang aku merepek ni! Aduh!
"Eeii!!!! Apa ni! Korang ni saja je nak kenakan Ema kan!. Cakaplah!"
Memang aku membahasakan diri aku sebagai Ema sebab kita orang dah lama kamcing! Nak jadikan cerita, dulu masa aku sekolah menenggah aku adalah jiran kepada keluarga Tasyah!. Hari-hari aku datang rumah Tasyh untuk belajar sama-sama. Oleh kerana itu, aku memang rapat dengan adik beradik dan sedara Tasyah!.
"Tarapapa."
Sahut Abang Iwan. Rata-rata senyuman nakal masih tersinggung di bibir mereka. Aku malas nak melayan perangai kebudak-budakkan mereka. Dah besar pun nak main teka-teka. Ingat kita budak lagi ke?! Aku bangun dari duduk dan menuju ke bahagian makn malam.
Makan malam memang letak dekat luar disebabkan masih ramai lagi manusia yang rajin bertandang untuk menolong apa yang patut.
Terus bersinar mata aku melihat makanan yang terhidang indah. Hihihi. Mana tidaknya over+teruja kalau nampak nasi lemak ayam kentaky!! Meleleh air liur. Slurpp!!! Sedut balik air liur biar masuk kembali kedalam mulut. Hahah.
Sesudah selesai mengambil makanan, aku terus duduk dimeja berhampiran. Acah merajuk dengan dorang sebab tak nak share story!. Gedik tak? Ada mak kesah!! Hahahha.
Sempat juga aku mengerling ada susuk tubuh lelaki di sebelah. Aku tidak menghiraukan sebab cacing dekat perut aku menangis nak makan!!. Alah kesiannya lah korang.
Selepas membaca doa makan, aku terus menyuapkan nasi kedalam mulut ku. Ya Allah! Nikmatnye.... nilah orang kata, kalau nak makan biar rasa betul-betul lapar. Baru terasa nikmat makanan serta timbul rasa bersyukur kerana dapat makan. Tidak seperti sedara kita yang berada di Palestin. Kesian mereka! Marilah sama-sama kita mendoakn kesejahteraan dan keamanan kepada mereka.
Aku tahu banyak mata memandangku, tetapi aku tidak hiraukan. Malas! Bolayan! Mereka tak tahu yang aku tengah lapar! Sebab itu jugalah aku mengambil nasi setinggi gunung everest! Erk.. okay tipu jer! Sebenarnya setinggi busut anai-anai jer yang setinggi gitu. Alah pandai-pandai jerlh korang bayangkan. Ok!
"Amboi, makan banyak nampak!"
Suara Kak Ifwan menjerit menegur ku atau lebih tepat menyindirku.
Aku menoleh belakang lantas aku menghadiahkan jelingan maut.
"Hu~ takut abang melihat jelingan yang sungguh tajam itu duhai adik ku."
Kini, suara abang Hairul pula mengenakanku (suami kepada Kak Ifwan). Dorang dua ekoq ni!! Memang patut pun dorang berudua berkhawin! Sama saja kepala otak!.
"Terus dah tak bersuara lepas membawa diri duduk disebelah buah hati jantung penggarang jiwa lara. Siap pakai baju sedondon kau!!"
Kali ni aku berasa pelik! Apa maksud ayat yang telah disampaikan oleh Gia? (Gia ni perempuan bukan lelaki! Dia saudara perempuan Tasyah).
Aku menoleh kebahagian kananku. Hampir terjatuh+ tergolek ayam kentaky yang berada di tanganku! Mana tidaknya susuk tubuh empunya badan yang aku tidak hiraukan itu adalah Mr A.K.A!!!
"Woi!!! Pasal kecoh-kecoh ni!!! Aku ada terlepas sesuatu ke?"
Tanya Tasyah yang baru sahaja balik daripada sesi photoshootnye. Zain dan Arash yang mengekori Tasyah dari belakang juga membuat muka tanda tanya.
Tasyah, Zain dan Arash terus mengambil tempat duduk berhadapan dengan kami. Arash memandang kearah Amar seakan tak percaya dengan apa yang sedang berlaku!
Tidak ketinggalan juga riaksi terkejut beruk yang ditaja oleh Tasyah dan juga Zain.
Sebenarnya aku pun terkejut jugak. Tapi cover-coverlah!. Sebab aku terkejut? Sebab aku dan Amar memakai baju warna sedondon berwarna hitam! Siap duduk bersebelahan lagi kau!. Sekali tengok dah makan pasangan suami isteri der!!!
Kechik!!!
Kalau ya pun nak tangkap gamba, tutuplah dulu flashnye! Sakit mata tau tak!! Aku menghadiahkan jelingan tajan kepada Arash. Arash tersengeh bagaikan kerang busuk siap menunjukkan lagi tanda peace no war!.
Aku mengerling kearah s dia! Eiii.. panas sahaja hati ini bila dia tidak menunjukkan reaksi. Cool and steady!. Menyampah aku!
"Amboi, Abang Amar! Dah pandai yer nak main sweet-sweet dengan Ema. Dekat pejabat kemain garang dekat luar hmm..hmm."
Haihh!!! Minah ni. Ada jugak manusia yang bakal makan pinggan malam ni!
"Sudahlah! Malas Abang Amar nak layan perangai korang. Abang Amar masuk dulu."
Amar terus melangkah kaki masuk kedalam rumah. Sempat jugak aku menangkap senyuman kecil di bibirnya.
Tapi aku pelik! Kenapa Tasyah memanggial Amar dengan panggilan Abang Amar???
![](https://img.wattpad.com/cover/63355309-288-k214766.jpg)
YOU ARE READING
My Lovely MR A.K.A
عاطفيةCerita ini mengisahkan Nur Ema Suraya seorang perempuan yang biasa2 dan hidup yang biasa. Hidup Ema menjadi hura-hara setelah menjadi pembantu peribadi kepada Amar Kasyah Arjuna ataupun nama timbangannya MR A.K.A. Atas tindakan gila Amar mereka terp...