CHAPTER 15 *Last chapter*

283 22 15
                                    


Kira-kira hampir 4 jam juga mereka memakan masa untuk membina raket terlalu lama kerana kekurangan tenaga kerja dan juga peralatan untuk membina raket.

Hyung Sik mengelap peluhnya yang menitis itu. Dia mengarahkan Jun Hui dan rakan-rakan yang lain terus naik ke atas raket tersebut. Mereka sememangnya mahu keluar daripada pulau itu secepat yang mungkin kerana ada diantara mereka yang demam terlalu lama dan cedera teruk.

Setelah semua menaiki raket tersebut, Hyung Sik tiba-tiba sahaja menjejakkan kakinya ke bawah dan belum bersedia untuk berlayar. Tindakan Hyung Sik menimbulkan banyak persoalan.

JUN HUI: Hyun Sik-ahh, kau nak pergi mana pula tu?

HYUNG SIK: Kejap, aku baru teringatkan Hara.

JUN HUI: wea

HYUNG SIK: Kita kena bawa dia ikut sekali bersama kita kerana dia sebenarnya masih hidup cuma dirasuk dan mental dia tidak berapa waras.

Atas permintaan Hyung Sik, Jun Hui mengikuti Hyung Sik masuk semula ke dalam hutan mengejar Hara dan menangkap serta mengikatnya untuk dibawa bersama mereka pulang. Setelah itu, mereka terus belayar tanpa gangguan.

Ketika masih lagi dalam pelayaran, Nami cuba membersihkan badan Hara yang kotor itu penuh dengan air. Mujurlah Hara ketika itu tidak meragam atau mengamuk macam orang gila meminta diri untuk dilepaskan.

Jun Hui yang lagi tadi mendayung raket itu bingkas berdiri setelah terlihat sebuah helikopter terpacak di langit.

JUN HUI: Signal! Bagi signal kepada mereka untuk selamatkan kita. Nami, do something!

Nami memantulkan sinaran cahaya matahari melalu pisau besi milik Sorn kepada helikopter tersebut dan berharap agar helikopter tersebut perasan akan mereka.

NAMI: Hey! S.O.S! Please help us.

Nami menjerit sekuat-kuat hatinya. Akhirnya, dia berjaya menarik perhatian helikopter tersebut untuk menyelamatkan mereka.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Nami memeluk Sorn yang bersandarkan kepalanya di atas bahu Nami. Alangkah gembiranya mereka ketika menaiki helikopter tersebut dan dapat melihat sebuah bandar. Mereka hampir sampai ke destinasi mereka.

NAMI: Sorn, bertahanlah. Kita dah nak sampai. Lihat itu, bandar kita!

Nami menggerakkan badan Sorn yang lagi tadi kaku di sebelahnya.

NAMI: Sornnnnn! Chonnasorn sajakkul!!! Tidak!!

Nami menjerit sebaik mendapati Sorn telahpun tidak bernyawa di sebelahnya. Keadaan itu membuatkan Jun Hui dan yang lain-lain begitu terkejut akan berita kematian Sorn.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Hanya 4 orang sahaja yang survive tanpa cedera parah dan selamat iaitu Kim Seok Jin, Goo Jun Hui, Park Na Mi dan ketua mereka Park Hyung Sik. Seorang telah mengalami cedera parah di bahagian tengkuk dan badannya iaitu Chae Jin Suk. Manakala seorang lagi wanita yang kehilangan akal fikiran yang waras ataupun dirasuk oleh sesuatu iaitu Goo Hara.

Park Hyung Sik ditemubual oleh dari pelbagai pihak media. Dia juga telah dipanggil untuk masuk dalam rancangan bagi menceritakan pengalaman mereka survive sepanjang berada di pulau misteri itu.

Hati Jun Hui sebak setelah kehilangan Sorn. Dia kini menjalani kehidupannya seperti biasa di dormnya bersama-sama dengan rakan sebiliknya.

Kim Seok Jin juga tidak mempunyai pelbagai masalah setelah diberi wang tunai won yang banyak sebaik pulang dari menyertai Survival Game yang melibatkan nyawa ini. Akan tetapi, dia berasa amat menyesal kerana wang tidak boleh digantikan dengan nyawa rakan-rakannya yang terkorban. Dia kini memakai tongkat buat sementara waktu kerana kakinya patah itu memakan masa yang lama untuk pulih semula seperti biasa.

Park Nami memeluk abang kesayangannya Park Jimin kerana  terlalu rindu. Dia adalah satu-satunya peserta perempuan yang berjaya pulang dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Peserta yang mengalami kecederaan yang parah itu Chae Jin dimasukkan ke hospital dan dirawat dengan tanggungan segala bil oleh penganjur survival game tersebut.

Gadis yang dikatakan dirasuk itu telah menerima rawatan di Asylum yang menempatkan ramai orang gila. Hara tidak mempunyai harapan untuk pulih berfikiran waras dan kembali normal. Lebih teruk lagi, Hara akan diikat serta dikurung di Asylum kerana mengancam keselamatan orang. Dia akan menyerang sesiapa sahaja yang dia suka.

Sorn pula telah selamat dikebumikan di negara asalnya. Memandangkan Sorn bukan asal dari negara Korea, dia dikebumikan di negara asalnya atas permintaan keluarganya. Keluarganya juga akan berpindah ke negara asal mereka semula. Keluarga Sorn menerima pampasan separuh juta won daripada pihak penganjur kerana kehilangan anak kesayangan mereka sama seperti yang lain.

Mayat rakan-rakan mereka yang lain telah berjaya dijumpai dan dikebumikan di satu tempat. Nama-nama mereka dan orang yang survive ini sentiasa disebut-sebut. Oleh kerana Survival Game ini merbahayakan serta mampu meragut nyawa orang yang menyertainya, pihak berkuasa mengharamkan Survival Game buat kali pertama dan kali terakhir.

END

Thank you for reading. I hope you're enjoy with my storyline. Sorry for late update because i really have a hard time.

Your truly,
    eunna
(SONG EUN AH)

Visit my wattpad: @song eunna

So,bukn author yg reka ff ni..tapi song eunna. Jgn slh phm pulk ye

SURVIVAL GAMEWhere stories live. Discover now