N: Guys, takkan la kita nak biarkan Hara macam ni je?!HYUNG SIK: Kita ada lagi 6 hari lagi kat sini. Kita kena buat sesuatu pada Hara ni.
CHAE JIN: Kita nak buat apa dengan dia?
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Pada malam itu, Sorn merasakan hujan lebat di luar khemah. Dia melihat Hara dibasahi hujan di luar sambil diikat di pokok kelapa.
N: Hujan kat luar! Hara macam mana?
N bercakap dengan Hyung Sik di dalam khemah sementara Nami, Sorn, Jun Hui, Moos, Jin dan Chae Jin hanya dapat mendengar sahaja perbualan mereka yang tidak jelas akibat hujan yang lebat.
HYUNG SIK: Biarkan saja dia di situ.
N: Tapi di luar sana hujan! Itu Hara kau tahu tak? Hyung sik, kau dah gila ke nak biarkan Hara mati kesejukan macam tu je?
N mengepal penumbuknya. Dia mula meninggikan suara terhadap Hyung Sik.
HYUNG SIK: Kalau kita lepaskan dia, nanti dia akan bunuh kita! Kau tak nampak ke dia cekik Jin tadi?
N terdiam. Hyung Sik sebenarnya tidak sampai hati mahu melakukan sedemikian terhadap Hara.
------------------
Pagi itu, hujan semakin reda. N bersimpati melihat Hara yang berada dalam keadaan pucat dan kesejukan. Dia meletakkan sehelai tualanya yang kering dan menutup tubuh Hara sejuk itu. Hara kelihatan begitu lembik sekali.
CHAE JIN: Hyung Sik!!!
Chae Jin memanggil Hyung Sik yang sedang sibuk membuat kerja menghidupkan api.
HYUNG SIK: Kenapa Chae Jin? Kau sorang je?
CHAE JIN: Kita ada masalah!
HYUNG SIK: Apa dia?
CHAE JIN: Nami beritahu tadi, Sorn demam teruk!
Jun Hui agak sedikit terkejut sebaik mendapat berita buruk tentang Sorn.
JUN HUI: Betul ke?
CHAE JIN: Iya. Dia demam panas!
Jin mula mencari sesuatu di dalam begnya. Dia mengeluarkan sepapan panadol untuk Sorn.
JIN: Aku memang selalu bawa ni ke mana-mana untuk emergency. Oh ya, aku perlukan gelas! Dia perlu telan panadol tu dengan air.
MOOS: Biar aku volunteer nak ambil buluh untuk jadikan gelas.HYUNG SIK: Kau tak boleh pergi sorang. Jun Hui,boleh kau teman dia?
JUN HUI: Okay.°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Ketika berduaan di dalam hutan, Jun Hui dan Moos berjalan sambil berborak di dalam hutan.
MOOS: Jun Hui...
JUN HUI: Apa dia Moos?
MOOS: Kita patah balik jom?
JUN HUI: Kenapa pula? Bukan ke kau yang volunteer nak carikan buluh untuk Sorn ni?
MOOS: Kita cari buluh kat tempat lain je la.
JUN HUI: Kenapa pula? Kita dah nak sampai dah pun. Depan tu je.
Moos memberhentikan langkahnya. Dia memegang bahu Jun Hui.
MOOS: Kau nampak tak apa yang aku nampak Jun Hui?
JUN HUI: Aku nampak...
MOOS: Kau nampak dia kan kat situ?
Jun Hui mengangguk perlahan kepalanya. Matanya memberi isyarat kepada Jun Hui supaya lari bersamanya.
Tiba-tiba, Jun Hui dan Moos berpecah. Jun Hui berjaya sampai ke jalan keluar tetapi Moos pula terpijak buluh-buluh yang dipotong serong tajam tembus ke kakinya.
Moos tidak dapat bergerak lagi. Akhirnya, badannya juga jatuh ke atas buluh-buluh itu dan mati di situ. Badan Moos banyak ditembusi buluh.
SIAPA PULA YANG MATI SELEPAS.....MOOS!!! DAN BARO!!!
ADAKAH........???
KALAU NAK TAU SIAPA YANG MATI SELEPAS INI...
TUNGGULAH CHAPTER YANG SETERUSNYA!!^^

ANDA SEDANG MEMBACA
SURVIVAL GAME
Horor10 orang pelajar dari Sekolah Korean Nation High School terpilih untuk menyertai survival game.Pelbagai kejadian yang telah berlaku apabila mereka ditempatkan disebuah pulau yang tidak berpenghuni dan hanya ada mahkluk halus sahaja.... #kalau nak t...