so hi! this is my very very very first story so maybe dia messy sikit cause im still new dalam benda benda gini er er. and yeah thank you ainul yang bagi idea tajuk💕💕💕. enjoy!😂
-----
Buk!
Buku bahasa melayu berwarna biru tepat mengena kepalaku, sekali lagi. Entahlah, aku sendiri tak ingat dah berapa ratus kali kepala aku kena cium dengan buku, tak pun dengan pencil box.
"Weh, Bagi baliklah!"
"Alahai, kau rajin rajin buat homework Cikgu Badariah nak ke mana?"
"Eh, Suka hati akulah! Bagi jelah balik buku tu!"
Ya Allah, bingitnya! Ini kelas 4 Kenanga ke 4 King Kong? Kalau sehari tak ada adengan kacau perempuan tak boleh ke? Tolonglah senyap 5 minit pun tak apa. Atleast bagi aku ketenangan sekejap. Ketua kelas ni bodoh ke apa tak reti jaga kelas? Aku masih tak faham kenapa Mama letakkan aku dalam sekolah ni.
Oh hi, nama aku Mia Qaisara. Panggil aku Mia je. Aku baru 16 tahun dan aku baru je pindah Melaka and sekolah dekat SMK Putra High, erm which is boys school tukar jadi sekolah campur. Sekolah ni tak ramai pun budak perempuan. Each class boleh ada dalam 2-3 orang sahaja. Dulu, aku sekolah dekat SMK Convent Girls School masa dekat Johor. Dari first day aku masuk sekolah ni, sampailah sekarang, aku masih tak ada kawan.
To be honest, aku tak suka sekolah ni sebab ramai lelaki dan kalau boleh aku nak duduk dekat Johor je. Tak payah pindah pindah bagai, boleh jumpa kawan kat sana. Ala, bukannya jauh pun Johor dengan Melaka. Tapi tulah, tak sanggup nak bantah kata kata Mama.
xxxx
"Macam mana sekolah harini?" Tanya Mama sebaik sahaja aku masuk ke dalam perut kereta. Hamboi ma, tak nyempat salam terus tanya soalan.
Aku menyalam tangan Mama dahulu baru jawab soalannya. "Biasa je."
"Buat apa dekat sekolah?" Mama memberhentikan keretanya kerana lampu isyarat berwarna merah. Mama menanya lagi ingin tahu aktiviti seharianku di sekolah harini. Haduh ma please, school sucks k.
"Belajarlah apa lagi." Balasku malas. Bukan malas, just not in the mood kalau nak cerita pasal sekolah.
"Itu Mama pun tahu, what I mean is aktiviti dengan kawan kawan. Macam Mia selalu cerita dengan Mama setiap kali balik daripada sekolah dulu dulu."
Mia tak ada kawan, Ma. Mia sorang sorang je kat sekolah baru.
Mia rindu kawan kawan kat Johor sana. Mia taknak sekolah dekat sini."Mia!" Suara Mama menjerit memanggil namaku menghentikan lamunanku. Dia panggil aku dari tadi lagi ke?
"Hah? Apa?" Soalku blur blur gitu.
"Mama tanya ni." Mama memusingkan bahunya dan kepalanya ke arah ku sambil memandang aku.
"Ah, Ada. Eh, Ma jalan!" Aku menunding jari telunjukku ke arah lampu isyarat yang sudah bertukar hijau. Kelam kabut Mama nak jalan sebab kereta belakang dah mula bunyikan hon. Fuh, finally dapat jugak lari daripada soalan berkait tentang sekolah, serious aku tak suka topic tu.
xxxx
Aku mengemas beg sekolahku selepas selesai menyiapkan kerja sekolah. Aku menekan butang bulat tengah di iphoneku, jam menunjukkan 8:45pm. Lah, aku ingat dah pukul 9 ke apa, baru pukul 8:45 rupanya? Peh, Boleh main rollerblade satu round dekat padang High City Megamall.
YOU ARE READING
Together Looking For Galaxies [ON HOLD]
RandomMia Qaisara. Budak baru pindah ke SMK Putra High yang dulunya sekolah lelaki tapi dah tukar jadi sekolah campur. Tak pandai bergaul dengan lelaki tapi tiba tiba dipaksa jadi ahli club dan president club yang ada 4 empat lelaki, seribu perangai. Izz...