Mata pelajaran bahasa inggris merupakan subjek kesukaanku tapi aku tak tahu kenapa harini aku rasa kelas bosan sangat.
Kembang dah ni rasanya pipi aku duk menguap tiga-empat kali dari tadi.
"So i want you to do page 37 task1 and task2."
Ya allah, kerja apa pulak ni? Aku dahla tengah mengantuk kau nak bagi kerja lagi.
"No, no. Do all lah, buat satu page terus. task3 and 4 sekali terus. Pass up tomorrow." Sambung Puan Hanim lagi. Ya tohan task 1 and 2 je dah berderet soalan. Task 3 and 4 apatah lagi, makin berderetlah soalan. Ini bukan soalan, ini sialan namanya.
Dengan muka stress tak boleh nak fokus apa cikgu cakap, aku mengangkat kepalaku mengusha jam dinding berwarna putih elok tergantung pada dinding. Tepat 12:25 tengahari. Ada 15 minute je lagi waktu bahasa inggris nak habis, lamanyaaaa!!
Tak sanggup nak tunggu lagi, aku melandingkan pipiku baring di atas meja. Aku menghalang pandangan Puan Hanim untuk nampak aku dengan menggunakan pencil box sebesar dinosaur. Ni baru nikmat duduk belakang, senang nak cover cover kalau nak tidur senyap senyap.
Baru je aku nak pejam mata, nak masuk alam mimpi, tak sampai 3 minit pun, Puan Hanim sudah memanggilku.
"Mia! Awak buat apa tu!" Puan Hanim yang baru sahaja duduk memanggilku sambil meninggikan kepalanya mencari kelibatku yang sudah dihalang dengan pencil box besar denesor tu.
"Hah? Ye saya, cikgu!" Aku mengangkat kepalaku pantas lalu memandang Puan Hanim.
"Awak buat apa kat belakang tu?" Soal Puan Hanim. Macam dah tahu je plan aku nak tidur kat belakang ni.
"Buat kerjalah, cikgu." Jawabku perlahan tapi dapat didengari oleh Puan Hanim.
"Page berapa? Task apa?" Soalnya untuk kepastian yang aku sedang lakukan kerja yang baru sahaja diberi.
"Page 37, task1 sampai task4 lah." Nasib boek aku tahu page berapa task apa. Kalau tak berjemurlah aku kat padang pasni haaa.
"Okay. Buat kerja saya tu sampai siap, jangan buat kerja lain pulak." Puan Hanim memberi amaran.
Aku kembali melandingkan kepalaku di atas meja. Tanganku memegang pen biru pilot, acah acah tengah buat kerja padahal mata dah elok terpejam.
"Psst!" Bisikan kedengaran. Siapa main psst psst ni?
"Woi." Aku membuka mata, Maman memandangku.
Mengantuk aku dah tahap level 1001 sampaikan aku mampu angkat kening je tanda 'apa dia?', tak larat dah nak keluarkan suara.
"Nak dadah?" Soal Maman. Tenang. Yes, tenang. BODOH KEPE TANYA NAK DADAH DENGAN MUKA LEK TAKDE PERASAAN.
"Dadah apa kau ni! Kau nak ambil benda benda macam tu tak payah libatkan orang lain! Bodoh ke apa kau ni tak ada otak ke apa? Dah besar panjang, 16 tahun dah tak reti pikir ke mana baik mana tak? Dah puas hidup ke apa?!" Mood nak tidur bertukar jadi mood halilintar. Kalau aku boboiboy, rasanya dah kena petir mamat sebelah ni.
"Apa kau ni! Cakap tu perlahanlah sikit! Kau nak ke taknak?" Maman melemparkan dua biji gula gula fruit plus perisa strawberry kepadaku.
"Eh kau nak ajak orang makan dadah kau ni, kau ajak orang lain eh. Aku tak nak muda muda dah kena rosak dengan benda alah macam ni eh." Aku melemparkan semula gula gula yang diberi oleh Maman.
Tah apa apalah ajak orang amik dadah. Bawak pergi sekolah pulak tu. Tak, yang tak boleh blahnya aku tengah mengantuk dia tanya aku nak dadah? Dia tak tahu ke aku tengah mengantuk tahap babi serah diri? Eh lain kali jangan lupa offer aku minum arak kepe, dadah je pedehal. Pening ah cemni!
YOU ARE READING
Together Looking For Galaxies [ON HOLD]
RandomMia Qaisara. Budak baru pindah ke SMK Putra High yang dulunya sekolah lelaki tapi dah tukar jadi sekolah campur. Tak pandai bergaul dengan lelaki tapi tiba tiba dipaksa jadi ahli club dan president club yang ada 4 empat lelaki, seribu perangai. Izz...