Sebaik sahaja sampai di bilik, aku terus keluarkan barang-barang untuk mandi. Bilik ni cantik, tapi tu la, kecik. Toilet pun kat keluar. Sesuai la ni untuk kami bertiga. Aqid dan Khai sebilik, Maman pula sebilik dengan Ir. Bilik mereka sebelah-sebelah je.
Aku meletakkan barang mandian dia atas katil kejap lalu aku naik dan baring di atas katil. Best betul berguling-guling kat sini. Ni kalau datang untuk honeymoon mesti sweet kan?
"Dah-dah la tu berguling kat katil. Tadi kata nak mandi." Tegur Fiza yang duduk di hujung katil sambil bermain dengan phonenya.
"Oh, hehe." Aku bangun daripada terbaring di atas katil. Rambut yang kulepaskan dan kibaskan macam iklan shampoo tu.
"Mia, macam mana kau kenal budak lelaki tu eh?" Tanya Ameera tiba-tiba.
"Kat sekolahlah."
"Yela, macam mana?" Bengang pulak si Ameera ni. Dia membuka plastic roti vanilla, disuakan ke mulutnya. Eh, makan lagi?
"Masa nak daftar kelab dan permainan tu, aku masuk satu kelab dengan diaorang. Kenal time tu lah." Dengan segera aku turun katil dan terus keluar bilik.
Bukan apa, malaslah nak cerita pasal diaorang. Lagi-lagi pasal Khai paksa aku masuk kelab entah apa je tu.
xxxx
"Ish." Aku membongkokkan badan untuk mengambil getah rambutku yang jatuh dihadapanku. Basah dah getah rambut ni, dah la yang ni paling sayang.
"Lawa rambut." Satu suara garau menyapa.
Aku tersentak dan mengangkat wajah. Seorang lelaki berpakaian simple, tshirt lengan panjang biasa dan disinsing ke atas. Hampir ke siku. Kawannya yang di sebelah memandang sinis padaku. Apahal diaorang ni?
"Weh Hafiz, bambaik ni, hahahaha." Gelak lelaki yang berdiri disebelah 'Hafiz'. Aku syak diaorang ni tak ada kerja.
"Sorang je ke?" Lelaki bernama 'Hafiz' ini menyetuh rambutku.
"Apa ni?!" Aku menepis kasar tangannya.
"Ala, chill la."
Aku mula gelabah dan takut bila Hafiz memegang kuat lenganku. Aku tak mampu melawan. Kudrat lelaki ini lebih kuat.
"Eh, lepaslah! Apa ni!" Tengkingku.
"Apa ni, marah marah? Rilek lah, jom kita lepak bawah pondok, borak borak." Hafiz menarik tanganku, kawannya hanya mengikut.
Aku mengeraskan badan. Taknak gerak.
"Lepaslah! Kalau tak, aku jerit kuat-kuat!" Ugut aku. Aku cuba melepaskan tanganku dari genggamannya, tetap tak boleh.
"Orang ajak baik-baik kan?" Lelaki yang berdiri di sebelah Hafiz pula bersuara. Dia mengangkat tangannya, acahcah nak tampar la ni.
"Dah mat, ri--"
"Woi!"
Cepat-cepat aku lari ke belakang Khai bila dia tiba-tiba je muncul. Aku rasa nak nangis je sekarang. Nasib baiklah Khai datang, kalau tak aku dah tak tahu la apa jadi.
"Kau asal?! Kau nak apa dengan dia?" Jerkah Khai. Aku mengenggam erat lengan bajunya.
"Lek, bro lek. Kau ni siapa? Bapak dia?" Lelaki bernama Hafiz itu tersenyum sinis.
"Aku boyfriend dia, kau asal? Tak ada awek lain nak kacau? Ke kau tak laku?" Khai memegang pergelangan tanganku, tiba-tiba. Tapi aku hanya membiarkan sahaja, otak tak send meseg suruh lepaskan.
"Kau siapa nak kata aku tak laku? Kau tu, dahla takat boyfriend je pastu nak acah kau bapak dia? Eh, zaman sekarang bini orang pun boleh rampas apatah lagi awek kau." Dia menunding jari telunjuknya pada aku. Aku yang mendengarnya hanya tunduk memandang tanah.
"Apa kata macam ni la, dia ni bambaik kot. Takkan taknak kongsi kot?" Lelaki disebelah Hafiz tergelak suka? puas? idk how to describe hahaha.
Mendengar sahaja soalan yang dikeluarkan daripada Hafiz itu, Khai terus melepaskan satu tumbukan padu tepat pada muka lelaki itu sehingga jatuh terlentang. Aku menjerit kuat terkejut dengan tindakan Khai.
Belum sempat Hafiz hendak bangun, Khai memegang kolar bajunya dan--
"Khai!" Aku menarik nafas lega apabila Aqid, Ir dan Maman tiba tepat pada waktunya.
Khai ingin melepaskan penumbuknya lagi tapi ditahan oleh Aqid. Khai menepis kasar tangan Aqid yang memegang bahunya.
Kawan Hafiz itu cuba membantu Hafiz bangun daripada terlentang di tanah itu. Kebetulan Fiza dan Ameera keluar daripada bilik terus datang padaku dan tanya kenapa.
"Kau kacau dia lagi, siap kau!" Khai memberi amaran kepada Hafiz, merah mukanya menahan marah, Ikutkan hati nak kasi pecahkan je muka dia tu. Hafiz terus berlalu dengan jelingan tajam pada Khai sambil memegang pipinya yang baru kena cium tadi.
xxxxx
Malam sudah lama menjelang. Aku duduk di meja yang ala-ala garden table jenis kayu pallet tu. Tak tahu takpe, tak penting. Udara malam di luar sungguh nyaman, nak-nak dekat sini dikelilingi dengan alam sekitar je. Aku termenung. Memandang bulan dan bintang. Cantik.
Tiba-tiba aku teringat kejadian petang tadi. Aku terfikir, kenapa Khai kata aku awek dia eh? Maybe dia nak selamatkan aku tapi kena ke kata aku ni awek dia? Dia lupa ke kita pernah gaduh dulu? Aku melepaskan nafas berat. Aku masih belum ucapkan terima kasih dekat Khai. Lelaki-lelaki yang ganggu aku pun, tak ternampak pula malam ni.
"Baaa!" Aku tampar Ir sebab terkejut. Dia tiba-tiba muncul di depan aku. Ir terdiam, mukanya jelas terkejut sambil memegang pipinya. Aku pun terkejut lepas tersedar aku tampar dia.
"We-- Weh.. sorry." Cepat-cepat aku meminta maaf padanya.
"Sakitlah, kau asal?" Ir mengusap pipinya sambil mengadu sakit.
"Sorrylah, bukan sengaja." Kataku lalu memuncungkan mulut.
"Yang kau pakai all black tengah tengah malam kenapa? Ingat hipstur gitu?" Kutuk Ir. Eh biarlah aku nak pakai apa pun!
Aku memandang pakaianku yang serba hitam ni. Biasa je, aku cuma pakai baju bertulis 'Adidas' dan seluar hitam panjang je. Aku membuat muka, "Hipster apa benda kau ni? Habistu kau pakai serba hijau ni kenapa? Konon nak go green ikut alam sekitar la ni?"
"Eh, ni fashion okay!" Ir membuat gaya fliphair.
"Fashion apa--"
"Dahla, makanan dah siap dah ni." Kata Aqid yang sibuk membakar daging. Fiza dan Ameera pula sibuk tolong Aqid dan Maman. Khai pula tidak kelihatan lagi sejak petang tadi.
"Nah." Khai tiba-tiba datang duduk disebelahku dan meletakkan pinggan yang berisi daging dihadapaku.
"Eh?" Aku terkejut. Dahla datang tiba-tiba lepastu bagi makanan.
"Makanlah." Suruhnya.
"Weh weh weh Mia, kawan kau yang pakai tudung cream tu apa nama?" Ir memuncungkan mulutnya menunjuk Fiza padaku.
"Oh, nama dia Fiza. Kenapa?" Tanyaku pula.
"Single?" Ir tersengih-sengih. Nak ngorat la ni!
"Entah, cuba kau tanya dia." Saja je cakap entah, padahal si Fiza tu single je. Biar dia tanya sendiri, hahahaha.
"Ala kau ni, cakaplah!"
"Tatau ah! Tanya la sendiri." Aku menjelirkan lidah.
"Yela Mia, macam ni kan member." Ir tayang muka sedih.
"Eh, kesah?" Aku membuat gaya fliphair.
-----
BOOM YASSSSSSSS FINALLY DONE CHAPTER 10! fuh berpeluh aku buat HAHAHA ngade sia. thank you tooooooooooooooooo gp فاقوف sebab sumbang idea sikit, well aku tak tulis semua apa korang tulis hahahahaha but duh still nak cakap thanks. and hahahahaha edora, dia sampai datang ke kelas aku semalam minta new chapter😂 sorry late update hm ok wtvr dont forget VOTE $ COMMENT XOXO💕💫
YOU ARE READING
Together Looking For Galaxies [ON HOLD]
RandomMia Qaisara. Budak baru pindah ke SMK Putra High yang dulunya sekolah lelaki tapi dah tukar jadi sekolah campur. Tak pandai bergaul dengan lelaki tapi tiba tiba dipaksa jadi ahli club dan president club yang ada 4 empat lelaki, seribu perangai. Izz...