14

65 4 2
                                    


"Gambar apa ni?"

Ye mia, cikgu tengah tanya kau pasal club mia. Ni kau nak jawab apa ni? Gambar ni salah satu tradisi terbaru club kau? Aku mengangkat gambar itu. Jelas muka kami berdua, nak cakap bukan aku pun dah tak boleh dah. Siapa yang ambil ni? Takkanlah diaorang.

"Mana cikgu dapat gambar ni?" Khai berpeluk tubuh memandang Puan Junaidah.

"Adalah orang hantar kat saya. Sekarang saya nak tahu, apa benda dalam gambar ni?" Puan Junaidah mula bangun.

"Er cikgu. Saya rasa ni bukan kitaorang. Orang lain kot." Okay, Mia. Kau bodoh. Kalau cikgu percaya, cikgu pun sama bodoh.

"Awak ingat saya ni buta? Ingat saya bodoh? Saya pun ada akal dan mata macam awak."

"Entah, macam mana cikgu boleh confident tu kitaorang? Dibuatnya tidak?" Sinis sahaja senyuman Khai dilemparkan kepada Puan Junaidah.

"Saya tahula Khai, saya kenal. Tak perlu berdalih lagi. Awak pelajar baru tau, Mia. Kat sekolah dulu awak macam ni juga? Semua orang johor berperangai macam ni ke kat sana? Mak ayah awak pun sama ke?" Puan Junaidah babitkan parents aku. Eh excuse me? Ni first time aku masuk kaunseling and who tf are you nak masuk hal our privacy and please gambar tu we're not in kawasan sekolah so why would you bother?????

But to be honest, i have no strength to say things like that.

Aku mengetap bibir menahan malu. Jujur, tu kami. Tapi siapa je tak malu bila kau dapat tahu ada orang ambil gambar kau senyap-senyap? Sumpah tak sweet weh. Nak-nak benda ni dibawa ke kaunselor. Haih. Aku nak berdiam diri biar Khai seorang sahaja bersuara pun boleh takut, inikan aku yang nak keluarkan suara.

"Sa-- saya.. minta maaf. Ye, tu kami. Saya mengaku tu salah saya. Saya janji perkara ni tak ulang lagi." Ketar-ketar aku memohon maaf. Untuk apa pun entah.

"Takpayah. Kita tak ada buat salah dengan pihak sekolah pun. Ni hal kami, ni masalah kami dan ni privacy hidup kami." Khai merenung Puan Junaidah. Gaya perlakuannya cukup biadab sekali. Percakapannya, pakaiannya dan gayanya. Tangannya kini kemas di dalam pocket seluarnya.

"Khai--"

"Kau diam, Mia. Walaupun cikgu pengajar kami, tapi ni hidup saya. Tak, kejap. Kenapa cikgu beriya nak tahu tentang gambar ni? Cikgu panas hati ke tengok gambar ni? Ada nampak macam saya tengah cium dia ke? Kitaorang kawan rapat, salah ke?" katanya dengan muka bersahaja. Berani sungguh Khai membalas Puan Junaidah, ni kalau aku mampu diam je.

"Kawan rapat apa? Mentang awak ni ramai kenal, so awak boleh rapat dengan siapa-siapa je? Lepastu buat perangai macam ni? Awak tahu tak kalau gambar ni orang post, orang like, mesti orang tanya tentang awak berdua dalam gambar ni. Lepastu? Malukan sekolah! Habis jatuh nama baik sekolah kita!" Serentak meja dihentak oleh Puan Junaidah, terangkat bahu aku dibuatnya.

Khai berdiri tiba-tiba. Puan Junaidah yang membongkok tadi berdiri dengan tegak, memeluk tubuh memandang Khai. Padangan Khai kepada Puan Junaidah sungguh tajam. Aku seorang sahaja masih duduk di kerusi. Suasana menjadi hening dan sunyi. Sekali-sekala kedinginan pendingin hawa mencengkam sehingga ke tulang sumsum namun mereka mengabaikan perihal itu.

Mata aku bersilih berganti mendongak memandang mereka. Aku seorang sahaja ke rasa seram sejuk duduk sini lama-lama? Haih, makin fikir makin nak nangis. Aku malu. Malu sangat. Ni kali pertama aku kena panggil. Aku tunduk memandang lantai. Aku mengetap bibir dan menggenggam kain biruku. Ya Allah, cepatlah habis.

"Heh. Cikgu, cikgu. Cikgu semua sama je. Semua sibuk nak jaga nama baik sekolah. Nak jaga reputasi sekolah. Mentang sekolah ni ramai kenal, so dia boleh abaikan benda lain dan sibuk menjaga nama sekolah. Risau sangat kalau orang kutuk." Khai mengambil gambar yang terletak di atas meja dan berlalu pergi.

Together Looking For Galaxies [ON HOLD]Where stories live. Discover now