"Cik?""Cik ooo cik?" Lelaki yang agak berumur itu menggoyangkan sedikit tubuh Mia yang sedang lena dibuai mimpi.
Entah apalah budak ni mimpikan sampai aku kejut pun tak sedar sedar, Gumam lelaki itu dihatinya.
Dengan perlahan lelaki berumur itu melepaskan seatbelt itu dan mengejutkan Mia yang masih tidak sedarkan dirinya. Syok betul dia ni tidur.
Berulang kali dia melepaskan keluhan, geram pulak rasa.
"Cik? Bangun cik bangun." Lelaki itu mengejutkan Mia lagi, tapi hasilnya sama sahaja. Mia lebih mementingkan dunia mimpi dia daripada dunia realitynya.
Lelaki berumur itu sudah berkira-kira dalam mindanya, nak angkat ke taknak budak ni? Kang biarkan, memang sampai ke subuh lusa tak bangun-bangun dia ni. D
Dia membongkokkan sedikit badannya di depan pintu kereta, mengintai sedikit wajah Mia yang ditutup separuh oleh rambutnya.
Tiba-tiba baju lelaki berumur itu ditarik dengan kasar dari belakangnya.
"Pakcik nak buat apa dengan kawan saya, huh?!" Dengan wajah berang Khai menarik kolar baju lelaki berumur itu dengan niat mahu belasah pemandu teksi ini.
Fikirannya hilang entah ke mana. Dia mula memikirkan unsur-unsur negative tentang pakcik teksi ini.
"Pak-- pak-- pak- pakcik ta-- tak buat apa-apa. Sum-- sumpah." Tergagap-gagap pakcik itu menjawab, terkejut dengan tindakan Khai yang tiba-tiba.
"Eh pakcik, ingat saya bodoh ke? Baik pakcik jujur, pakcik nak buat apa dengan dia?!"
"Pak-- pakcik cuma nak kejutkan ka-- kawan kamu t-- tu.." Tangan lelaki tua itu terketar-ketar menunjuk yang Mia masih tidur di dalam kereta itu.
"Apa bising-bising ni? Kacaulah.." Aku menggosok mata berkali-kali. Time aku tengah mimpi Zac Efron ajak kahwinlah nak kacau aku tidur.
Khai melepaskan kolar baju pakcik teksi itu lalu mendekatiku.
"Mi-- mia.. Kau okay?" Khai mengoncangkan sedikit bahuku. Mengusap kepalaku tiba-tiba.
Aku tergamam. Apehal mamat ni tiba-tiba?
"Ish, apa pegang-pegang ni?! Aku okay je, apa ni?!" Aku menolak tangan Khai dengan kasar. Memang lelaki ni suka buat apa-apa ikut suka hati dia je ke?
"Takpelah. Jom pergi lobby. Yang lain dah tunggu kat sana." Ajak Khai.
Aku membetulkan rambutku yang agak kusut lalu bangun.
Khai berjalan ke arah pakcik teksi itu lalu menghulurkan dua keping not RM100, "Ini untuk bayar teksi dan selebihnya anggaplah saya mintak maaf tentang hal tadi."
"Tapi ni lebih sangat, dik."
"Takpelah, pakcik ambil jelah."
Aku hanya berdiri mendengarkan perbualan dua lelaki itu. Apa bendalah mamat ni buat sampai bagi pakcik ni 200?
xxxx
"AAAA MIAAA!!!"
"WEHHH KORANG!"
Aku berlari anak anak lalu memeluk Fiza dan Ameera. Kami juga sempat berlaga pipi macam tipikal gugurls selalu buat.
Dah macam kanak-kanak riang aku rasa menjerit-jerit, berpelukan pastu pusing-pusing kat sini. Khai dan yang lain hanya memandang kerenahku.
Aku melepaskan pelukan,"Ya Allah rindunya dekat kauorang!"
"Kitaorang pun!!" Balas Fiza dan Ameera serentak dan kami berpelukan sekali lagi.
"Okay okay dah, sesak nafas pulak aku. Kau datang dengan siapa ni?" Soal Fiza selepas tamatnya sesi berpelukan.
"Er.... hahahaha dengan.." Aku tergaru-garu kepala. Sesekali aku memandang mereka berempat yang sedang berpeluk tu uh memandangku. Nak jawab macam mana ni eh?
"Mak kau ke?" Tanya Ameera. Mulutnya penuh dengan coklat cadbury, makan je kerja!
"Taklah, hahahaha. Dengan... er.... tu ha tu." Aku menggaru kepala sambil menunjuk-nunjuk belakangku. Entah bila diaorang ada kat belakang aku pun tak tahu.
"Siapa?" Cepat-cepat si Ameera simpan coklatnya ke dalam beg, lap mulutnya yang comot itu dan lap dekat baju dia. Tak senonoh betul budak ni!
"Kawan...kot?" Aku tergaru garu kepala aku, dah macam kepala berkudis pulak beriya-iya garu sana sini.
Tiba-tiba Fiza mengeluarkan phonenya lalu menunjuk profile instagram seseorang.
"Siapa ni?" Tanya aku. Tapi macam ku kenal je tuan instagram ni.
"Mamat belakang kaulah!" Ameera menepuk bahuku, ternaik-naik bahu aku terkejut dengan tindakan Ameera tiba-tiba.
"Sakitlah, Meera!" Aku menepuk bahunya kembali. Ha padan muka ko!
"Ah, lantaklah jom tengok bilik." Aku menarik tangan Fiza dan Ameera.
Beg aku biarkan diaorang angkatkan, padan muka hahaha. Lelaki kan? Tolonglah aku, berat kot!
----------
Short update :( sorry hurm sorry is it too late now to say sorry hurm :( smh gtg brb idc idek istg hahaha, aku saja buat short update cause nak update cepat. Well atleast......update cepat la jugak kan than last time punya kan? kbai💕
YOU ARE READING
Together Looking For Galaxies [ON HOLD]
RandomMia Qaisara. Budak baru pindah ke SMK Putra High yang dulunya sekolah lelaki tapi dah tukar jadi sekolah campur. Tak pandai bergaul dengan lelaki tapi tiba tiba dipaksa jadi ahli club dan president club yang ada 4 empat lelaki, seribu perangai. Izz...