5

113 11 9
                                    

Tatkala daun pintu berkaca terkuak lebar, lebarlah juga senyuman pelanggan yang berada di muka pintu itu.

"Hai, selamat datang!" Ucap Aqid lembut sambil senyum. Budak perempuan yang berdiri kat pintu tu apa lagi, senyum malu malu taik ayam, siap blushing bagai.

Aku yang berdiri kat kaunter nak check keadaan ok ke tak pun menyampah tengok perempuan perempuan menggedik panggil panggil Ir dengan Aqid.

Tengok gerak badan pun dah tahu diaorang tengah flirt. Siap pegang tangan, sentuh sana sini. Aqid dengan Ir pun satu, melayan!

Tak kuasa aku nak tengok lama lama, pi lantak dialah nak uruskan customer macam mana. Mama bukannya tak ada, ada je kat kaunter tu. Aku terus angkat kaki masuk dapur.

"Eh, dah siap!?" Aku baru sahaja masuk dapur, terkejut tengok makanan yang dipesan dah siap.

"Kau sendiri cakap taknak dengar complain lambat, tapi kau sendiri tinggalkan aku buat sesorang. Hah dah, pergi hantar!" Tanpa menunggu jawapan daripada mulutku, Khai berjalan terus ke singki tanpa berpaling kebelakang lagi. Suaranya yang sedikit kuat membuat aku jadi serba salah.

Dapur menjadi sunyi. Hanya air yang keluar daripada paip sahaja berbunyi. Maman sudah ke hadapan untuk menghantar pesanan, dan mungkin tengah layan perempuan kat luar sana?

Aku berjalan terus ke singki, berdiri di sebelah Khai.

Kusyuknya Khai membasuh segala kuali dan peralatan dapur yang digunakan tadi. Dia yang offer nak tolong, dia masak sendiri, sekarang dia pula basuh kuali?

Tiba tiba perasaan serba salah menghantui diriku.

"Kh-- Khai... Takpelah, ni ni semua aku boleh buat."

Senyap. Khai langsung tak bersuara. Tak ada langsung rupa dia nak berhenti dan bagi aku buat.

"Weh, Khai." Panggilku.

"Khai" Senyap. Tiada sahutan.

"Khai!!" Khai berhenti membasuh setelah aku menjerit memanggil namanya. Dia pandang tingkap yang berada di depannya, lama. Seperti sedang fikir sesuatu.

"Aku boleh buat, kau diam je." Akhirnya, Khai bersuara lalu menyambung membasuh kuali yang tinggal lagi sedikit.

"Ta--tapi--" Khai menutup paip. Dia mengelap tangannya menggunakan tuala yang tergantung di sebelah singki.

Khai berpaling memandangku. Perlahan lahan Khai mendekatkan dirinya pada aku sambil memandang tajam mataku. Aku mengundur perlahan lahan ke belakang dan diikuti Khai berjalan terus ke arah aku.

Tanpa aku sedar, aku sudah kehabisan langkah. Aku dah tersandar ke dinding. Aku dah tak boleh kebelakang lagi. Aku tak boleh nak pandang Khai lama lama, dia macam nak makan aku!

Aku tataulah idea ni bodoh ke apa, tapi ni je aku mampu buat. Aku pejam mata kuat kuat dan taknak bukak langsung. Mesti dia tengah gelak tengok muka aku macam ni tapi alantaklah!

Tiba tiba aku terdengar suara orang gelak. Aku bukak sebelah mata, nak tengok apa jadi.

Khai tengah gelak.

Aku buka mata luas luas, syukur tak jadi benda bebukan tapi aku dah agak dah mesti dia gelak punya! Kalau Maman boleh tergelak, takkan mamat depan ni boleh terberak kot!

"Aku kata aku boleh buat. Lagi sikit je tu." Kata Khai, sisa gelaknya masih kedengaran. Khai menyambung membasuh.

Aku apa lagi, cabut awal awallah keluar daripada dapur. Seram weh duduk lelama kat dapur dengan dia.

xxxxx

"Ha nah, tak habis siap!" Aku meletakkan mangkuk besar yang berisi macaroni cheese di atas meja makan.

Seperti yang dijanji, Mama bagi diaorang order apa diaorang nak. Kemain berjimba masing masing lepas penat melayan kerenah pelanggan, yela upahnya dapat makan apa dia nak. Siapa je tak nak kan?

Tapi, yang nak kena masaknya aku! Dahlah mula mula diaorang minta bebukan. Nak lasagna tapi setiap lapisan nak perisa lain? Pastu dessert nak durian coklat like, no, what the heck is durian coklat? And and lobster masak merah?

Alantaklah aku hentam jelah buat macaroni cheese untuk 6 orang makan. For dessert, aku buat creampuff je.

"Wow, macaroni cheese!" Belum sempat baca doa makan, tanpa segan silu Maman sambar makanan terlebih dahulu.

"Maman!" Aku mengetuk tangannya menggunakan senduk.

"Hehehehehehe"

"Biarlah dia, Mia." Bela Mama.

"Mama kau pun bela aku tau, huh!"

"Takpayah layankan sangatlah perangai dia ni, Ma." Aku menghulur pinggan yang berisi macaroni cheese pada Mama.

"Cepatlah Mia, aku lapar ni!" Ir pula merengek lapar. Dah macam babylah masing masing!

"Pinggannya mana?" Aku meletakkan pinggan yang sudah berisi macaroni cheese di atas meja. Patutnya untuk Aqid, tapi Ir dah ambil dulu.

"Takpayalah. Aqid, sabar eh?" Kata Ir dengan senyumannya yang manis. Haah, manislah sangat ambil makanan orang.

"Tak menyabar la kauorang ni!" Cekik darah aku dibuatnya melayan sorang sorang macam ni!

-----

finally, done chapter 5! sorrylah pendek sikit, 700+ words je harini huhuhuhu.

Together Looking For Galaxies [ON HOLD]Where stories live. Discover now