Aku menyimpan semula pen biru pilotku ke dalam pencil box transparentku. Yela, dalam exam mana boleh bawa pencil box melainkan dia transparents.Alhamdulillah selesai sudah satu lagi paper. Buat masa sekarang ni, aku dah complete 8 paper. Nasib baik pagi-pagi start dengan paper agama, so takdelah susah mana. Tapi lepas rehat terus Addmath peh, dengan ngantuk ngantuk tu jugalah aku jawab tadi. Dahla susah, senang tak apa lagi.
Aku melentokkan kepala di atas meja. Dah tak fikir apa dah, tidur la apa lagi. Penat struggle fikir nak jawab apa soalan sains ni, boleh cikgu letak soalan "why do animal exist?", seriouslah? Siapa yang buat soalan ni? Nak je aku letak jawapan deep deep berserta hadis riwayat. Aku dah tak ada jawapan lain, aku tulis "Itu semua kuasa Allah."
Tik!
Sesuatu seperti jatuh di mejaku. Aku membuka mata. Pandanganku sedikit kabur kerana dihalang oleh gula-gula yang dicampak oleh Maman. Ye, Maman.
Waktu biasa duduk sebelah dia. Waktu exam pun sebelah dia. Rehat dengan dia. Pergi cafe jumpa dia lagi. Balik-balik muka dia, kekadang aku naik risau dia pulak jodoh aku nanti. Nasib je aku bangun pagi tak ada muka dia kat sebelah, mahu separuh mati aku dibuatnya nanti.
Aku mengangkat kepala lalu membuka plastik gula-gula yang diberi oleh Maman. Tangan kuletak di bawah, mencari waktu yang sesuai untuk memasuk ke dalam mulut. Aku dahla budak baru, pastu dah pandai buat hal makan dalam kelas. Haritu si Amir usha bekal sendiri pun kena soal dengan cikgu Seni. Punyalah pantang ada makanan dalam kelas, macamlah diaorang bawa condom pergi sekolah, entah apa dirisaunya.
Selamat sahaja aku sua gula ke mulut, baru nak simpan plastik dalam pencil box, tiba-tiba bala yang tak diundang datang.
"Mia." Encik Asfar - bukan cikgu yang mengajar aku, dia cuma ganti kelas cikgu KH - menegur aku.
Kunyahan aku terhenti. Aku terpaksa berlakon innocent.
"Ye... saya."
"Ada apa dalam mulut awak?" Gulp! Oh shit macam mana ni?
"Ada apa..?" Aku buat-buat tak tahu apa-apa.
"Awak ingat saya bodoh ke? Ada apa dalam mulut awak?"
Aku toleh ke kanan. Maman yang tadi elok tidur, sudah segar mengangkat kepala memandang aku. Aku memandang matanya, memberi isyarat menyuruh dia membantu aku.
"Mia. Awak makan apa? Ingat saya tak nampak ke? Awak masukkan gula ke apa tah saya tak tahu dalam mulut awak."
Hekeleh, kerek gila cikgu ni. Dahla bukan guru mengajar aku, kau ganti kelas tu ganti sudahlah. Ala susah betullah, ni menyampah ni dengan lelaki. Tu pun nak kecoh. Mata-mata kelas sudah memandang pada aku seorang sahaja.
"Cikgu, dia menguap kot." Maman bersuara.
"Arieff Luqman, awak pun terlibat sekali ke?" Encik Asfar memandang tajam pada Maman. Maman sudah perbetulkan kedudukannya, duduk tegak memandang Encik Asfar.
Aku dah blur, nak buka mulut sangat tak boleh sebab ada benda. Nak buang, cikgu tengah pandang aku masalahnya.
"Cikgu--" Encik Asfar memotong ayatnya.
"Memandangkan kelas ni tak ada pengawas, jadi saya akan beritahu hal ini kepada pihak kaunseling sendiri untuk mengambil tindakan pada awak. Mia, walaupun saya tak ajar kelas awak, saya sebagai guru berhak menegur pelajar jika pelajar melanggar peraturan. Saya rasa semua sekolah ada peraturan dilarang makan dalam kelas, walaupun awak baru pindah kan?" Nahh, tu dia cikgu dah pesan dah tu. Bukan warning, terus ke kaunselor kauuu.
Maman mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Plastik gula-gula yang kosong.
"Cikgu, saya pun makan tadi. Kalau cikgu nak tarik dia ke kaunseling, tarik saya sekali." Maman terus meletakkan kepalanya di atas meja. Qada' tidur agaknya.
"Waaaah. Bagus. . Sikap backup member. Saya suka."
Kring!
Loceng sekolah pun berbunyi, tanda menyuruh Encik Asfar blah dari kelas ni. Cepat-cepat budak yang tidur terus bangun nak last minute check paper.
"Okay, cepat kumpul kertas. Saya tak sabar nak pergi bilik kaunseling ni." Sindir Encik Asfar. Ey, rasa nak baling pulak meja ni kat dia. Dahla jendul lebar macam padang golf, kalau dapat tepuk tu peh mesti syok.
"Terima kasih, cikgu!" Jerit Fayyad dan disahut pelajar yang lain.
Aku terus meletakkan kepala dan menutup muka menggunakan buku menahan malu, semua pandang kot tadi. Nasib jap lagi tak ada paper dah, terus subjek Sivik.
xxxxx
Tepat pukul 2:15, waktu persekolahan pun tamat juga akhirnya. Aku merenggangkan lenganku yang lenguh, sakit pulak bila tidur lama-lama macam tu.
Aku mengambil beg sekolahku dan terus berjalan keluar kelas bersama Ma--
"Attention to Mia Qaisara from 4Kenanga and Izz Mikhael from 5Orkid, please come to the counselor room now."
Jengjengjeng, ok kenapa Khai dan aku? Apa jadi ni? Asal ni? Maman memandangku hairan, begitu juga aku. Aku juga tak faham kenapa aku dan Khai dipanggil kaunselor. Ke... cikgu salah nama? Eh takkanlah.
"Nak pergi ke?" Soalku ragu-ragu. Ni dah waktu balik, boleh je aku buat-buat tak tahu apa-apa.
"Pergi jela." Eh? Wah kau.
"Kita tengok kenapa kau dengan Khai kena panggil." Sambung Maman.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal ini lalu bergegas ke bilik kaunseling yang terletak di blok Cempaka - depan blok kelas aku - . Aku tidak putus memikir, apa aku dah buat sampai cikgu panggil ni? Apa aku buat? Apa? Apa?! Apa benda yang sampai diaorang buat announcement panggil aku ni? Dahla announcement, fikirla yang aku tanggung malu ni.
xxxxx
Di bilik kaunseling, kelihatan Aqid dan Ir sudah duduk di sofa menunggu. Khai tidak kelihatan. Dah balik ke dia? Aduh, nervous pula aku. Aku dahla lama tak cakap dengan Khai, cikgu boleh pula panggil kitaorang tiba-tiba. Dahla aku tak tahu apa-apa ni!
Aqid dan Ir bingkas bangun apabila sedar kewujudan aku. Aku dari blok Mawar sampai ke sini, asyik gentel jari je. Eh ya allah, asal cikgu panggil aku ni?
"Khai dah ada kat dalam. Dia cakap dia tak tahu kenapa kena panggil, kauorang ada buat apa-apa ke?" Ir bercekak pinggang memandang aku. Aku tak jawab, aku hanya memandang kosong pada mereka.
Puas gentel jari, aku garu kepala. Lepastu toleh kiri dan kanan, pandang muka diaorang ni balik. Genggam baju kejap. Cubit jari, garu kepala lagi sekali. Aku memandang Aqid lalu mengeluh, tak tahu nak terangkan apa aku rasa sekarang ni.
Aqid menarik kedua tanganku, "Rilek, tak ada apa-apalah. Khai kan ada, dia boleh cover kalau ada apa-apa jadi." dan menghadiahkan satu senyuman yang cukup manis kepada aku sorang je, hihi!
"Tah, chill la. Tak payahlah gelabah sangat, Kitaorang pun ada ni ha." Ir menepuk bahuku.
Aku pamerkan senyum paksa dan lepaskan tangan dari tangan Aqid. Aku menarik nafas berat dan berjalan ke pintu bilik Puan Junaidah. Agak gerun melihat pintu bilik cikgu ni, lek Mia, kau boleh. Tak ada apa-apa pun ni.
Aku mengetuk pintu dan menolak, Khai dan Puan Junaidah duduk bertentangan. Di sebelah Khai terdapat kerusi kosong untuk aku duduk. Mungkin mereka sedang menunggu aku.
"Mia Qaisara?"
"Y-- ye, cikgu..." jawabku perlahan. Chill Mia, jangan gelabah. Jangan nervous, tak ada apa-apa ni. Mungkin cikgu tanya pasal club, yes club, yes.
xxxxx
"Gambar apa ni?" Puan Junaidah melempar beberapa keping gambar kami berpelukan malam itu, di atas meja.
-------
HEHEHEHEHE BEST TAK OK TAK CANE COMMENT LA SIKED HAHAHA. okay, sorry for the late update and hurm hurm sorry kalau tak best ke apa ke eh eh eh kita tak perfect :(( dont forget to COMMENT $ VOTE kk laff yah💕
YOU ARE READING
Together Looking For Galaxies [ON HOLD]
RandomMia Qaisara. Budak baru pindah ke SMK Putra High yang dulunya sekolah lelaki tapi dah tukar jadi sekolah campur. Tak pandai bergaul dengan lelaki tapi tiba tiba dipaksa jadi ahli club dan president club yang ada 4 empat lelaki, seribu perangai. Izz...