11

170 11 6
                                    

Keadaan sekeliling gelap dan sunyi membuatkan aku tak berapa nampak dengan jelas. Sayup sayup bunyi cengkerik kedengaran di hujung telinga. Aku dapat agak aku sesat dalam hutan yang tebal. Aku menoleh ke belakang, aku nampak Khai. Aku melepaskan nafas lega, sekurang-kurangnya aku tak mati seorang diri kat sini kalau tak jumpa jalan keluar.

"Weh, kita kat mana?"

"Aku tak tahu, aku rasa kita sesat."

Aku berpeluk tubuh. Sejuk. Aku menyeluk pocket seluarku, alhamdulillah, phone ada. Jam menunjukkan 11:55 malam. Dan... line tak ada. Astaghfiruallah hal azim, apa aku buat sampai sesat ni? Aku cuba ingat balik macam mana kitaorang boleh sesat.

Habis bbq, ada sesi night walking, Maman paksa join, and how aku boleh end up sesat dengan Khai kat sini?

"Macam mana kita boleh sesat?"

Soalanku dibalas dengan angin sepoi sepoi bahasa. Damn, kenapa sejuk sangat ni? Aku pulak bebal pakai tshirt lengan pendek. Tiba-tiba, aku dapat merasakan ada sesuatu dibahuku. Khai meletak sweater biru gelapnya dibahuku. Aku terdiam. Khai pelik gila harini.

Aku memecahkan kesunyian dan berkata, "Hm thanks. Sekarang ni, macam mana kita nak cari jalan keluar?"

"Aku tak tahulah, kau senyap boleh tak?" Dia berjalan ke sana ke sini sambil mengangkat telefonnya mencari line.

Aku duduk dan bersandar di bawah pokok besar. Penat, sejuk, mengantuk, takut, ah macam macam perasaan aku rasa sekarang ni. Aku nak baliklah!

"Weh, Khai." Khai masih lagi memegang phonenya.

"Mendek?"

"Kau rasa diaorang akan cari kita tak?"

"Manalah tahu, harap harap iyelah."

"Ada ke tak line tu?" Soalku lagi

"Eh, kau senyap jap kejap boleh tak?"

Sesekali aku terdengar bunyi yang pelik dan aku pasti itu bukan haiwan. Aku hanya diamkan saja, bukan kami sahaja yang ada dekat sini. Tapi kali ni, bunyinya betul betul lain daripada yang lain.

"Weh, Khai. Khai!" Aku memanggilnya tapi lebih kepada bisik.

Khai menoleh memandangku lalu duduk disebelahku, "Kau nak apa sebenarnya ni?"

"Kau... tak ada dengar apa-apa ke?" Bisikku.

"Dengar apa?"

"Slowlah sikit suara tu!" Tanpa sedar, aku menyiku lengannya.

"Bisinglah kau ni." Khai melarikan pandangannya ke arah lain.

"Weh... aku.. aku takutlah." Aku memerhati keadaan sekelilingi. Sunyi. Gelap. Hanya bunyi cengkerik sahaja kedengaran. Siapa je tak cuak do?

"Kau takut apa? Kau bukannya seorang pun kat sini." Suaranya kedengaran bengang.

"A-- aku.."

Sssap!

Bahuku ternaik. Dengan pantas aku terus menutup mata, aku mohon sangat semua ni berakhir sekarang jugak!

"Weh, rilek la." Khai menolak bahuku.

"Siapa je tak takut, kau ni!"

"Kau ni, kecohlah. Aku cium kau kang kalau kau bising lagi." Ugut Khai. Gilalah mamat ni!

"Ha kau buat aku--"

cccccoppppp! 😂😂😂😭😂😭😂😭

Secara tiba-tiba bibirnya lekat di bibirku. Waktu seakan berhenti. Otakku seakan menolak tapi hatiku seperti menyuruhku membiarkan sahaja. Tanganku pantas menolak bahunya tapi kudrat Khai lebih kuat. Tangan kirinya memegang tengkukku manakala tangan kanannya melingkar dipinggangku, membuat aku susah hendak mengawal diri.

Together Looking For Galaxies [ON HOLD]Where stories live. Discover now