Loceng pintu dibunyi apabila pelanggan menolak pintu, aku pantas mengambil buku nota kecil untuk mengambil pesan menu pelanggan. Aku bergegas ke arahnya, menyeluk poket mencari pen biru.
Oh, hi. Yes, nak order apa?"
"Er, apa best sini?"
Aku tersentak. Suara ni.. macam mamat yang kacau aku hari tu kan?! Perlahan-lahan aku mengangkat wajah curi-curi tengok betul ke tidak.
Cepat-cepat aku kembali tundukkan kepala bila tekaan aku betul, "Ah, our best dishes is rice with chicken teriyaki stir-fry. Sebab kita guna japanese rice so dia macam japanese food la. Kat sebelah ni we have like fries, curly fries and normal fries. Cheese balls, chicken/shrimp popcorn, Kalau ambil set ni dapat sekali set curly fries and air."
Selesai aku mencatat menu, dengan kelam-kabut aku mengambil kertas menu daripada mereka. Fuh, nasib baik dia tak perasan aku. Aku perasan tangannya ada kesan lebam seperti baru habis bertumbuk. Ala, biarla. Muka pun dah macam penyagak!
Tapi, sebelum aku beredar, aku sempat dengar. "Padan muka diaorang, cari pasal lagi dengan aku. Tak sia-sia aku ambil gambar diaorang peluk pastu bagi kat cikgu. Tak sangka cikgu ambil serious tentang hal ni. Tunggula esok aku buat apa pulak, heh." dan ayatnya diakhiri dengan gelak tawa puas.
xxxxxx
Aku mengangkat kepala memandang hadapan. Kunyahanku terhenti. Nafas berat dilepaskan. Hari ini je dah masuk 3 hari Khai tak datang. Entah asal aku pun tak tahu, aku yang malu teruk pun datang je hadap sekolah.
Ir tiba-tiba sahaja mencuri sesudu nasi gorengku, terhenti lamunanku seketika. Aku memandangnya, dia mengangkat keningnya tanda, "Kenapa?". Aku menggelengkan kepala sahaja.
Boleh tahan terkejut juga mereka bila aku menceritakan hal sebenar pasal kena panggil hari itu. Aqid sampai nak jumpa Puan Junaidah personally untuk cakap pasal kami, backupla konon. Tapi aku menghalangnya, tak kuasa nak perbesarkan hal. Just let it be.
Tapi.. apa maksud diaorang ambil gambar peluk pastu bagi kat cikgu? Jangan-jangan diaorang yang ambil? Eh takkanla, aku tak pernah nampak lagi diaorang kat sekolah ni lagi. Tapi logic juga kalau dia form6 sebab waktu rehat dan balik dia dengan yang lain tak sama, jadi jarang dapat nampak budak form6. Mana tau, rupanya satu sekolah lepastu dia yang sebar sebab tak puas hati? Khai ni pun satu, kan orang dah berdendam.
Ir, Aqid dengan Maman pun tak pernah pulak cerita apa-apa pasal mamat tu lepas kena kacau. Kutuk tu adalah. Ala tapi logic jugak kalau diorang tak kenal mamat tu, tapi mamat tu kenal diaorang sebab diaorang ni boleh tahan famous jugak kan? Ish tapi seriousla, bukannya aku tak pernah jumpa langsung abang kakak form6, cuma jarang je. Kalau bukan diaorang, habistu siapa?
Kalau diaorang, apa maksud dia nak buat something harini? Dia nak buat apa? Ya Allah, macam macam perkara negative pulak aku fikir. Minta dijauhkan jela, penatla nak fikir. Kes masuk kaunseling pun dah macam apa, janganlah ditambah-tambahkan lagi. Bukan kot, aku rasa bukan. Diaorang muka matang je, takkan budak sekolah lagi. Haih, nak cerita ke kat diaorang?
"Hey, Mia? Kenapa ni?" Aqid mengusap kepalaku tiba-tiba. Aku kebawahkan sikit kepala, bahuku terangkat sendiri. Aku hanya senyum dan menggelengkan kepala. Tenang kejap kepala dengan hati dengar suara Aqid.
Aku bangun dari duduk dan meletakkan pinggan nasi di besen pinggan kotor. Membazir je nasi tu, aku makan sikit je. Selesai aku basuh tangan, aku menuju ke meja Maman dan yang lain-lain. Aku memberitahu mereka, aku mahu ke kelas dan mereka okay-kan sahaja. Mungkin faham aku tak ada mood kot.
Sepanjang perjalanan ke kelas, aku terima pandangan seperti jelingan mata oleh kaum hawa. Ada yang berbisik sambil menunjuk-nunjuk aku. Ada yang memandang aku seperti aku ni baru rampas boyfriend diaorang pulak, lol. Rasa macam jauh sangat nak ke kelas, aku berjalan terus sahaja mengabaikan pandangan mereka. Biarlah diaorang.
Sikit je lagi nak sampai ke blok kelas aku, Anis, satu-satunya budak perempuan yang baik dengan aku kat kelas menyergah aku dari belakang. Teristighfar kejap aku tadi. Eh, Anis ni!
"Nak apa ni?" Aku bercekak pinggang, konon marah.
"Eh kau nak pegi mana ni? Bodyguards kau mana?" Lebih tepat, Aqid, Khai, Maman dengan Ir la, siapa lagi yang follow aku setiap hari.
"Kelasla, mana lagi? Diaorang tu? Kat kantin, tengah melahap. Eh ni, aku nak tanya." Aku mengambil kesempatan menyoal sesuatu.
"Asal semua orang pandang aku macam tak puas hati eh? Ada apa-apa kat belakang aku ke?" Aku meraba-raba baju belakang. Kot-kot ada yang tak cukup kasih sayang letak kertas pelik-pelik ke.
"Eh? Kau tak tahu ke? Patutla kau rilek semacam." Anis memegang bahu aku, reaksinya cukup penuh terkejut aku tak tahu apa-apa. Aku ada miss something ke?
"Apa benda?"
"Ya Allah, Mia, Mia. Kau tau tak gambar kau peluk dengan Khai ada dekat discipline board? Semua orang tak puas hati sebab kau peluk Khai la apa lagi!" Anis menampar bahuku. Eh, amboi overnya.
"Weh, seriousla? Siapa punya kerja ni, Ya Allah. Penatlah aku macam ni." Aku menarik tangan Anis ke discipline board. Ni ke maksud diaorang nak buat something harini? Takkan Puan Junaidah yang letak? Haih apa lagi ni, serabutlah!
xxxxx
Orang ramai sudah berkerumun di hadapan discipline board. Bukan setakat sekeping je ditampal kat situ, penuh satu board! Macam-macam kritikan aku dengar. Apa salah aku? Siapa yang buat ni semua? Apa dia nak? Takkan Puan Junaidah?
Apabila mereka semua sedar aku wujud disitu, sedang berdiri di belakang mereka. Mereka memaki dan mencaci aku, mengeluarkan ayat yang aku sendiri tk sangka akan dituduh sebegitu sekali.
"Slut."
"Mesti rapat dengan geng The Amigos sebab duit, popularity je."
"Baru masuk sini dah pandai tumpang popularity orang, tapi tak famous pun."
"Ah, tengok pun tahu dia ni perempuan kampung."
Banyak lagi sampai aku tak boleh nak terangkan macam mana. Aku tak berapa kisah dikutuk macam ni, aku cuma malu je dengan gambar yang tertampal di discipline board ni. Sumpah aku tak mintak ni semua, kalaula aku tak pergi main rollerblade malam tu. Kalaula aku tak pindah melaka, none of this will happen.
Aku datang sini sebab Mama je. Aku tak mintak dilayan macam ni, aku dekat johor elok je. Walaupun sekolah ni tak ramai perempuan seramai sekolah biasa, tapi aku boleh nampak most of them benci aku. Bukan aku yang pilih nak ikut diaorang. Bukan aku yang nak berkawan dengan diaorang. Haih, aku menyesal keluar bilik malam tu.
Aku tak pernah dilayan sebegini di Johor. Cikgu tetap cikgu, tapi privacy kami tak pernah disentuh macam ni sekali. Tak pernah diaibkan walaupun sekali. Sebabtu aku sayang nak tinggalkan sekolah tu, aku tahu takde sekolah lain yang sama macam sana. Ingat ini ke apa aku nak? Air mataku tak mampu untuk bertahan lagi. Anis disebelah, mengusap belakangku, menarik pergi dari sini.
Aku pusing sahaja, Aqid muncul dihadapan. Dia mendekatkan kepalaku ke dadanya, dan menutup kedua-dua belah telingaku. Tangisanku jadi berhenti, aku.. terkejut. Aku ingin berundur, aku tau kalau aku biarkan, lagi banyak masalah akan datang. Tapi, Aqid menahan aku. Kudratnya lebih kuat berbandingku.
Aku mengangkat kepala, Aqid senyum sahaja memandangku dan bersuara perlahan tapi cukup didengari aku seorang, "Everything will be fine."
Aqid membawa aku pergi dari situ. Telingaku masih ditutup dengan tapak tangannya. Aku menoleh, Aqid kelihatan tenang sekali. Mestila dia tenang, bukan dia yang hadap. Aqid senyum kepadaku. Aku membalas dengan senyuman pahit, cuba bertahan dari menangis.
Aku masih tak boleh hadam apa yang aku dengar tadi. Teruk sangat ke aku? Kalau betul tu salah aku, pada siapa aku ingin minta maaf? Dan dimana Khai sekarang? Kenapa dia biar aku hadap semua ni sendiri? Pengecut ke dia nak wujudkan diri? Siapa pulak yang tampal gambar kitaorang dekat discipline board? Aku cuba sedaya upaya untuk tak tuduh Puan Junaidah sebab aku tau, dia takkan sesekali buat perkara ni.
Apa-apa pun, aku tetap percayakan kata-kata Aqid. Ye, everything will be fine. Haih.
YOU ARE READING
Together Looking For Galaxies [ON HOLD]
RandomMia Qaisara. Budak baru pindah ke SMK Putra High yang dulunya sekolah lelaki tapi dah tukar jadi sekolah campur. Tak pandai bergaul dengan lelaki tapi tiba tiba dipaksa jadi ahli club dan president club yang ada 4 empat lelaki, seribu perangai. Izz...