12

127 9 4
                                    

hi, sorryla kalau selalu lambat update blabla. and kalau cerita tak best ke apa ha ha sorry keh? ni first time so hmmmmm tah. hahahahaha.

------

"So, apa macam cuti? Mestila best cuti, satu minggu kot. Jadi mesti awak semua mesti dah bersedia untuk peperiksaan kan?" Pelajar-pelajar SMK Putra High mula mengeluh apabila guru besarnya mention tentang peperiksaan yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Apala mood cuti masih on cikgu nak sembang pasal exam. Spoil betul! Mana budak-budak tak mengeluh? Ni yang stress ni. Kalau tipikal student mesti dah balik rumah, update tweet, status, moment complain exam sucks la cikgu spoil moodla apala.

Lepastu kalau cikgu dapat detect pemilik statement tu siapa punya, esok confirm bilik kaunseling mari. 🌚

Nasib jela aku dah prepare, study kaw kaw habis. Sucks tak sucks, redha jela dik. Kau meroyan kat twisder pun tak ada siapa nak layan. Nak-nak lagi kalau kau tak famous.

"Eh, bunyi apatu? Kalau cuti laju je, kalau exam, ha dia punya mengeluh macam kena bersihkan satu sekolah. Peperiksaan yang lepas agak teruk ye, mohon tahun ni ada peningkatan. Lagi-lagi form5, awak tu dah nak SPM. Dah-dahlah berangan yang awak masih darjah1."

Peh, dia bagi pesanan free la pulak pepagi ni. Patutla aku tak pernah suka perhimpunan.

Malas betul nak layan, habis je guru besar beri ucapan, aku angkut beg lalu berjalan ke kelas 4Kenanga.

xxxxx

"Hergh. Penat sia. Mood cuti tak habis lagi dah sekolah." Maman merungut. Dia merenggangkan tangannya dan mengeluarkan sedikit bunyi "ergh".

Aku malas nak layan. Biarlah dia nak merungut ke apa ke, itu tak membantu aku untuk dapat As dalam exam ni.

Mata bulat comelku kusyuk focus pada buku Sejarah. Ngantuk pulak rasa.

Baru nak selak ke muka surat sebelah, aku teringat malam tu. Malam kami lepak kat luar bilik. Hm. Asallah aku pergi teringat. Bodoh.

Aku mengeluh.

"Woi."

Aku toleh, apa lagi kau nak?

Aku buat muka malas nak layan. "Apa?"

"Rajin siak. Lekla next week je pun. Kau still ada esok, lusa dan hari seterusnya. Balik nantu lepak cafe?"

"Malasla. Nak study."

"Alahai kau rajin rajin ni nak kejar apa?" Maman mengangkat buku-buku yang terbuka luas di atas mejaku. Dia menyandar pada kerusi sambil memandangku.

"Ah, biaule aku nak study ke apa. Kau taknak belajar diam sudahle." Ha keluar bahasa melaka aku, hahahaha. Hina sangat ke aku nak belajar?

"Jangan kacau aku la, semak la kau ni. Blah sana." Aku mengibas-ngibas tangan menghalaunya.

"Rilek la, kau nak marah ni pehal? Chill boleh? Apa benda kau fikirkan sampai nak marah ni?" Maman mengerutkan dahinya memandang aku, mukanya jelas pelik dengan tingkah laku aku.

"Apa? Buat kerjala. Exam nak dekat kan? Tak reti nak study?" Aku mendengus marah.

Fikiran aku serabut. Asal aku fikir malam tu je aku rasa nak marah. Rasa macam tak puas hati. Macam kenapa aku biar dia peluk aku. Kenapa aku ada perasaan macam ni. Apa benda perasaan ni sebenarnya?

Ah siallah Khai. Kau dah buat apa kat aku sampai jadi macam ni?

xxxxx

Pejam celik, pejam celik, tau tau harini dah Khamis. Exam isnin next week ala risau la pulak, walaupun dah study kaw kaw tapi perasaan gementar dan nervous itu bagi aku satu peristiwa besar dalam kehidupan pelajar di negara ni. lol.

Together Looking For Galaxies [ON HOLD]Where stories live. Discover now