2

161 19 11
                                    

Dari rumah ke High City Megamall ambil masa 5 minit je, serasa aku. Tapi disebabkan kereta lembab tadi tu, aku ambil masa dekat 20 minit untuk sampai ke padang High City Megamall. Aku bukannya boleh main lama lama sangat, esok aku sekolah kot! Aku berdiri daripada selesai pakai kasut rollerbladeku dan mengeluarkan iphoneku daripada pocket seluar. Aku menekan butang bulat tengah, terpapar gambar Do Kyungsoo sebagai wallpaperku. Jam menunjukkan tepat 9:15 pm. Haish, sebab kereta tadilah ni aku lambat.

Baru je aku nak masukkan balik iphone dalam pocket seluar, tiba tiba..

"Aduh!"

Apa benda ni? Benda apa yang langgar aku ni? Sakit gila doh! Anak gajah ke apa yang langgar aku? Ya Allah, sakit betul punggung aku. Mana taknya, punggung aku landing dulu kat lantai. Sakit kot terhentak kuat! Aku cuba untuk bangun daripada terduduk tersungkur. Walaupun sakit, aku cuba untuk tahan. Bukannya pes time jatuh, dah banyak kali dah.

"Woi!" Aku mendongak. Mak aih, ni tiang lampu ke orang? Tinggi betul mamat ni. Oh ya, lelaki yang langgar aku.

"Kau pahal berdiri tengah tengah jalan?!" Eh, kau yang pahal nak tengking tengking ni?!

"Eh, sorry sikit. Kau tu yang langgar aku! Kau yang pahal nak marah marah?!" Aku menekan sedikit perkataan 'pahal' tu. Dia yang ajak main 'pahal-pahal' ni kan. Tahulah tinggi, takkan buta sangat tak nampak aku.

"Orang ramai tengah main rollerblade ni kan, kau tak nampak ke apa? Pastu berdiri tengah tengah jalan macam jalan ni tak ada orang. Bahaya kau tau tak kalau kena orang lain!" Dia menepuk nepuk lengan bajunya yang kotor. Apa doh mamat ni. Dahla langgar aku, sorry pun tak ada.

"Kau tu yang buta tak nampak aku. Orang lain rilek je lalu tepi tepi. Bukannya aku besar rumah sampai kau tak boleh lalu tepi tepi. Ke kau tak pro lagi?" Saja bagi angin mamat ni panas. Kalau dia pro, dia boleh selok belok sendirilah. Tak payah nak arah orang ketepi.

"Eh, kau ni--"

"Aku apa? Hah, aku apa? Kau langgar aku, cakaplah sorry ke minta maaf ke. Ini tak, nak marahkan orang lain. Hakalah, menyampah betulah perangai lelaki sekarang." Aku terus blah dari situ. Malaslah nak bertekak benda macam ni, macam budak. Orang ramai dahlah pandang. Dengan kasut kasut rollerblade tu jugak aku berjalan sampai ke parking motor.

Jujurlah, aku kurang senang dengan lelaki. Nak nak lagi, bila ayah tinggalkan aku dengan Mama masa aku 11 tahun. Pastu kahwin dengan Datin janda pulak tu! Tak sabar sabar betul nak dapatkan pangkat Dato' dia tu, erghhh. Mama jadi tak banyak cakap lepas ayah tinggalkan kami. Semua lelaki tak boleh pakai. Sebab tu aku lebih selesa sekolah perempuan. Tapi tu tak bermaksud aku ke arah les-les ni, eww af! Aku just tak selesa bila dengan lelaki.

Dari kecil, aku dihantar ke sekolah perempuan. Bila dah besar, macam sekarang, aku jadi kekok bila dengan lelaki. Sangat sangat tak selesa. Aku sendiri tak sure apa aku rasa. Takut? Cemas? Risau? Rimas? Entahlah, senang cerita aku tak selesa.

"Hakalah. Kalau aku tak pro, kau pahal?" Gumam lelaki itu bersendirian. Tiba tiba mata lelaki tadi teralih ke lantai. Dia membongkokkan sendikit badannya untuk mengambil objek di lantai itu.

"Iphone mahal mahal pun ada orang nak buang ke?" Dia membelek belek iphone yang berada di tangannya itu.

xxxx

Aku mencampakkan diriku ke atas katil. Argh, penatnya! Walaupun tak main pun tadi, tapi penat fikir pasal mamat tu tadi. Hish, ingat dia tu apa? Dia yang langgar aku, aku pulak salah? Malaslah nak fikir. Sekarang ni, phone aku mana?

Aku meraba raba pocket seluarku, kosong. Aku menyeluk tanganku ke dalam pocket seluar, pun kosong. Okay kejap, aku letak mana eh phone tadi? Seingat aku, aku letak phone dalam pocket sebelum jatuh gedebuk kena langgar mamat tu. Takkan tercicir kot? Tak mungkinlah, tak mungkin.

Together Looking For Galaxies [ON HOLD]Where stories live. Discover now