Part 1

4.4K 247 17
                                    

Aku dedikasikan cerita ini kepada kau orang yang sukakan seseorang yang pernah atau tidak pernah perasan atau pun buat-buat perasan akan kewujudan serta perasaan kau dan orang yang kau suka itu balas atau tak balas cinta kau. So, hayatilah cerita ini. . . .

_______________________________________

kau menguap kerana terlalu penat belajar pada malam semalam. Kau membuka kelopak mata dengan malas lalu kau merenung siling yang putih itu.

Kau terdengar eomma kau memanggil-manggil nama kau supaya bangun dan pergi ke sekolah. Kau mendengus.

"nae! arasseo!" sahut kau lalu kau bangun dan berjalan ke arah bilik mandi.

-

"selamat pagi, _____ !" sapa oppa kau dengan ceria dan kau tersengih lalu mengambil tempat duduk berdepan dengan oppa kau. Kau menatap setiap makanan yang tersedia.

"wah! banyaknyaaa!" kata kau dengan ceria lalu mengambil kimbab buatan eomma kau lalu dimakan.

"sedapnyaaa!"

Oppa kau hanya menggelengkan kepala lalu kembali menyambung memakan makanannya.

"eomma yang masak, hah memang la sedap! dah cepat makan! nanti lambat ke sekolah,_____! Sungjae!"

Kau mencebik lalu memandang oppa kau, Sungjae[BTOB]

"Oppa, dah pukul bape?" tanya kau kepada Sungjae. Sungjae mengerling jam tangannya.

"hmm.. 7.30," balas Sungjae dengan wajah selamba. Mata kau membulat.

"oppa! kita dah lambat la! aigo! eomma! kitorang pergi dulu! oppa, kajja!!" ajak kau kepada Sungjae.

"alaa! buat ape pergi awal-awal? oppa malas la nak beratur kat perhimpunan! buat lenguh kaki! kita pergi lambat sikit eh? skip perhimpunan.. Please?" Pinta Sungjae sambil membuat muka sedih. Engkau menjulingkan mata ke atas tanda menyampah.

"ah! takde! takde! jomm!!" bentak kau dengan bengang lalu tali leher Sungjae kau tarik dengan rakus, membuatkan Sungjae terdorong bangun dan mengikut kau sekali ke arah pintu utama.

"adoi! weh kau bunuh oppa ke!? dah tak sayang oppa ke,hah?! oppa.. tak.. leh.. Nak.. Bernafas.." tutur Sungjae dengan suara yang tersekat-sekat dan membuatkan kau merasakan yang oppa kau ni menjengkelkan!

"ah! taknak!"

Kau terus menyarung kasut sekolah sambil memegang erat tali leher Sungjae.

-

"oppa! ppali! dah lewat nii! nanti kena tulis nama kat pakcik guard la! ei lambat la oppa ni!" ucap kau dengan marah kepada Sungjae yang berjalan dengan lenggang kangkung itu.

"lek ah.. Yang kau nak cepat ni kenapa?" tanya Sungjae kepada kau dan membuatkan kau terdiam. Kau mahu cepat ke sekolah kerana ingin mengusha crush kau di tepi dewan sekolah bersama dengan rakan-rakan popular yang lain iaitu ahli kumpulannya sendiri, BTS, GOT7 dan TWICE. Mereka gemar menghabiskan masa di situ sehinggalah ada guru menyuruh mereka untuk masuk ke dewan. Kau tak boleh melepaskan peluang ini kerana sudah seminggu kau tidak berjumpa dengan Jimin di sekolah kerana Jimin sibuk di track sukan pada minggu lepas, maklumlah Jimin ialah atlet sekolah dan dia sering mewakili sekolah bahkan daerah juga kerana inilah kau sukakan dia. Kau tersenyum sendiri dan membuatkan oppa kau hairan tahap beruk dengan kau.

"woi, woi.. Engkau dah kenapa? oppa tanya elok-elok, boleh pulak kau balas dengan mengelamun?" kata Sungjae dan membuatkan kau tersedar dari lamunan kau. Kau tersengih sambil menggaru kepala.

"um.. Amugeotdo.. Hehehe.. Alaa, saja je nak cepat takleh ke? ish, malas la layan oppa! bye!" balas kau lalu kau terus meninggalkan oppa kau yang terpinga-pinga dengan kelakuan kau itu.

[ ✔ ]  ❝ Crush ❞ yoonmin.Where stories live. Discover now