part 12

1.2K 165 35
                                    

"______!"

Kau terhenti daripada berjalan lalu kau menoleh ke belakang. Rupanya Jimin, dia menghampiri kau.

"Semalam V bagitahu saya yang awak suruh saya jauhi awak..? Kenapa..?" Soal Jimin kepada kau. Kau mengeluh.

"Untuk kebaikan kita." Ujar kau lalu kembali mengatur langkah meninggalkan Jimin tetapi Jimin sempat menarik lengan kau.

"Apa maksudnya? Kenapa awak-".


"Jimin, jebal.. Saya taknak dicop sebagai perempuan perampas. Saya bukan perempuan macam tu. Awak kan baru je break dengan Jihyo.. Apa kata budak sekolah kita nanti? Bila diorang nampak kita bersama? Mesti diorang rasa saya ni yang ganggu relay awak dengan Jihyo.." Luah kau kepada Jimin sebelum kau menepis tangannya yang memegang lengan kau itu. "Jadi, untuk kebaikan kita.. Lebih baik kita pura-pura tak kenal... Annyeong," ucap kau lagi lalu kembali mengatur langkah untuk ke sekolah.

"Kenapa awak tak muncul sebelum Jihyo?"

Langkah kau tergendala.


"Kenapa awak muncul sekarang? Awak tahu tak saya dah sa-"


"Tolong..! Tolong jangan sebut... Perkataan tu.." Ujar kau sambil memandang Jimin. "Saya taklayak untuk perkataan tu.." Ujar kau lagi. "Tolong la hormat keputusan saya, saya taknak perkara ni berlarutan sehingga akhir tahun atau tahun depannya. Saya nak belajar di sekolah dengan aman dan bukannya... Macam sekarang." Rayu kau kepada Jimin. "Awak tahu tak lepas video tu tersebar, tiap kali saya pergi mana-mana, diorang.. Diorang panggil saya ni perempuan murah. Jimin, kalau betul awak sayang saya, tolonglah jauhi saya...." Sambung kau lagi lalu kau mengatur langkah pergi meninggalkan Jimin.





×××








"Yah," kau tersentak dengan suatu suara yang tiba-tiba menegur kau itu. Kau menoleh ke sisi kau. Kau menarik nafas lega kerana gerangan yang bersuara itu rupanya oppa kau, Sungjae.

"Yah, oppa! Terkejut orang dibuatnya! Ee." Teriak kau lalu memukul bahu oppa kau. "Eh.. Kejap.. Oppa buat apa kat lorong ni?" Soal kau sebelum matanya membuntang. "Hokshi... Oppa stalk orang eh?!" Tebak kau dan membuatkan oppa kau hanya membuat muka tidak bersalah.

"Mana ada.. Oppa dah lama kat sini.."

"Dah lama kat.. Sini?!" Tengking kau kepada Sungjae. "Oppa tunggu ________ ye?" Duga kau lagi.

"Haah memang oppa tunggu kau sebab oppa lupa bawak duit, by the way kan... Oppa nampak kau dengan... Siapa tadi tu? Jimon? Ke Jimin? Eh Jimin nama yeoja.. Ah! Jungmin kan nama dia?!"

Rahang kau terjatuh.

"Apa oppa ni! Nama dia Jimin laa! Amende la Jungmin.. Jimon.. Entah pape la oppa ni.."

"Dia yang lawat kau kat hospital haritu eh?" Soal Sungjae kepada kau.

"Haah." Jawab kau sepatah.

"Oppa tak suka dia."

Pantas kau memandang Sungjae yang kelihatan serius itu.

"Baik kau jangan kawan dengan dia. Keje suka mainkan perasaan orang." Tambah Sungjae lagi. "Eh! Oppa nak duit! Duittt!" Desak Sungjae dan membuatkan kau menjulingkan mata ke atas.

"Iye iye! Sabar la!" Kau mengambil dompet kau yang di dalam beg lalu kau buka dan menarik beberapa not kertas berwarna biru lalu kau menyerahkan kepada Sungjae.

"Thanks! Nanti oppa ganti balik!" Ucap Sungjae seraya menyerabutkan rambut kau sebelum melangkah seribu.

"Yah! Oppa!!"





[ ✔ ]  ❝ Crush ❞ yoonmin.Where stories live. Discover now