"____________!"
Kau terdengar seseorang memanggil nama kau. Pantas kau dan Mina berpaling ke arah gerangan suara itu. Mata kau membulat.
"Ji.. Min..?" ucap kau dalam nada tidak percaya. Dia berlari anak ke arah kau dan kau perasan yang Mina tersenyum penuh makna. Tak guna punya kawan! grr!
Jimin berhenti betul betul di hadapan kau lalu dia menarik nafas sebelum berbicara. Matanya tepat memandang mata kau dan membuatkan kau berdebar hebat.
"Yoongi dengan Jackson bagi tahu saya yang Jihyo kacau awak, awak okay?" tanya Jimin dengan nada prihatin dan membuatkan kau mahu meletup di situ juga.
Belum sempat kau ingin menjawab pertanyaan Jimin, Mina terlebih dahulu menyampuk sambil menarik bahu kau dan menunjang pipi kau yang dibaluti plaster itu.
"weh okay pe mende nya! kau tengok apa awek bajet diva kau buat kat muka kawan aku ni yang lagi putih mulus cantik ni?! dia tampar kau tahu! dah la tampar anak orang pastu dicakar pulak tu! aduh aku bengang betul ah! engkau- adoiiii!" kata kata Mina tidak dihabiskan kerana dia dicubit oleh kau. Kau geram tambah malu mempunyai rakan seperti Mina ini. Mulut memang tiada insurans!
"adoii! apahal kau-" lagi sekali kata kata Mina tidak dihabiskan kerana kau menutup mulutnya. Kemudian kau memandang Jimin yang jelas membuat wajah terkejut dengan penjelasan Mina tadi.
"Jihyo... Tampar awak..?" Jimin mula memandang plaster yang membaluti pipi kau yang terluka itu. "awak okay? Jihyo..." Jimin menggenggam buku limanya. Jihyo sememangnya dah melampau! kenapa mahu cederakan orang yang tidak bersalah?
"gwaenchana..." mendengarkan kau berkata begitu, Jimin memandang kau.
"saya paham.. Perempuan mana yang tak cemburu kalau boyfriend berbual dengan yeoja lain,kan?"
"tapi dia dah melampau..! dia tak pernah pun berkasar dengan yeoja lain sebelum ni," ujar Jimin bersama keluhan berat.
"alaa dia cemburu la tu sebab perempuan yang kau berbual bersama ni, lagi cantik dari dia... Rasa tergugat la tu," kau memberi Mina renungan tajam bagaikan laser. Dengan serta merta Mina membuat ala ala menutup zip pada mulutnya.
Jimin's POV*
Aku terkesan betul dengan kata kata budak yeoja yang pendek ni. Ada benarnya, memang tak dapat disangkalkan lagi, _________ memang cantik pun. Bila dia senyum tu boleh buat orang sekeliling rasa tenang.
"Jimin?"
Aku tersedar dari duniaku lalu aku memandang __________. Baru aku sedar yang aku termenung memandang dia selama 4 minit. Alahai...
-
"Jimin?"
Kau berasa malu kerana sejak tadi mata Jimin tidak lekang dari memandang kau dan ini membuatkan kau rasa segan tahap maksimum!
"ya?" jawab Jimin sambil mengusap belakang leher.
"saya dengan Mina, um nak balik ni.... Hal Jihyo awak jangan risau, saya boleh deal dengan dia, Jadi... Jangan risau, ye?" ucap kau sambil tersenyum kepada Jimin.
"betul ni?" Jimin kelihatan ragu ragu dengan kau. Bolehkah dia? Jihyo tu bukan sebarang perempuan kot. Dia kalau dah rasa hak dia dikacau, memang dia fight habis habisan.
"alah kalau ___________ kata dia boleh, boleh la tu, kajja __________," Mina terus menarik lengan kau dan membuatkan kau terdorong mengikutnya. Sebelum kau melepasi pagar sekolah, kau sempat memandang Jimin yang sememangnya memandang kau. Kau memberikan senyuman tipis kepadanya sebelum hilang disebalik tembok pagar.
YOU ARE READING
[ ✔ ] ❝ Crush ❞ yoonmin.
Short Story+ Antara Jimin dan Yoongi? Nak tahu siapa yang bakal kau pilih? kau kena la baca ©kentangfab 2016 #69 in Short Story [170514]