part 11

1.1K 149 14
                                    

"Aku Bambam! Hai~~"

"Mark," Mark melemparkan senyuman manis kepada kau.

"Aku Taehyung! Panggil V je! Oh, kau ________ kan?" Kau memandang Taehyung pelik. Eh budak ni dari mana tahu nama kau? Kau hairan.

"Um, haah..." Balas kau dan membuatkan senyuman Taehyung kian melebar. "Oh, seronok dapat berkenalan dengan awak semua.."

"Weh, betul la yeoja ni crush si Jimin...!" Kau terdiam apabila terdengar apa yang dikatakan oleh Taehyung kepada Mark dan Bambam. Kau mula berdiri dan membuatkan Taehyung, Mark dan Bambam memandang kau.

"Eh, nak pergi mana?"

"Aa tak pergi memana pun.. Tukar tempat hahaha sini panas.. I mean, cahaya matahari.. Silau.." Tukas kau lalu kau mula melangkah ke arah meja yang berdekatan dengan Taehyung.

"Awak..."

Taehyung memandang kau yang dibelakangnya itu.

"Nae?"

Kau memandang Taehyung. "Tolong bagitahu Jimin, jangan tegur.. Saya lagi, ya?" Ucap kau sambil tersenyum tawar. Taehyung terkedu dengan kata-kata kau.

Kau bangkit dari kerusi lalu mula mengatur langkah keluar dari kelas tahanan. Di kepala kau hanya memikirkan satu tempat iaitu rooftop.




-



Kau menutup pintu dengan cermat lalu kau mula mengatur langkah ke arah pagar dan kau bersandar di pagar itu.

"Mian, aku dah taknak disakiti hanya disebabkan aku suka kau... Mianhae, Jimin ah." Ucap kau dengan perlahan. Air mata yang kau tahan sejak tadi berderai jua membasahi pipi lalu kau memejamkan mata. "Aku patut move on..." Ujar kau sendirian.

"Padan muka kau! Hahahahahahaha."

Kau tersentak. Pantas kau berdiri dengan betul lalu mata kau meliar mencari punca suara tersebut. Suara siapakah itu? Macam suara yeoja. Tiba-tiba kau ternampak seseorang keluar dari belakang bahagian pintu keluar. Kau terkejut, pantas kau berlari sepantas bak Usain Bolt dan menyorok di tepi almari besi yang telah rosak. Kau menekapkan telinga kau di almari itu untuk mendengar lebih jelas siapakah gerangan yang bersuara itu.

"Suara ni...."

"Mampus kau Jihyo! Aku akan buat kau kena buang! Mampus kau! Sepatutnya yang dapat Jimin tu aku! Aku yang lebih layak! Bukan kau!" Teriak gadis itu dan membuatkan kau terkejut dengan kata-katanya.

"Kalau aku tak dapat Jimin, kau pun takkan dapat 'pegang' dia buat selamanya, even kau dah clash dengan Jimin, aku tetap nak kau blah dari hidup dia!" Laung gadis itu lagi. "_______? Heh, sejak kau muncul, kerja aku jadi mudah! Aku kena perhatikan gerak geri dia, especially bila dia dengan Jimin. Aku akan jadikan dia kambing hitam aku...."

"Momo...?"  Tebak kau kerana kau amat mengenali suara Momo seperti mana. "Momo.. Momo ke yang edit video tu..?" Tebak kau lagi. Sebaik saja kau mendengar pintu ditutup dengan kasar, pantas kau keluar dari tempat persembunyian kau.

"Momo... Dia yang rakam video tu..."









-




Sebaik saja kau nampak kelibat tiga rakan kau di cafeteria, pantas kau mengatur langkah ke arah mereka.

"Korang..."


Mereka bertiga memandang kau.

"_______? Kau okay? Asal pucat sangat kau ni?" Soal Jackson lalu belakang tangannya menyentuh dahi kau. "Hmm tak panas," tutur Jackson. Pantas kau menepis tangan Jackson.


[ ✔ ]  ❝ Crush ❞ yoonmin.Where stories live. Discover now