part 7

1.1K 162 10
                                    

Ktang!!

Kau terperanjat sehingga terlompat sedikit. Kau memandang Jihyo yang sedang memaki hamun mop lantai itu. mop lantai yang tidak boleh berbicara pun dimakinya. Mental betul si Jihyo ni.

"stupid punya mop! abis kotor kasut aku!"

Kau menjulingkan mata ke atas. Ekeleh, termop kasut ke? itu pun nak marah. Kau hanya diam dan meneruskan kerja kau yang tergendala dek terkejut kerana Jihyo dengan tiba tiba membaling mop ke dinding.

Jihyo memandang kau yang sedang ligat mengemop lantai itu. Jihyo tersenyum sinis lalu dia berjalan ke arah baldi yang berisi air yang berada di sisi kau lalu baldi itu disepak Jihyo dan membuatkan kau terus memandang Jihyo dengan berang.

"ops, sorry.." ungkap Jihyo sambil menutup mulut sebelum tersenyum dengan sinisnya.

"aku tak perasan pulak baldi ni ada air. aah, alamak.. lantai basah balik pulak.." tambah Jihyo lagi dan membuatkan kau hilang sabar.

"kau ni kenapa,hah? apa salah aku? besar sangat ke salah aku dekat kau? boleh tak kau kasi aku hidup dengan tenang??" kata kau dengan nada bengang. Ya, kau sangat bengang dengan sikap Jihyo yang asyik tidak berpuas hati terhadap kau itu.

Jihyo tersenyum sinis lalu dia memandang kau dengan tajam. Matanya bagaikan keluar laser memandang tepat ke anak mata kau. kau sedikit pun tidak gentar dengan pandangan matanya itu.

"kau tanya aku apa salah kau? heh, kau ni memang tak sedar diri, kan? memang tak tahu malu, kan? dasar perempuan murah, semua laki kau nak! salah yang kau dah buat, kau nak kebas Jimin dari aku! JIMIN AKU PUN-"

Okay, kesabaran kau sudah pun hilang.

Ppanng!

Jihyo terjatuh ke lantai tandas yang basah itu. tangannya memegang pipi yang ditampar kuat oleh kau dan matanya mencerlung memandang kau yang sedang berang itu.

"berani kau-"

"hah memang aku berani tampar kau sebab... Kau dah melampau Jihyo.. Aku tak rampas sesiapa, tak rampas Jimin. No! tak! Jimin cuma jumpa aku sebab nak mintak maaf pasal kau, tu je... But... Yang pasal kau breakin up dengan Jimin... Sumpah.. aku takde kaitan pun.. Tolong la Jihyo.. Just let me live freedom." jelas kau dengan bersungguh-sungguh sehingga air mata kau menitis membasahi pipi kau.

"boleh."

Pantas kau memandang Jihyo lalu air mata kau kesat.

"betul-"

"but dengan syarat."

Kau terdiam seketika.

"apa syaratnya?"

Jihyo memandang kau dengan pandangan sinis lalu tangan yang memegang pipi akibat ditampar kau diturunkan dan disilangkan di dada.

"jauhi Jimin..."

-

Kau mengeluh perlahan lalu kau menutup loker kau dengan malas. Kau kemudiannya bersandar di pintu loker dan mendongak memandang siling sebelum kau melepaskan keluhan berat.

[ ✔ ]  ❝ Crush ❞ yoonmin.Where stories live. Discover now