"auch!" kau terjerit kecil kerana menahan sakit. Kau merasakan bibir kau semakin berdenyut dek ditonyoh kuat oleh Mina. Langsung tak membantu la budak ni!
"slow slow la! sakit la Mina!" marah kau kepada Mina.
"alaa sorry la! aku tak sengaja!" ungkap Mina dengan marah. Kau kemudian merampas ice pack dari tangan Mina lalu kau meletakkan di bibir kau yang sedikit berdarah itu.
Mina mengeluh lalu duduk disebelah kau. Kau hairan dengan Mina yang kelihatan sugul itu lalu kau menolak bahu Mina perlahan dan menyebabkan Mina memandang kau.
"kau kenapa? sedih betul aku tengok," ucap kau. Keluhan berat dilepaskan oleh Mina.
"bukan sedih la.. Aku kesian dengan kau.."
Kau hairan dengan Mina. Dah kenapa pulak kesian dengan kau ni?
"apesal kesian dengan aku?" tanya kau kepada Mina.
"yela.. Kau suka kat Jimin and then macam macam benda jadi kot hanya sebab kau suka Jimin! kau tak nampak ke tadi? kau baru borak sikit dengan Jimin, dah kena balun dengan awek dia yang perasan cantik tu!" hambur Mina dengan bengang. Sakit hatinya mengingatkan sikap Jihyo yang tiba tiba menampar kau tanpa usul periksa. "aaaahhh aku lagi bengang dengan orang yang edit video tu! klau aku jumpa orang yang edit vid-"
"kau suka Jimin..?" kata kata Mina terus terhenti tatkala mendengar satu suara di belakang mereka. Pantas mereka menoleh ke belakang. Pada masa ini, kau telah pasrah 100%. Takguna kau Mina, siap kau nanti.
-
10 minit sebelum itu...
"takguna betul la pakcik teksi ni! boleh pulak tersalah jalan! nasib baik ah aku tegur, klau tak dah lama aku gi 'sekolah' kat Seoul! adumak." Yoongi melepaskan geram pada tong sampah dan disebabkan tendangan ganasnya, tong sampah itu terpelanting. "weii alamak! mati aku klau cikgu nampak ni, woi!" cepat cepat Yoongi membetulkan tong sampah itu lalu diletakkan di tempat asalnya.
"kau nakgi bilik rawatan tak? teruk la bengkak kau tu.."
Yoongi menoleh ke arah tangga. Kelihatan dua orang yeoja sedang berbual. Salah seorang daripada mereka memegang pipinya. Yoongi mengecilkan matanya.
"aik.. Macam ku kenal... Hmmm," mata Yoongi membulat. "________? Mina?" Yoongi terperanjat kerana mereka menghala ke arahnya. Pantas Yoongi menyorok di tepi tong sampah yang disepaknya tadi. Yoongi menarik nafas lega sebaik sahaja kau dan Mina melepasinya.
"fuhh diorang tak nampak aku.." Yoongi memandang ke arah kau dan Mina yang mengatur langkah ke bilik rawatan.
"mesti Jihyo buat hal lagi... hm." Yoongi mengambil keputusan untuk mengekori kau dan Mina.
-
"yela.. Kau suka kat Jimin and then macam macam benda jadi kot hanya sebab kau suka Jimin! kau tak nampak ke tadi? kau baru borak sikit dengan Jimin, dah kena balun dengan awek dia yang perasan cantik tu!"
Yoongi tersentak dan terus mati niatnya untuk memulas tombol pintu. Yoongi berpaling lalu bersandar di pintu.
"________ suka Jimin...?" Yoongi terkejut serta tidak percaya dengan apa yang dia dengari sebentar tadi.
Yoongi kembali berpusing menghadap pintu lalu tombol pintu dipulas.
"aaaahhh aku lagi bengang dengan orang yang edit video tu! klau aku jumpa orang yang buat vid-"
"kau suka Jimin...?"
Kau dan Mina serentak memaling ke belakang. Mata kau membulat manakala Mina memukul mulutnya yang laser itu.
YOU ARE READING
[ ✔ ] ❝ Crush ❞ yoonmin.
Short Story+ Antara Jimin dan Yoongi? Nak tahu siapa yang bakal kau pilih? kau kena la baca ©kentangfab 2016 #69 in Short Story [170514]