part 8

1.1K 163 1
                                    

Kau berhenti di depan rumah Jackson. Lama kau merenung rumahnya sebelum kau menggelengkan kepala.


"Ani.. Jackson dah banyak tolong aku.. Aku taknak susahkan dia.. Ye, aku boleh berdikari." Ujar kau lalu menyambung langkah kau untuk ke sekolah.




***




Jimin berhenti daripada berlari dan menunduk memegang lutut sebelum dia kembali berdiri tegak dan mencari nafas. Dia mendongak memandang langit.


"Dah malam? Aaa memang la malam takkan pagi," omel Jimin sendirian. Jimin berjalan ke arah begnya yang diletakkan di bangku penonton di tepi padang sekolah. Telefon dicapai.


13 missed call dan 20 mesej daripada Jihyo. Jimin mengeluh lalu dia terbaca mesej terakhir daripada Jihyo.


[Jihyo:]

Awak.. Jangan sampai saya buat benda bodoh hanya sebab awak.... Saya serius.


Jimin terdiam tika membaca mesej itu. Mesej itu direnung lama sebelum dia mengambil keputusan untuk membiarkan saja kerana Jimin menganggap yang Jihyo hanya bergurau. Beg dicapai lalu Jimin mengatur langkah ke arah restroom yang disediakan oleh pihak sekolah yang terletak di hujung padang; berdekatan dengan blok akademik.


"Penat!" Ungkap Jimin sambil meregangkan badannya. "Mandi lepastu balik, tidur!! Bapak best! Homework? Ahh malas aku."




***




Jihyo merenung telefon ditangannya, yang mana milik kau. Dia bengang. Bengang melihat gallery telefon kau yang penuh dengan gambar Jimin semasa hari sukan. Jihyo menggenggam erat telefon kau sebelum dia mengambil keputusan untuk menelefon seseorang.


"Yeoboseyo? Hah, kau kat mana? Line dah clear, mamat tu dah habis berlatih... Cepat datang, aku kat sekolah ni.. Iye, jangan risau pasal duit... Jangan lupa bawak geng kau.. Perempuan tu boleh tahan kuat gak.. Macam mana aku tahu? Dia tampar aku! Sama kuat dengan Jimin! Ah! Takpayah banyak tanya! Kau datang je!" Panggilan ditamatkan lalu Jihyo memandang kelibat Jimin yang semakin menghilang dari pandangannya itu. Jihyo tersenyum sinis lalu telefon kau direnung kembali olehnya.


"________, kau akan terima nasib kau malam ni.. Aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup kau sebab ganggu aku punya!"



Jihyo ternampak telefon kau diletakkan di atas singki. Jihyo memandang kau yang leka mengemop lantai itu. Dia mendapat idea. Lantas mop ditangan sengaja dijatuhkan.


ktangg!!


"stupid punya mop! abis kotor kasut aku!" tengking Jihyo dan membuatkan kau memandang dirinya. Melihatkan kau hanya membuat tidak hairan dan kembali menyambung membuat kerja. Jihyo tidak berpuas hati dan matanya terpandang ke arah baldi disebelah kau lalu matanya kembali menatap telefon kau yang diletakkan di atas singki itu. Dia tersenyum sinis. Lagi sekali Jihyo sengaja mengambil alih perhatian kau dengan membaling mop di dinding. Kau memandang Jihyo dengan pandangan pelik dengan tiba tiba Jihyo ke arah kau dan menyepak baldi. ya, inilah plan sebenarnya iaitu mengambil alih perhatian kau dan mengambil telefon kau tanpa pengetahuan kau.

[ ✔ ]  ❝ Crush ❞ yoonmin.Where stories live. Discover now