part 6

1.2K 165 2
                                    

Kau berasa tidak selesa kerana sejak kau dan Mina masuk ke dalam kelas, Jackson tidak putus dari memandang kau. Kau mengeluh lalu memandang Jackson yang di depan kau itu. Cucuk biji mata tu baru tahu!

"Jackson," kau mengurut pelipis kau. "boleh tak kau pandang depan? aku nak fokus pun susah la," jelas kau kepada Jackson yang hanya membuat muka ada-aku-kesah?

"tak boleh," kau rasa lagi stres disebabkan jawapan Jackson itu.

"esh! kau nak apa..?" kata kau sambil mengeluh berat.

"taknak apa apa cuma... Kenapa macam plaster kat muka tu.. Makin bertambah eh? hmm setahu aku semalam satu je..." soal Jackson sambil membuat muka keliru.

"woi, jakun! kau ni memang tak alert kan? jiran sendiri kena balun dengan geng hot pun tak tahu ke? apa kejadah punya jiran.. Tak membantu langsung," Mina mencemuh Jackson yang telah membulatkan mata itu.

"kurang ajar gila mulut! aku mana tahu la! aku datang lambat sbb aku pegi sekolah dengan oppa _______ la pompuan! heh, patut ah takde sape nak dengan kau! perangai kuajaq dah kuajaq pastu cam lelaki! kalah aku!" Jackson membuat ala ala ingin memukul Mina.

"hah! apa, apa?! nak pukul aku? hah pukul ah!" cabar Mina dan membuatkan Jackson mematikan niatnya. Jackson menarik nafas lalu dilepas.

"nasib baik kau pompuan, kalau ni lelaki lama dah aku balun kau dengan kungfu aku," Jackson menjeling Mina lalu membetulkan duduknya dan memandang kau dengan pandangan menyesal.

"_______, sorry..."

Kau memandang Jackson yang bagaikan mahu menangis itu. Kau tergelak kecil.

"mintak maaf untuk apa kau ni? haish! lek ah! dia tampar aku je bukan nak tikam aku, lek ah lek..."

"weh! masalahnya orang yang kau tengah facing ni... JIHYO! JIHYO!!!" kata Jackson sambil memegang bahu kau lalu digoncang.

"bising la kau ni..."

Jackson,Mina dan kau memandang gerangan yang bersuara itu. Rupanya Yoongi yang tersedar dari tidur akibat suara kau orang yang kuat.

"mian, Yoongi..." kau meminta maaf kepada Yoongi yang menggosok mata itu. Yoongi memandang kau kemudian Jackson dan Mina.

"hmm kau tak bising pun.. Yang bising budak sebelah aku ni, hah! suara macam pakai speaker!" jawab Yoongi sambil membetulkan rambutnya yang sedikit tidak terurus itu. Kau baru tersedar yang kau merenung Yoongi lalu kau memandang tempat lain sambil menelan air liur kelat. tiba tiba kau rasa berdebar. Dah kenapa pulak ni?! alahai...!

"so, korang gosip pasal apa ni?" tanya Yoongi selepas rambutnya telah terurus. "reti pulak korang nak kejut aku kan? camni ah kawan!" Yoongi membuat muka.

"hek eleh, wajib ke nak kejut kan kau?!" Mina menjeling Yoongi.

"Mina... Stop la.. Haih, korang klau satu hari tak gaduh tak boleh ke?" kau mengeluh lalu mengurut pangkal hidung. Hari ini bagaikan hari tidak baik bagi kau kerana ditampar oleh Jihyo, sekejap tadi kau dipanggil oleh cikgu Yuna mengenai video itu. Nasib baik pada ketika itu hanya kau dipanggil dan Jimin tidak. Mungkin mengelakkan dari menerima jawapan yang merapu. Jadi cikgu Yuna hanya ingin berjumpa kau. Malang tidak berbaur, walau kau sudah menjelaskan kisah sebenar, cikgu Yuna masih lagi mengenakan penalti kepada kau. Aaaaaa stres!

Yoongi memandang kau lama kerana kau kelihatan sangat serabut. Dia baru saja ingin membuka mulut, tiba tiba datang seorang gadis iaitu rakan sekelas kau orang juga. Dia memanggil kau.

"________," kau mengangkat muka memandang gadis itu. Bora rupanya.

"ye?" jawab kau.

"ada budak kelas sebelah nak jumpa," balaa Bora sambil menunding jari keluar kelas. keempat pasang mata menoleh keluar kelas. Kau terkejut.

[ ✔ ]  ❝ Crush ❞ yoonmin.Where stories live. Discover now