Harini awal pagi lagi hanbin telah keluar dari rumah dengan memandu keretanya sendiri menuju kesuatu tempat,dia memutuskan untuk bertolak awal kerana hanbin tahu jongkook pasti akan cuba menghalangnya untuk pergi sekiranya mereka bertembung sebelum perjalanannya.Setelah setengah jam hanbin bertolak dari rumahnya, jongkook pula baru saja tiba dihadapan rumahnya, ternyata jongkook telah terlewat untuk menghalang hanbin.
jongkook cuba untuk menelefon hanbin tetapi gagal kerana hanbin telah mematikan telefonnya terlebih dahulu supaya dia tidak diganggu,seperti biasa setiap kali dia ingin menulis novel baharu dia akan memutuskan hubungan dengan dunia luar.
jongkook menuju ke pejabat hanbin untuk menguruskan hal-hal di pejabat itu seperti biasa kerana itulah yg akan dibuatnya setiap kali hanbin menulis novel baru, walaupun begitu jongkook tetap risaukan hanbin kerana keadaannya yg baru sahaja pulih dari trauma ,lebih-lebih lagi dia telah menganggap hanbin bagai adiknya sendiri..
(Di pejabat hanbin)
Ada surat yg diletakkan diatas meja hanbin,jongkook yg melihatnya segera membuka & membaca..
__________________________________
Hyung..
Tolong jaga & uruskan pejabat sementara b.i tiada ,b.I akan pulang setelah novel baru b.I siap
Yg benar
Kim hanbin @ b.i
__________________________________Kjk : aigoo budak ni setiap kali pun mesti buat camni, tak pernah nak berubah langsung😥
jongkook hanya menggelengkan kepalanya setelah dia selesai membaca surat itu. Dia memang sudah tahu dengan perangai hanbin sejak kecil lagi.
(Selepas beberapa jam)
Disuatu kawasan yg terpencil terlihat kereta hanbin melalui jalan tersebut. Hanbin melihat kawasan sekitar & terus memecut laju kerana tidak ingin lewat sampai ke destinasi yg hendak ditujunya.
Setelah beberapa jam hanbin telah sampai ke sebuah villa yg agak usang dimakan usia. Hanbin keluar dari keretanya dengan mengangkat bagasi-bagasi yg dibawanya.
Hanbin : akhirnya aku kembali lagi kesini.
Hanbin melihat keadaan sekeliling & mendapati tiada apa yg berubah kecuali villa yg telah dimakan usia itu.
Villa lama itu adalah milik keluarga hanbin suatu ketika dahulu,mereka berpindah ke bandar setelah kejadian yg menimpa hanbin pada 10 tahun yg lepas.
Hanbin memasuki rumah itu dengan langkah yg berat kerana rumah itu menyimpan segala memori silamnya, tetapi hanbin tetap meneruskan langkahnya kerana dia sudah buat keputusan untuk tinggal disana bagi mencari inspirasi buat novel terbarunya.
YOU ARE READING
The Other Me
FanfictionCerita ini mengisahkan seorang pemuda yg bernama Kim Hanbin. Hanbin adalah seorang penulis novel yg terkenal & berjaya tetapi Hanbin ialah seorang pemuda yg bersifat pendiam,dingin&sombong. Dia tidak bergaul dgn org sekeliling mahupun keluarganya s...