Jin : (aku pasti akan cari kebenarannya SONG JIHYO!)Tatkala jin sedang sibuk membuat pelbagai andaian dalam hatinya, jihyo masih diam membisu disitu. Dara pula bingung melihat keadaan mereka berdua kerana masing-masing hanya berdiam diri
disaat itu,mana tak nya sorang pandang ke dinding & sorang lagi tunduk pandang ke lantai.Dara tidak mahu keadaan itu berlanjutan lagi, kerana dara risau penjagaan raizel akan diabaikan oleh mereka berdua sekiranya keadaan berterusan seperti itu lagi, memandangkan buat masa ini raizel masih dibawah tanggungjawab mereka berdua.
Jadi dara pun berfikir bagaimana caranya untuk mengatasi keadaan yg sedang berlaku antara mereka berdua pada ketika itu.
Sambil dara berfikir dia berjalan disekeliling tempat itu untuk mencari akal bagaimana caranya untuk mengubah suasana dingin antara mereka berdua & ketika dia sedang berjalan dara dapati tiada satu pun barangan bayi disitu, perkara itu membuatkan dara mula naik angin kerana dia menyangka mereka hanya menjaga raizel sambil lewa sahaja .
Lantas dara yg dalam keadaan agak berang itu menggunakan kuasa teleportnya ke tempat mereka berdua berada dengan sekelip mata .
Dara : kamu berdua dah melampau tahu tak!
Mereka berdua terkejut dengan pertanyaan dara yg secara tiba-tiba & mengejut itu, ditambah lagi dengan nada suara dara yg agak keras ketika itu.
Jin : noo.. Noona,ke.. Kenapa ni? Kenapa noona cakap macam tu?
Jihyo : 😓 eonnie waeyo?
Tergagap-gagap jin menjawab soalan dara apabila jin dapat kesan aura negatif disekitar badan dara & itu bermakna dia harus berhati-hati menjawabnya kerana apabila dara berada dalam keadaan itu, selalunya dara akan bertindak lebih agresif & tidak dapat mengawal dirinya sendiri ketika itu.
Dara : mwo kau masih boleh tanya apa sebabnya! Takkan kamu tak sedar lagi ha 😠
Jin : noona, noona kena bertenang dulu kalau tak nanti noona pasti tak dapat kawal diri & kemudian musnahkan seluruh tempat ni.
Jihyo : bwo, musnahkan tempat ni? 😨 eo....eonnie andwaeyo ,eonnie tolong bertenang 😰
Dara : bertenang, kamu nak noona bertenang macam mana ha ! Kamu berdua hanya pentingkan diri sendiri, sampai abaikan raizel tahu tak.
YOU ARE READING
The Other Me
FanfictionCerita ini mengisahkan seorang pemuda yg bernama Kim Hanbin. Hanbin adalah seorang penulis novel yg terkenal & berjaya tetapi Hanbin ialah seorang pemuda yg bersifat pendiam,dingin&sombong. Dia tidak bergaul dgn org sekeliling mahupun keluarganya s...