truth of the twins part7 (ep19)

59 4 0
                                    


Reika yang baru sahaja tiba di tempat itu mula berasa curiga setelah melihat keadaan jihyo yang tidak sedarkan diri dan adiknya tidak kelihatan bersama mereka berdua ketika itu.

Reika: kenapa dengan jihyo? Apa yang dah jadi ni ?  Nae dongsaeng eodi ? Malhaebwa

Kedatangan reika yang secara tiba2 itu telah mengejutkan Jin dan membuatkannya terdiam kaku .

Reika: kenapa diam?  Mana adik aku?  Apa yang kau dah buat kat adik aku huh!

Kemudian reika terhidu sesuatu yang berbeza ditempat itu, reika terhidu bau vampire lain selain Jin dan reika amat kenal dengan pemilik bau ini, reika berasa sangat marah dan mula bertukar menjadi gaemul.

Reika : ini bau Dara 😠 kenapa ada bau yeoja tu kat sini, Cakap Jin kenapa ada bau Dara kat sini huh!

Jin tahu apabila chingunya dalam keadaan seperti itu dia pasti akan bertindak ganas & tidak mampu mengawal diri lagi, Jin segera melepaskan tangan jihyo & pergi kepada reika untuk membawanya jauh dari jihyo.

Jin: rei aku akan jelaskan semuanya tapi bukan disini, kkaja

Jin cuba untuk bawa reika keluar dari tempat itu tapi sebaliknya reika telah menolaknya dengan kuat hingga jin terjatuh berhampiran jihyo ,saat Jin melihat wajah jihyo yang masih lemah itu membuatkan dia menjadi lebih risau akan keadaan jihyo sehingga jin hilang tumpuan dan tidak sedar reika sudah berada di belakangnya .

Reika menarik Jin dan menghumbannya ke dinding, Jin bangun dan tersenyum sehingga menampakkan gigi taringnya dengan mata kemerahan merenung reika tajam.

Jin : nampaknya aku kena gunakan cara kasar untuk jelaskan pada kau

Jin menyerang reika dan mereka berdua berlawan sehingga dinding di sekitar jihyo runtuh dan itu membuatkan jihyo terjaga oleh bunyi bising tersebut,jihyo membuka matanya lalu secara perlahan -lahan dia bangun dan dia merasa terkejut apabila melihat mereka berdua sedang berlawan sesama sendiri

Jihyo apa yang dah jadi ni? 

Keadaan itu membuatkan jihyo tertanya-tanya tentang apa yang telah terjadi sehingga mereka berdua bergaduh seperti itu, kemudian jihyo  teringat akan sesuatu dan terus menjerit memanggil reika

Jihyo : TUAN MUDA REIKA ..

Jihyo menjerit sekuat hatinya memanggil nama reika dan jeritan jihyo itu telah membuatkan mereka berdua berhenti berlawan dan memandang kearah jihyo serentak

Jin&reika: jihyo...

Reika telah berubah ke wajah manusianya dan mereka berdua berjalan menghampiri jihyo

Jihyo : Raizel.. Raizel.. (jihyo menangis)  yeoja tu, yeoja tu dah..

Reika mengelap airmata jihyo yang sedang mengalir dan Jin hanya perhatikan mereka tanpa berkata apa-apa

Reika :  ji hyo apa yang dah jadi ni ?  jihyo berhenti menangis dan bagitahu apa yang dah jadi pada raizel

The Other MeWhere stories live. Discover now