Khai atau nama sebenarnya ialah Zakwan Khai bin Abdul Halim,seorang pekerja syarikat ayahnya sendiri,Halim's Holdings.Cawangan syarikat ayahnya telah menaikkan angka.Kini ayahnya mempunyai 5 cawangan di negara-negara yang ternama.
Setelah 3 tahun Khai memegang jawatan sebagai orang bawah,kini dia dilantik oleh ayahnya sebagai CEO Halim's Holdings.
"Tahniah Encik Khai"ucapan yang tidak terhenti kedengaran di telinga Khai.Khai mengucapkan terima kasih dan hanya melemparkan senyuman. Abdul Halim masih berdiri di sebelahnya.
"Tahniah Zakwan Khai Abdul Halim,you are now CEO of Halim's Holdings."Abdul Halim bersuara setelah semua stafnya megosongkan dewan syarikat.
Khai tersenyum dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan lelaki yang berusia itu.Tidak lama lagi lelaki tersebut akan pencen,jadi semua tanggungjawab yang ada bakal dipikul olehnya sendiri.Abdul Halim menyambut tangan anaknya dan memeluk erat anak lelakinya itu.
"So,let's go home.Dah petang dah ni.Hari ni papa bagi balik awal."Abdul Halim mengajak anaknya untuk balik ke rumah. "Tak apalah pa,papa balik dulu.Khai ada kerja sikit nak buat lagi"Khai membalas.
Abdul Halim mengangguk dan membuka pintu untuk keluar.Dia kemudiannya diikuti oleh Khai."Ok Pa,jumpa dekat rumah".Kemudian Khai berlalu pergi.
**********
Khai melangkah keluar dari pejabatnya setelah kerjanya selesai.Kunci keretanya dikeluarkan.Pintu kereta Audi R8 dibuka.Keretanya kemudian memecut laju ke lebuhraya.
"Assalammualaikum Mummy,Pa!Khai dah balik ni!"Khai memberi salam.Khai masuk ke dalam.Dia melangkahkan kakinya ke ruang tamu.
Kemudian tidak semena-mena lehernya dicekup seseorang.Khai memberi tindak balas dengan pantas.Dia menarik orang tersebut ke depan dan cekupan tersebut terlerai.Saat Khai ingin membalas,dia memandang orang tersebut. Macam aku kenal je budak ni. "Adik!"Khai menjerit.
Orang tadi membuka topeng yang dipakainya tadi.Kemudian tersemburlah rambutnya yang keperang perangan paras pinggang itu.Dia kemudian tersengih.
"Huish kau ni nasib aku tak bagi back hand,tak kick lagi.Kalau aku bagi tadi?Patah tangan,patah kaki kan susah."Khai berleter.
Gadis tersebut buat tidak hirau. "Ala saja nak test kau ni cergas lagi ke tak."kata Amalin.
Kedua-dua beradik ini memang mementingkan keselamatan.Mereka telah menyertai satu kelab taekwondo masa kecil bagi mempersiapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri.
"Aku ni sibuk memanglah sibuk tapi tak ada lah sampai tak pergi gym."balas Khai
Amalin kemudian menjelirkan lidahnya kepada abangnya. "Abang potong sat agi kan lidah hang"kata Khai.Amalin membalas "Buatlah kalau hang berani".
Khai mengejar adiknya.Mereka berpusing-pusing di ruang tamu itu.
"Zakwan Khai! Amalin Zarifa!"
Khai dan adiknya berhenti berkejar-kejaran. Alamak ni konfem kena berleter empat bakul ni.Kau lah ni dik.Khai membisik dalam hati.
Korang jangan lupa vote and comment okay❤Thank you!
YOU ARE READING
Pilihan Dia
RandomBekerja satu syarikat dengan orang yang disukai kadang-kadang menimbulkan rasa ketidakselesaan lelaki ini.Zakwan Khai cemburu dengan apa yang dilihatnya di depan mata.Hanina Raisya yang cuba dipikatnya ,baik dengan rakan bussinessnya sendiri. Dengan...