Hanina bersiap seperti biasa ke pejabat.
"Lin,cepatlah.Kata nak tumpang aku semalam"ujar Hanina
"Kejaplah.Aku tengah bersiaplah ni"balas Syazlin yang masih berada dalam biliknya.
Hanina menyediakan sarapan untuk dirinya dan kawan baiknya.Nak harapkan Syazlin yang sediakan memang tak lah.Dah lah bangun pun Hanina yang kena kejutkan.
Hari ni dia sudah berjanji dengan kawan baiknya untuk menumpangkannya ke pejabat atas alasan keretanya rosak.Jauh kot office dia dengan office aku boleh buat lambat pulak.
Hanina membuat kopi.Sedang leka mengacau air yang dibancuh,telefonnya berdering.
Bawa bertenang sayang,jangan marah,jangan marah
Nyanyian Ernie Zakri berkumandang di telefonnya.Hanina segera mencapai telefonnya.Mengangkat panggilan tersebut.
"Hello ya Kak Elya ada apa?"
"Hello Hanina.Ni bos ada pesanan untuk Nina"
"Apa dia kak?"
"Dia suruh Nina pergi site tengok tapak projek kat Putrajaya"
"La,bukan Fadlan ke jaga site dekat sana?"
"Entah lah Nina.Kak Elya tak tahu.Dia cakap suruh Hanina pergi tengok.Akak ikut arahan je"balas Elya.
"Ok lah Kak.Nanti Nina pergi terus site tu.Assalammualaikum"
Hanina mematikan panggilan daripada Kak Elya.Mulutnya laju membebel.
"Kau asal Nina,membebel dekat aku ke?Sorrylah.Bukan sengaja lambat"ujar Syazlin yang mengambil dua cawan untuk menuangkan air kopi yang dibancuh Hanina.
"Aku tak membebel dekat kau pun.Khai tu lah"
"Asal dengan dia?Buat masalah ke?"
"Tetiba suruh aku pergi tengok site dekat PJ"
"Kau pergi jelah.Mesti ada benda penting tu"
Hanina mengangguk.Mungkin juga Khai ingin kan pendapatnya.Manalah tahu.
**********
"Elya,mana Hanina?Dah pukul 10 pagi tak kan tak masuk pejabat lagi?"soal Khai.
Elya mengangkat kepalanya.Mukanya polos.Melihat bosnya.
Khai melambai-lambaikan tangannya ke hadapan muka Elya.Elya terkejut.
"Maaf tuan.Ada apa tadi?"ujar Elya tersipu-sipu.Macam mana boleh mengelamun pulak.
"Mana Hanina?Dah pukul 10 ni"
"La,bos kan suruh dia tengok site dekat PutraJaya."balas Elya.
"Sejak bila pulak saya suruh?"
"Ni.Nota yang Encik tulis"Elya menghulurkan nota tersebut.
"Elya,this is not my handwritting.Bila awak call Hanina untuk cakap pasal benda ni?"Khai bertanya.
Khai cemas.Pasti ada orang yang mensabotaj dirinya.
"Dalam pukul 8.50 tadi Tuan.Tuan,betul ke tu bukan tulisan Tuan?Nampak sama je?"
"Elya,this is really not mine"tegas Khai.
Khai kemudian meninggalkan Elya sendirian di mejanya.Khai masuk ke biliknya.Kunci kereta yang terletak di atas meja dicapai.Langkahnya laju menuju ke tempat parkir kereta.
Enjin dihidupkan.Khai memandu keretanya ke PutraJaya.Ke tempat yang diberitahu Elya sebentar tadi.
Semasa memandu,Khai cuba menghubungi Hanina.
Lima kali panggilan yang dibuat,lima kali juga panggilannya direject.**********
Mana Hanina ni?Ya Allah selamatkan lah dia Ya Allah..
Khai melajukan langkahnya.Tidak lama selepas itu,dia ternampak susuk badan yang dikenalinya.Khai tersenyum.
Krek!krek!krek!
Khai memandang ke atas?Ada seorang pekerja ingin membaling beberapa peralatan dari atas.Ya Hanina tepat berada di bawah pekerja tersebut.
Khai berlari ke arah Hanina.
Bang!bang!pomm!
Hanina kemas dalam dakapan Khai.Khai pula mengerang kesakitan.Nasib hanya luka kecil di siku.Hanina segera bangun.
"Khai,awak ok tak?"tanya Hanina.
Khai diam.Dia cuba menahan kesakitannya.Dia baru sedar bahawa bukan sikunya sahaja yang luka.
Hanina membelek muka bosnya.Ada darah di dahinya.Hanina meminta bantuan pekerja di situ untuk mengangkat Khai.
Apabila Hanina berpaling semula ke arah Khai,Khai sudah tidak sedarkan diri.
____________________________________
Selamat Hari Raya semua.Maaflah saya tak update dah lama.Tapi saya janji akan mencepatkan penghabisan cerita ni sebab saya nak buat cerita lain untuk korang lah.
Btw Maafkan saya,ParanceGalaxy andai terkasar bahasa atau apa-apa saja.
YOU ARE READING
Pilihan Dia
RandomBekerja satu syarikat dengan orang yang disukai kadang-kadang menimbulkan rasa ketidakselesaan lelaki ini.Zakwan Khai cemburu dengan apa yang dilihatnya di depan mata.Hanina Raisya yang cuba dipikatnya ,baik dengan rakan bussinessnya sendiri. Dengan...