Hanina membasuh pinggan mangkuk yang ada di dalam sinki.
Krek! Krek! Krek!
Hanina memalingkan badannya.Kemudian dia berjalan kearah ruang tamu.Pintu rumah dijenguk.Langsir di sliding door ditarik sedikit.Kereta Audi R8 tidak kelihatan.
Dahi Hanina berkerut.Dia kemudian menaiki tangga menuju ke biliknya.Pintu dibuka.Tidak semena-mena badannya ditolak ke hadapan.
Hanina jatuh ke atas lantai.Belum sempat dia melihat siapa di belakangnya,Badannya diangkat dan ditolak lagi.Hanina terpelanting.Kakinya dikuatkan untuk bangkit.Setelah dia berjaya berdiri,dia dapat lihat seorang lelaki berpakaian serba hitam.
Argh,siapa lelaki ni?
"K..ka..kau siapa?"dengan kudrat yang masih ada Hanina bertanya.
"Aku pembunuh upahan"jawab lelaki itu.
"Siapa hantar kau?"
"Nakashi samuel"
Hati Hanina bagaikan terhenti.Sudah lama dia tidak mendengar nama itu.
"Kau selamat hari ni.Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bunuh kau"kemudian lelaki itu meninggalkan Hanina sendirian dalam kamarnya.
Mata Hanina gelap dan badannya tersungkur ke lantai.
**********
"Assalammualakum,abang dah balik"ucap Khai setelah kakinya melangkah pintu.
Mana Hanina ni?Takkan tak balik lagi?tapi kereta dia ada dekat luar.
Khai berjalan kearah dapur.Khai mengintai ruang masakan.Kosong.
Khai meletakkan beg bimbitnya ke atas sofa dan menuju ke biliknya.
Pintu dibuka.Dia masuk dan melihat sekeliling.Kemudian dia terlihat susuk tubuh seorang wanita.
Hanina ke tu?
Khai mendekati wanita itu.Ya,itu Hanina.Dia melihat keadaan Hanina.Darah.
Khai memeriksa nadi Hanina.Masih ada.Khai mengangkat Hanina dan menuju ke hospital.
**********
Seorang doktor perempuan keluar dari wad Hanina.Dia kemudian berjalan kearah Khai.
"Encik ni suami pesakit kan?"soal doktor itu.
Khai mengangguk.
"Isteri Encik alhamdulillah tiada masalah cuma dia perlukan rehat yang cukup.Dia terlalu banyak kehilangan darah tadi"
Khai mengangguk dan mengucapkan terim kasih.
YOU ARE READING
Pilihan Dia
De TodoBekerja satu syarikat dengan orang yang disukai kadang-kadang menimbulkan rasa ketidakselesaan lelaki ini.Zakwan Khai cemburu dengan apa yang dilihatnya di depan mata.Hanina Raisya yang cuba dipikatnya ,baik dengan rakan bussinessnya sendiri. Dengan...