Bab 21

410 20 1
                                    

Hanina duduk di kerusi yang disediakan di luar wad.Khai tidak cedera ringan rupanya.Doktor bersyukur kerana Hanina membawa Khai cepat ke hospital.

Hanina kemudian menapakkan langkahnya ke surau hospital.Solat fardu ditunaikan berserta solat hajat untuk Khai.

'Ya Allah selamatkan Khai Ya Allah.Dia telah menyelamatkan ku dari bahaya sebentar tadi sehinggakan dia ditahan di wad.Ya Allah Ya Rabbi,kau selamatkanlah Khai.Permudahkanlah segalanya urusannya Ya Allah.Sesungguhnya engkaulah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Amin Ya Rabbi alamin'

Doa diaminkan.Hanina melipat semula kain sembahyang yang digunakan.Dia meletakkan kain sembahyang tersebut di ampaian yang disediakan.

Langkah kakinya lemah menuju ke wad yang menempatkan Khai..Saat Hanina sampai,seorang doktor keluar dari wad tersebut.

"Doktor ,macam mana keadaan dia doktor?"soal Hanina.

"Awak ni waris pesakit ke?"

"Saya kawan dia.Saya yang bawa dia ke sini"ujar Hanina.

"Khai dalam keadaan stabil tapi dia perlukan rehat.Awak boleh hubungi keluarga pesakit?"

Hanina mengangguk.Kemudian doktor tersebut berlalu pergi meninggalkan Hanina sendirian.

Korang jangan lupa vote and comment okay❤Thank you!

Pilihan DiaWhere stories live. Discover now