Hanina Raisya masuk ke dalam rumah diikuti dengan Zakhwan Khai.Zakhwan Khai menutup pintu rumah.Hanina Raisya terus ke dapur.
"Sayang.Sayang."ucap Zakhwan Khai.
Hanina Raisya menghampiri suaminya.Matanya melihat Zakhwan Khai.Lelaki yang berjaya menambat hatinya dan berada di samping lelaki tersebut amat membuatkan dia rasa selamat.
"Ya,ada apa?"soal Hanina Raisya.
"Mind explainning this?"
Hanina Raisya memandang wajah suaminya dan menarik nafas panjang.
"Saya sebenarnya seorang ejen macam awak jugak tapi sebab kejadian abang saya tak dijumpai saya give up untuk teruskan semua benda tu.Saya rasa kenapa saya kena jadi ejen sedangkan abang saya sendiri pun saya tak dapat selamatkan?."balas Hanina Raisya yang membuka mulutnya untuk bercerita akhirnya.
"Tapi lepas awak masukkan saya dekat dalam tempat tu,saya tahu saya sedang dicari oleh Rizal Hariz.Dia tak akan lepaskan sesiapa yang buat hidup orang yang dia sayangi hancur.Like what Zara did to his fiancee.And i heard Major said to you."
"You heard about what?"
"The option you have.One to live like a normal person with me or to live as an agent."
"Saya tak tahu nak pilih apa.Saya sayang kedua-duanya."
"Saya tak akan marahkan awak kalau awak pilih untuk hidup sebagai ejen.Saya faham."balas Hanina Raisya.
Hanina Raisya kemudian meninggalkan suaminya sendiri.Dia mahu suaminya berfikir sendirian.Dia tahu Khai akan buat satu keputusan yang betul.Dia percayakan Khai.
*****
Hanina Raisya membuka matanya.Dia melihat Khai tiada di sebelahnya.Dia bangun dah turun ke bawah.Kosong.Dia sudah mencari Khai di seluruh rumahnya.
Kelihatan sehelai kertas di atas meja.Hanina mengambilnya.Tulisan Khai.Air matanya jatuh.Dia dapat menganggap apakah pilihan Khai yang sebenarnya.
Hanina Raisya,Sayang.
Abang tak salahkan sayang atas apa yang berlaku tapi abang mintak maaf kalau abang dah buat satu keputusan yang salah.Abang tak sanggup tengok orang yang abang sayangi terluka sama macam Rizal.Abang harap sayang dapat hidup macam biasa walaupun mungkin abang tak akan ada dengan saya sentiasa.Tapi abang t
Apa yang Khai nak cakap lepasni.Kertas terkoyak pulak.Hanina Raisya lantas mencari serpihan kertas tersebut.
'Ting!Ting'
Hanina Raisya melihat ke arah pintu.Siapa pula yang datang masa aku tengah cari serpihan kertas ni.
Hanina Raisya bangun dan menuju ke arah pintu.Dia membuka pintu tersebut dan Zakhwan Khai ada di hadapannya kini.
"Cari ni ke?"soal Khai.
Hanina Raisya melihat Khai.Matanya tajam melihat Khai.Hanina Raisya merampas kertas di tangan Khai dan masuk ke dalam rumah,menuju ke meja tadi.
Tapi abang t etap akan ada disisi sayang sebab abang pilih pilihan pertama abang.
Air mata Hanina Raisya jatuh.Dia memusingkan badannya.Dia berdiri dihadapan suaminya.
"Janganlah nangis sayang.Abang keluar pergi beli bunga ni je."ucap Zakhwan Khai.
Hanina Raisya memukul lembut bahu Zakhwan Khai.
"Ingat kelakar ke?"balas Hanina Raisya.
"Saya dah fikir yang awak pilih pilihan kedua dah."kata Hanina Raisya.
Zakhwan Khai menarik isterinya kedalam pelukannya. "I nak buat gimik je pun.Dahlah."balas Khai.
"Well remember what you said to me? Kadangkala dalam buat pilihan kena ada pengorbanan.Dan I korbankan kerjaya sebagai ejen untuk hidup dengan you"
Air mata Hanina Raisya berguguran jatuh.Tangan Khai laju mengusap air mata itu pergi.
"Stop crying please"ujar Khai.
"Jangan buat lagi.Janji?"balas Hanina Raisya.
Zakhwan Khai hanya tersenyum.Jari kelingking mereka bertemu.
*****
Itulah dia suami aku yang selalu ada disisi aku sehinggakan kerjaya sebagai seorang ejen dilupakan.Pilihan dia.Dia buat pilihan yang tepat untuk meninggalkan kerjaya sebagai seorang ejen kerana kini kami bahagia.Dianugerahkan dua cahaya mata yang menambahkan lagi seri dalam keluarga.Jadi itu saja untuk update kali ni.Jumpa lagi
Sign out.
Hanina Raisya bangun dari tempat duduknya dihadapan laptopnya.
"Mama,mama.Papa balik!"jerit kedua-dua anaknya.
Hanina Raisya tersenyum.
"Pilihan dia betul"ujar hati Hanina Raisya dan turun ke bawah mendapatkan suaminya dan anak-anaknya.
Korang jangan lupa vote and comment okay❤Thank you!
Jadi,Pilihan Dia dah sampai ke penghujung.Saya harap korang semua suka!Ada juga terfikir nak buat lagi satu bab untuk pengakhiran yang lain tapi tengok dulu.Kalau ada org nak, in shaa Allah nanti saya buat :).Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang baca buku Pilihan Dia yang akhirnya tamat juga harini.Alhamdulillah.
YOU ARE READING
Pilihan Dia
AcakBekerja satu syarikat dengan orang yang disukai kadang-kadang menimbulkan rasa ketidakselesaan lelaki ini.Zakwan Khai cemburu dengan apa yang dilihatnya di depan mata.Hanina Raisya yang cuba dipikatnya ,baik dengan rakan bussinessnya sendiri. Dengan...