Abdul Halim dan Puan Maria serta Amalin Zarifa segera ke hospital yang dinyatakan Elya.
"Cik,wad Zakwan Khai Abdul Halim dekat mana?"soal Abdul Halim.
"Di sebelah kanan,bilik no 3"
Abdul Halim sekeluarga segera menuju ke wad yang dimaksudkan setelah berterima kasih kepada jururawat tadi.
Mereka sekeluarga menapak masuk ke wad."Er,Tuan."Hanina bersuara.
"Kau!Kau kan penyebab anak aku jadi macam ni?"Puan Maria memarahi Hanina.
Hanina terkejut. "S..a..ya.Tak buat apa-apa pun Puan"
"Kau keluar sekarang.Jangan dekat dengan anak aku.Get out!"
Abdul Halim dan Amalin Zarifa hanya memasang telinga.Hanina mengambil beg tangannya.Dia melangkah keluar dari wad tersebut.
Air mata membasahi pipinya.Kini dia rasa bersalah.Kalau Khai tidak selamatkannya,pasti dia tidak sebegitu.
**********
Hanina memarkirkan keretanya.Dia kemudian keluar dari perut kereta.Barjalan ke arah pasir-pasir putih di tepi pantai.Ingatannya masih terngiang-ngiang suara Puan Maria.Hatinya masih sayu.Tidak sangka Puan Maria akan bertindak sebegitu rupa.Hanina mengesat air mata di tubir matanya.Cuba mengawal emosinya.
"Assalammualaikum Kak"
kedengaran suara memanggil Hanina.Hanina mengangkat mukanya.Kelihatan seorang gadis bertudung biru lembut disebelahnya.
"Waalaikummussalam.Ya Ada apa cik?"
"Cik ni Hanina Raisya kan?"
"Ya saya.Cik ni siapa?Macam mana kenal saya?"soal Hanina bertalu-talu.
"Saya Amalin Zarifa"
"Oh,Cik Amalin.Ada apa ya?"
"Don't call me Cik Amalin.Just Amalin ok?"
Hanina mengangguk.
"Ada apa Amalin tegur akak?"
"Akak?umur cik Hanina berapa?"
"Just Hanina ok.23 tahun."
"Ooohh,tua setahun dari saya"
Mereka berdua tersenyum.Hanina memandang langit petang.Cantik.
"Amalin tanya boleh?"
Hanina mengangguk.
"Kenapa akak nangis tadi?"
Hanina diam.Tidak tahu apa yang harus diberitahunya.
"Akak,akak sedih.Akak tiba-tiba kena marah"
"Dengan siapa?"
"Seorang hamba Allah tadi.Dia mungkin tak tahu apa yang terjadi sebenarnya sebab tu dia buat macam tu."nada Hanina sayu.
Amalin mengusap bahu Hanina.Cuba menenangkannya yang teresak-esak.Amalin cuba membantu Hanina dengan memberi nasihat.
**********
Afiq Raykal menghempas pintu biliknya.Plannya tidak menjadi dengan kehadiran Khai sebagai penyelamat Hanina.Ya rancangannya bukan untuk menyakiti Hanina tapi perkara itu pula yang berlaku.
Afiq memicit kepalanya.Arghh.Semua plannya untuk dapatkan Hanina gagal.Khai selalu ada pada masanya.
Berita mengenai Khai dimasukkan ke hospital sudah sampai kepadanya.Dia tahu Khai sayangkan Hanina sebab itu dia cuba untuk dapatkan Hanina.Khai tidak boleh mendapatkan semua yang diingini.Itu yang dia mahu kerana selama ini Khai mempunyai segalanya.Dia cemburu.Dia dendam.
YOU ARE READING
Pilihan Dia
RandomBekerja satu syarikat dengan orang yang disukai kadang-kadang menimbulkan rasa ketidakselesaan lelaki ini.Zakwan Khai cemburu dengan apa yang dilihatnya di depan mata.Hanina Raisya yang cuba dipikatnya ,baik dengan rakan bussinessnya sendiri. Dengan...