Chapter 6

111 7 1
                                    

Selepas balik dari majlis permakaman Puan Lee, Kris menjamu beberapa jenis kuih dan air latte pada kawan-kawan Taeyong iaitu Ye Rin, Jinhwan, Joshua dan Hyun Kyung sebelum mereka minta diri untuk pulang. Rakan sekelas yang lain sudah pulang.

Myungsoo dan Kris masing-masing terus masuk ke bilik dengan perasaan sedih selepas kawan-kawan Taeyong pulang.

Taeyong? Dia masih di hospital. Dia koma. Kris duduk bersandar pada katil. Baju sut hitam dicampak di atas katil. Kris mengeluarkan rantai lehernya dari dalam baju kemeja putihnya.

 Kris mengeluarkan rantai lehernya dari dalam baju kemeja putihnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kris tersenyum menyenget sambil mengusap loket rantai.

"Levitation? Penggapungan? Terbang? Aku Alpha?"

Kris ketawa geli beberapa saat sebelum wajahnya kembali mendatar.

"Ibu.." panggil Kris dengan perasaan rindunya pada Puan Fan.

Kris mengerengkot atas permaidani sambil menahan sakit pada dadanya yang tiba-tiba datang menyerang.

"Arghh..ibu...sakit bu..saya sakit bu.." lirih Kris.

Mata Kris terpejam rapat seketika. Fikirannya melayang pada darah Puan Lee yang dilihatnya di tempat kejadian. Entah dimana kejauhan dalam hutan belakang rumah, Kris dapat mendengar lolongan seekor serigala.

Leher dan mukanya mula timbul kesan urat. Kris berdiri. Air liur ditelan setiap kali dia terbayangkan darah mengalir. Rasa sakitnya hilang sendiri. Dengan anak matanya mula bertukar merah dan gigi taringnya mulai tumbuh.

Kris melompat keluar melalui balkoni biliknya masuk ke dalam hutan belakang rumahnya itu. Jalan yang dilalui Kris meninggi dan curam tetapi tidak melambatkan lariannya. Kris melompat dari satu batu ke batu lain dengan mudah menuju ke arah suara lolongan itu.

Di sebalik pokok besar, Kris mengintip serigalan jantan yang cuba melepaskan diri daripada jerat buatan pemburu itu dalam keadaan posisi merangkak. Jerat itu dibuat untuk rusa tetapi terkena pada serigala.

Mata Kris dan serigala itu saling bertatapan. Serigala itu melolong lagi seolah tahu identity Kris. Pandangan Kris dihala pada pemburu itu. Kris menghidu bau darah pemburu itu.

"Masisseyo" Kris memejamkan seketika matanya sambil menghidu bau darah pemburu itu.

Ketika pemburu itu cuba melepaskan serigala, Kris pantas berlari dan menerkam pemburu itu lalu mengigit lehernya sehingga lemah. Serigala telah terlepas dan berlari dari situ. Kris menghisap darah pemburu itu.

If We Can Be Together Forever Where stories live. Discover now