Jiyeon terus duduk memandang Kris yang muncul dengan wajah pucat seakan tidak berdarah.
"Jiyeon-ssi" panggil Kris seperti melawan rasa sakit yang keterlaluan.
"Oppa, gwaenchana?" soal Jiyeon yang mulai dipagut bimbang.
Kris memaut pada kerusi supaya dirinya tidak terjatuh ke lantai nanum hanya beberapa saat sebelum dia pengsan, Bukk! Kris terjatuh lalu matanya perlahan-lahan tertutup rapat.
"Kris!" teriak Jiyeon.
Suho menerjah masuk ke dalam wad Jiyeon.
"Kris!" teriak Suho cemas.
Di Dorm Exo,
Terdengar bunyi derapan kaki dipijak pada rumput luar dan bau wangi yang tiba-tiba menyengat hidung membuat semua member Exo memejamkan mata sebelum mata masing-masing memandang antara satu sama lain.
"Alpha terdahulu. Dia datang" gumam Suho perlahan.
"Chincha?" soal Baekhyun seakan tidak percaya.
"Alpha..Alpha terdahulu" gumam Suho sambil melirik ke arah Kris yang masih pengsan.
Di rumah Puan Lee,
Myungsoo berbaring di atas katilnya sambil menatap sayu segala gambar di dalam memory handphone. Untuk mengingat segala kenangan dan sebagainya sebelum segalanya hilang dalam waktu terdekat ini.
Sementara itu,
Di halaman luar rumah..
Sophia Shuya berjalan keluar dari rumah seorang diri. Rome muncul dihadapan anak kecil itu dengan wajah mendatar."Uncle? Uncle buat apa disini. Baik uncle balik. Nanti papa marah kalau nampak uncle at sini" ujar Sophia Shuya.
Rome mendekatinya ingin mencekik anak kecil kecil itu namun pantas ditepis oleh Luhan. Rome bergerak pantas ke arah Luhan dan tanpa sengaja Rome terhunus pada Luhan dengan sebilah pedang perak ke arah perutnya.
YOU ARE READING
If We Can Be Together Forever
FanfictionWu Yi Fan atau dikenali Kris telah diambil sebagai anak angkat kepada kawan baik ibunya iaitu Puan Lee yang juga merupakan ibu kepada pasangan kembar Lee Myungsoo dan Lee Taeyong. Kris merupakan ahli kepada kumpulan Exo tetapi keluar dari kumpulan i...