Seusai habis makan-makan,
mereka terus pulang ke rumah. Kris mendukung Sophia Shuya ke dalam biliknya dan menyuruhnya menukar pakaian.Kris meluru ke tingkap biliknya yang sudah terbuka luas. Seingatnya tingkap biliknya sudah dikunci sebelum keluar.
Hidungnya sudah kemerah-merahan kerana menyengat bau seseorang yang tidak dia kenali telah masuk ke dalam biliknya.
Sejurus Sophia Shuya sudah menukar pakaian didalam bilik air, dia terus berbaring di atas katil
"Ace Wu!" teriak Sophia Shuya sambil bermain boneka kambing biri-biri berwarna putih milik Kris yang diberi nama Ace Wu.
Kris kemudiannya meluru ke arah mejanya apabila terpandangkan ada sehelai kertas yang mahu menyampaikan sesuatu berita kepadanya. Tie pada lehernya dilonggarkan sedikit. Lipatan kertas dibuka.
"What?" terkejut Kris membaca isi surat itu. Mulutnya ternganga beberapa saat sebelum mengatup mulutnya.
Kris pandang Sophia Shuya dengan pandangan sedih dan simpati pada anak kecil itu. Matanya mulai berkaca-kaca.
"Papa.." panggil Sophia Shuya perlahan sambil memandang Kris.
Kris melabuhkan punggungnya di sebelah Sophia Shuya. Sikat dan getah rambut dicapainya kemudian memusingkan Sophia Shuya duduk membelakanginya untuk mengikat rambut Sophia Shuya.
"Like rambut kuda" usik Kris lalu berjalan ke pintu gelangsar yang turut diikuti oleh Sophia Shuya.
Sophia Shuya tidak membalas usikan Kris. Dia merenung ke arah surat itu. Ingin tahu isi kandungan surat itu di atas meja itu yang menyebabkan Kris menjadi sedih tadi.
YOU ARE READING
If We Can Be Together Forever
FanfictionWu Yi Fan atau dikenali Kris telah diambil sebagai anak angkat kepada kawan baik ibunya iaitu Puan Lee yang juga merupakan ibu kepada pasangan kembar Lee Myungsoo dan Lee Taeyong. Kris merupakan ahli kepada kumpulan Exo tetapi keluar dari kumpulan i...