Chapter 11

65 5 0
                                    

Di Hannyoung High School,

Para pelajar berpusu-pusu membeli makanan di kantin dan ada juga membeli di koperasi sekolah.

Taeyong, Joshua dan Ye Rin makan semeja di kantin. Joshua menahan pergelangan tangan Hyun Kyung yang berjalan disebelah meja mereka sambil memegang 2 air vitagen perisa chocholate. Langkah Hyun Kyung terhenti lalu memandang Joshua dengan riak muka mendatar.

"Hyun, kau tak makan ke? Tak join kami?" tanya Joshua.

"Joinlah kitaorang" pelawa Taeyong.
Hyun Kyung menggelengkan kepalanya.

"Hm mesti air tu satu untuk Jinhwan. Am I right? Wow so sweet this bestfriend" usik Ye Rin dengan gaya manja.

Joshua menyiku siku Ye Rin untuk menutup mulut.

Hyun Kyung berjalan pergi tanpa membalas usikan Ye Rin yang baginya menyebalkan hati.

Terus Taeyong mengajukan sudu ke arah Ye Rin seolah mahu memukul gadis itu sambil menjengilkan biji matanya.

"Ish perempuan ni. Diorang kan sekarang kan perang dingin" marah Taeyong.

Ye Rin mengerling sekilas ke arah Joshua. Joshua menolak tangan Taeyong daripada berbuat demkian.

Manakala Jinhwan duduk bersendirian di atap bangunan sekolah. Dia menyinsingkan kedua-dua lengan baju seragam sekolahnya sampai siku. Dia duduk bersila di tengah-tengah. Sinaran matahari yang memancarkan cahaya tidak dihiraukan.

Tangan kanannya memegang sebuah pisau lipatan. Pisau lipat dibaling ke udara lalu menyambutnya. Perbuatannya itu diulang 3 kali.

"Hahahaha" tiba-tiba Jinhwan ketawa yang dibuat-buat.

Pisau lipat dibelek-beleknya dengan tatapan tajam kemudian diajukan pada pergelangan tangan kirinya. Dengan sekali tarik sahaja terus pergelangan tangan kirinya mengalir darah. Dia kelar pergelangan tangan kirinya sendiri. Rasa sakit yang dirasakan tidak dihiraukan.

Hyun Kyung kebetulan tiba di situ. Saat Hyun Kyung ingin berpatah balik Jinhwan yang menyedarinya bersuara. Serta merta kaki Hyun Kyung kaku disitu.

"You hate me, boy" tegur Jinhwan.

Hyun Kyung memusingkan semula badannya dan menatap Jinhwan yang duduk membelakanginya. 2 botol air vitagen chocholate ditangannya dijeling sekilas.

"Jinhwan-ssi" panggil Hyun Kyung.

Hyun Kyung membaling satu botol air vitagen chocholate yang dibelinya tadi pada Jinhwan saat temannya menoleh. Jinhwan cekap menyambutnya. Semasa Jinhwan menangkap air vitagen Hyun Kyung dapat melihat pergelangan tangan kirinya berdarah.

Hyun Kyung berjalan laju ke arah Jinhwan lalu duduk bercangkung disebelah temannya. Air vitagennya diletak tepi. Riak wajahnya seperti risau. Pisau lipat dirampas dari Jinhwan lalu dicampak ke tepi.

"Pabo! Kenapa kau lukai diri sendiri, hah?" marah Hyun Kyung sambil membelek pergelangan tangan kiri temannya.

Kemudian Hyun Kyung memeriksa tangan kanan, menarik baju belakang temannya sampai ke atas dan betis kakinya temannya. Hyun Kyung dah agak pasti ada kesan sebatan disitu.

If We Can Be Together Forever Where stories live. Discover now