Chapter 9

75 5 0
                                    

Malam itu, jam 10 malam, Kris duduk bersandar pada sofa sebelum Kris menerima daripada panggilan tidak dikenali..

"Datang ke sebuah bangunan lama sekitar sungai Han kalau nak Myungsoo selamat" ujar Rome.

Rome memaksa Eyoung memegang telefon.

"Dengarkan. Ini aku guna style manusia" suara Rome tajam.

Rome menendang perut Myungsoo kemudian menumbuk pipi berhampiran mulut Myungsoo.

Eyoung berpaling ke tempat lain kerana tidak sanggup melihat Myungsoo diperlakukan seperti itu

"Hoii!!" teriak Kris dihujung talian apabila terdengar jeritan Myungsoo.

Kemudian Eyoung mematikan talian atas arahan Rome.

Telefon terlepas dari tangannya. Tangannya mengeggam menjadi penumbuk.

Roh Taeyong duduk dibahagian penumpang sementara Kris memandu dengan laju.

Tangannya kanan Kris mengawal stereng kereta manakala tangan kirinya yang diletakkan pada pintu menggaru dagunya.

*Flashback

"Be careful with Rome. Dia buru kau. Pembalasan di atas kematian parent dia dah dibayar dengan kematian parent kau dan aunty Lee. Sekarang dia nak bunuh kau agar kuasa Alpha jatuh padanya. Dia manfaatkan anak aunty Lee untuk ugut kau," kata Ha Neul.

"Kematian parents dan aunty Lee ada kaitan dengan dia" Luhan memberitahu Kris.

*End of Flashback

"Lepaskan aku!" Myungsoo cuba melepaskan dirinya namun gagal. Tenaganya tak boleh melawan tenaga Rome yang jauh lebih kuat darinya. Lebih-lebih lagi dengan keadaan dirinya yang masih terikat dan baru lepas dipukul.

Roh Taeyong terus ke naik ke tingkat atas sekali kerana Kris ghaib selepas pintu kereta ditutup. Kris bergerak pantas sehingga Roh Myungsoo tak melihat langsung dia bergerak.

Kris sudah sampai di atas sambil menaikkan baju jaket hitam sehingga ke paras situ. Bersedia membalas serangan.

Rome duduk membelakangi Kris yang baru tiba. Mencerlung mata Kris melihat keadaan Myungsoo.

"Hyung?" Myungsoo mengangkat wajahnya memandang Kris.

Rome mengalihkan kedudukannya menghadap Kris.

"Akhirnya dapat juga face to face" ujar Rome lalu berdiri beberapa meter dari Kris.

Roh Taeyong tiba di situ. Tapi dia berdiri dibelakang Kris beberapa meter jaraknya. Kemudian, Ha Neul dan Luhan tiba. Ha Neul dan Luhan berdiri disisi Kris lagak seperti hero.

Rome mejeling sekilas Luhan dan Ha Neul. Rome menatap tajam ke arah Roh Taeyong.

"Dia boleh melihat aku? Luhan dan Ha Neul pun boleh melihat aku? Kenapa dia boleh melihat aku padahal banyak orang yang tidak boleh nampak keadaan aku seperti ini. Ada apa dengan mereka sampai boleh melihat ku?" Roh Taeyong tertanya-tanya.

If We Can Be Together Forever Where stories live. Discover now