Chapter 5

116 8 0
                                    

Puan Lee mendekati Kris yang berdiri kaku. Puan Lee menarik pergelangan tangan Kris mengikutinya namun Kris tetap tidak bergerak dari tempatnya berdiri

"Kris, dengar sini. Tinggalkan Korea sekarang juga. Pergi Ghuangzhou! Hide tempat yang aunty pernah bagitahu dulu" arah Puan Lee.

"Myungsoo dengan Taeyong akan menyusul kemudian" ujar Puan Lee.

Kris memandang Puan Lee dengan pandangan kosong. Puan Lee mengoyangkan tubuh Kris agar sedar dan ikut arahannya.

"Kha!!" arah Puan Lee dengan tegas lalu menarik Taeyong dan Myungsoo ke parking kereta.

Puan Lee dapat merasakan seseorang mengikutinya dari belakang.

"Omma, tangan omma sejuk. Muka omma pun nampak pucat. Wae?" tanya Myungsoo.

Pertanyaan Myungsoo dibiarkan sepi. Myungsoo dan Taeyong masuk ke dalam kereta. Myungsoo yang duduk dibahagian penumpang belakang memandang cermin sisi.  melihat seorang lelaki bermata merah serta gigi taringnya yang terkeluar dikiri dan kanan bibir menatap garang ke arahnya.

"Wajahnya macam pernah ku lihat. Tapi..dimana? Bila?" Myungsoo cuba mengingat namun hampeh.

" Tapi makhluk apa dia? Macam vampire. Vampire? Ish mengarutlah!" gerutu Myungsoo berkata dalam hati kemudian laju menggelengkan kepalanya.

Puan Lee menghidupkan enjin kereta lalu memandu dengan tangan menggigil pegang stereng.

"Dengar sini. Jangan biarkan Kris terluka. Andai kalian tahu indentity dia, janji dengan omma kalian takkan tinggalkan dia, takkan memusuhi dia. Letakkan kepercayaan pada dia. Terus sayangi dia seperti sekarang" pesan Puan Lee.

Puan Lee meningkatkan kelajuan kereta apabila Rome berlari mengikuti keretanya dengan sama kelajuan kereta sambil memandang ke kiri.

"Bastard!" gumam Puan Lee dengan amarah.

Myungsoo dan Taeyong melirik ke arah yang dipandang oleh Puan Lee.

"Lajunya lari. Kalah Usain Bolt kalau bertanding dengan dia" puji Taeyong yang kagum dengan kepantasan larian Rome yang cukup luar biasa.

Myungsoo memandang ke cermin hadapan kereta.

"Omma, watch out!" teriak Myungsoo.

Puan Lee terus memandang hadapan. Kelam-kabut Puan Lee mencari pedal brek namun tersalah tekan. Puan Lee tertekan pedal minyak.

Kereta yang dipandu Puan Lee meluncur laju melanggari lampu merah di simpang empat itu sebelum melanggar kereta yang bertentangan kemudian berpusing dua kali dan terhenti dibahu jalan.

Tubuh Puan Lee tercampak keluar. Tubuh Taeyong juga tercampak tetapi sekadar di atas bumper depan kereta.

Kaki Puan Lee hampir digilis oleh sebuah lori namun Kris sempat menahan lori itu dengan kedua tangannya sehingga pergerak lori itu terhenti.

Manakala Myungsoo masih tetap ditempatnya hanya mendengar jeritan mereka tanpa ada kudrat mahu bergerak. Myungsoo nampak tindakan Kris sebelum pengsan.

If We Can Be Together Forever Where stories live. Discover now