Chapter 8

86 5 0
                                    

Semalaman Kris dan Roh Taeyong berjaga. Tapi tiada sebarang berita diterima. Laporan polis tidak dibuat kerana jika melibatkan pihak polis lagi susah.

"He need me, hyung" kata Roh Taeyong.

Pihak Wollim Entertainment marah-marah ketika menelefon Kris kerana agensi Myungsoo dah banyak kali cuba telefon Myungsoo namun tidak dapat kerana handphone Myungsoo telah dimati dan kerana itulah agensi naungan Myungsoo menelefon Kris serta minta Kris kerana dia masih perlu membuat persembahan lagi.

Sementara itu,
Di sebuah bangunan lama yang terbiar, Myungsoo akhirnya sedar dari pengsan. Bibirnya pucat. Dia pengsan kerana Rome memukul tengkuknya dengan sikunya yang keras. Terasa lenguh pada tengkuknya.

Dia memejamkan matanya semula kerana silau. Mata dicelik semula. Badannya diikat pada kerusi. Myungsoo cuba menggerakkan badannya namun tidak dapat kerana ikatan tali kuat.

Dia memandang susuk tubuh seseorang dibelakangnya yang jantina tidak dapat dikenalpastikan kemudian matanya meliar ke seluruh kawasan bangunan ini. Bersepah dan berhabuk.

Matanya melilau mencari lelaki yang membawanya ke sini namun tiada. Hanya dia dan seseorang berpakaian hitam yang berdiri dibelakangnya sahaja yang ada.

"Mana lelaki yang culik aku tu hah?" soal Myungsoo dengan kasar.

Orang dibelakangnya tidak menjawab bahkan memandangnya juga tidak.

"Hoiiii.. lepaskan aku lah bodoh!" teriak Myungsoo.

Orang dibelakangnya merapatkan bibirnya pada telinga Myungsoo.

"Jeritlah sekuat mana pun. Tempat ni jauh dari penempatan dan jalan raya" bisik orang itu.

Myungsoo macam pernah dengar suara itu tapi tidak ingat dimana, bila dan siapa.

Rome muncul dihadapannya sambil meneguk sedikit air di dalam cawan.

"Nanti kau akan terlepas. Bersabarlah. Hero kau akan selamatkan kau. Dia akan selamatkan orang tersayang kemudian dia pula mungkin yang akan terkorban..haha" kata Rome dengan kejam.

"Tak..hyung aku takkan terkorban! Takkan!" balas Myungsoo dengan yakin.

Kemudian Rome menyua pada Myungsoo dan pantas Myungsoo menjauhkan mukanya cawan itu kerana baunya hanyir seperti darah.

Rome duduk disebuah bangku dihadapan Myungsoo. Rome memberi arahan dengan bahasa badan pada orang dibelakangnya dan terus orang dibelakangnya mendail nombor seseorang.

"Hello.." jawab seorang lelaki didalam telefon

Telefon Samsung S7 dilekapkan pada telinga Myungsoo manakala tangan kanannya memegang bahu kanan Myungsoo.

"Hello...hello! Myungsoo? Apa ini Myungsoo? Hoii lepaskan dia!!" teriak lelaki dihujung talian.

"Kris hyung.." panggil Myungsoo

Kemudian orang dibelakangnya mematikan talian.

"Eyoung come here" suara Rome memanggil orang dibelakangnya.

"Ouh Eyoung namanya yang daripada tadi duk tercegat at belakang aku. Aku fikir lelaki tadi. Eh tapi kan.. kan.. macam pernah dengar nama tu. Rupanya hampir mirip dari segi bibirnya, hidung tapi.. mata dia aku tak nampak. Apa dia orang yang sama? Apa dia Eyoung yang ku kenali dulu? Mustahillah. Tapi boleh jadi juga kan?" Myungsoo berteka-teki dalam mindanya.

If We Can Be Together Forever Where stories live. Discover now