Chapter 14

44 3 0
                                    

Myungsoo memandu kereta dengan laju. Dia menekan brek kecemasan apabila tiba-tiba ada seseorang berdiri ditengah jalan. Jalan itu sempit maka tiada jalan lain selain berhenti.

Hampir sahaja dia melanggar orang itu. Dia menoleh ke belakang apabila mendengar bunyi letupan. Asap berkepul mula berlegar di ruang udara.

Myungsoo keluar dari perut kereta dan memandang kepulan asap di udara.

"Kebakaran? Bom? Rumah..rumah Bo Gum hyung ke?" panik Myungsoo.

Orang itu semakin menghampirinya dan dia berpaling ke arah orang itu yang memakai cap dan memakai jas hijau tua separas lutut dan berseluar jean biru lusuh.

"Nugu?" soal Myungsoo. Suaranya tajam.

Orang itu berhenti di hadapannya dengan jarak satu depa.

Myungsoo berpaling mahu masuk ke dalam kereta tapi lengannya pantas ditarik dari belakang sehingga dia berdiri hampir dengan orang itu. Orang itu menarik bahu dia rapat kepadanya lalu mengacukan pisau lipat tajam di hadapannya.

"Kau..kau nak apa? Nak apa hah? Aku..aku tak ada apa-apa sekarang ni" gagap Myungsoo. Takut.

"Serahkan briefcase pada aku. Now!" arah orang itu dengan keras.

Myungsoo mengangkat kedua tangannya separas bahu. Tanda mengalah dan mahu mengikuti arahan itu.

"Palli" arah orang itu lagi dan melepaskan pegangan dari bahu Myungsoo..

Myungsoo mengambil beg bimbit dari tempat duduk pemandu. Dia teragak-agak mahu menyerahkannya pada orang itu. Terus orang itu merampas dari Myungsoo dari belakang apabila dia sedang berfikir wajar atau tidak untuk menyerahkan.

Beg bimbit kini telah berpindah tangan. Sekarang ada pada orang itu.
Ketika orang itu ingin melangkah pergi yang membelakanginya, terus Myungsoo memukul tengkuk orang itu dengan sikunya sehingga jatuh tersembam atas jalan.

"Mana boleh sesedap rasa kau nak ambil dari aku! Hey, aku ni amanah dan bertanggungjawab orangnya. Bukan macam kau! Mencuri! Merampas" herdik Myungsoo.

Myungsoo pantas merampas beg bimbit dari orang itu. Namun, orang itu menyandung kaki dia sehingga terjatuh. Orang itu berdiri. Mulalah aksi berebut beg bimbit sampai berguling-guling di atas jalan raya.

Sehinggalah, orang itu menghempap di atas badan Myungsoo yang sedang menjauhkan beg bimbit yang dipegang dengan tangan jauh dari orang itu. Jarak wajah mereka hanya satu inci. Mata mereka saling bertatapan dan dalam masa yang sama jantung mereka saling berdegup laju.

Rome muncul tiba-tiba dan merampas beg bimbit dari pegangan Myungsoo dan terus bergerak pantas dalam sekelip mata. Myungsoo baru tersedar lantas menolak kasar orang itu dari badannya.

Myungsoo memandang sekeliling mencari Rome kemudian berlari kehadapan sedikit mencari kelibat Rome. Tapi tiada sesiapa. Dia menoleh belakang. Mencari orang yang berlawan dengannya. Tapi tiada sesiapa di situ.

Sebuah kereta meluncur laju di hadapan dan brek tiba-tiba dihadapan Myungsoo. Kris dan Bo Gum keluar dari kereta dan berjalan ke arah Myungsoo.

"Why? Apa dah terjadi? Kenapa berdiri tengah-tengah jalan? Berhenti kereta tengah-tengah jalan? Huh? Siapa orang yang lari ke dalam hutan tadi?" bertalu-talu Kris tanya sambil matanya meliar memandang sekeliling.

If We Can Be Together Forever Where stories live. Discover now