Chapter 7

97 7 0
                                    

Semasa Myungsoo memulas tombol pintu biliknya, Myungsoo lantas menoleh ke belakang apabila merasakan ada kelibat melintas dibelakangnya dengan cepat.

Namun tiada sesiapa selain dirinya. Jantungnya berdegup laju. Bulu roma tangannya menegak.

"Perasaan aku je kot" Myungsoo menenangkan dirinya kemudian daun pintu ditarik.

Baru Myungsoo mahu melangkah, tiba-tiba dia merasakan kakinya dipegang seseorang. Dia kaku disitu. Dia perlahan-perlahan menundukkan kepalanya melihat kakinya dengan penuh debaran.

Mulutnya ternganga kerana reflek daripada terkejut saat matanya nampak tangan seseorang yang berkuku panjang memegang kaki kanannya. Kaki Myungsoo ditarik sehingga dia jatuh tersembam ke lantai.

"Hyung..!!!" jerit Myungsoo Dan diseret sehingga ke balkoni.

Pada masa yang sama, Taeyong yang masih koma di wad tiba-tiba tubuhnya tersentak kuat. Badannya terasa sakit beberapa minit sebelum rasa sakit itu hilang sendiri.

Sementara itu,
Lelaki yang mengheret kaki Myungsoo tadi dan orang yang Myungsoo nampak sebelum kemalangan adalah orang yang sama. Rome!

Rome berdiri dihadapan Myungsoo lalu mencangkung dihadapannya dengan senyuman sinis. Myungsoo lagi sekali terkejut. Anak mata Rome berwarna merah manakala gigi kanan dan kirinya bertaring.

"Ka..kau..kau..orang itu!" Myungsoo jadi gagap dihadapan Rome.

"Clever boy. I need you, boy" ujar Rome lalu menarik rambut Myungsoo ke belakang.

Sementara itu,
Di wad Taeyong, Kris berbaring di atas sofa sebelah katil Taeyong. Keadaan dalam wad Taeyong gelap kerana Kris sengaja mematikan lampu. Matanya memandang tangannya yang mengengam erat.

Krekkkk....pintu wad ditolak dari luar.

Tersembul kepala seseorang dengan disuluhkan cahaya didagu disebalik pintu dan meniru gaya perempuan menggilai.

Terkejut Kris dibuatnya sehingga terbangun dari pembaringannya.

"Hahahaha" orang itu ketawa sambil menekup mulutnya.

Kris mendekati orang itu. Lampu dipasang. Kris menyepak kaki Bo Gum. Kurang asam asam punya kawan. Biarkan dia rasa.

"Chill lah bro" sapa Bo Gum.

"Aku buat ala-ala spesis kau pun takkan kau terkejut lagi kut. Aishh" ngomel Bo Gum yang masih ada sisa tawa.

Kris memandang Bo Gum dari atas sampai bawah.

"Kau pahal pakai baju hospital ni?" soal Kris ingin tahu.

Senyuman Bo Gum meleret.

"Aku kena tahan wad. Aku gastrik teruk gila-gila lorh tadi. Kau lah tahan aku hampir satu hari. Bagi makan pun tidak. Akhirnya diorang sumbatkan aku dalam wad" jawab Bo Gum dengan mimik muka sedih.

"Sorry la bro. Salah aku. Aku paksa kau teman aku tanpa bagi kau makan. Jum aku belanja kau makan sebagai tanda permohonan maaf" sesal Kris.

"Sayang juga kau kat aku kan..hehe" senyuman Bo Gum meleret.

Kris berdehem.

If We Can Be Together Forever Where stories live. Discover now