Bab 3

10.3K 281 1
                                    

Shaz dan Farah menaiki kereta BMW bewarna putih yang dipandu oleh Pak Khalid. Dua-dua membisu seribu bahasa.

"ingat janji kita..kalau kau perlukan bantuan panggil je aku" memperingatkan Farah.

"Ye ye aku tau. Dah berapa kali kau cakap semalam. Benanah dah telinga aku ni" kata Farah sambil mencucuk-cucuk telinganya.

Farah terlihat satu bungkusan yang berada di tengah-tengah tempat duduk belakang yang berada diantara dia dengan Shaz.

'apa tu macam makanan..kalau makanan bagus jugak boleh aku makan. Hehehehe.'

"Pakcik..kenapa makanan ni ada kat sini?"

"Oo..saya lupa cik. Makanan tu Dato pesan untuk kamu berdua. kalau tak nak breakfast kat rumah boleh breakfast dalam kereta je. Lagipun dekat satu jam baru nak sampai kat sekolah"

"Ooo"

Farah membuka plastik tersebut lalu melihat makanan apa yang ada di dalam bekas tersebut.

"SUSHIII??? Yessss!!!" Dengan pantas chopstick yang disediakan di dalam bekas tersebut diambli lalu dia makan dengan seenaknya.

"Kau nak?" Hulur Farah kepada Shaz.

"Taknak lahh"

"Series tak nak?jangan lah nak jaga badan sangat. Kau still macho kut." kata farah selamba.

"Mengaku juga kau yang aku ni macho"
"Suapkan aku."

"Apehal pula aku kena suap kau?aku baru cakp macho kut bukannya aku cakap ensemnye abang hari ni. Hok aloh"

"Dahlahh..nak minta suapkan pun tak boleh!" Marah lah pulak.

"Yelahh..meh sini sayangg." Shaz masih belum berpaling ke arahnya dia hanya melihat ke luar tingkap.Farah mendekatinya perlahan-lahan. Dia meletakkan bekas makanan di sebelah kanannya. Dengan berani, Farah memegang muka Shaz lalu memaksa kepala Shaz berpaling ke arahnya.

'Ape pula dia nak buat katt aku ni' Shaz bagai disampuk hantu.
Tiba-tiba satu ciuman singgah di pipi sebelah kirinya.

Farah tersengih "hee..lain kali jangan merajuk ye?" Dia membuat muka comel.Cepat-cepat Shaz berpaling ke luar tingkap. Malu!!!

'Malu lah tu..sape suruh merajuk'.

*******
"selamat pagi semua..hari ni kita ada pelajar baru. Silakan masuk"

Farah melangkah ke dalam kelas 5 science.

"Perkenalkan diri kamu Farah" arah Cikgu Fauziah

"Nama saya Farah Shahmimi Binti Azri Fuad. Panggil Farah je."

"Baiklah Farah. Kamu duduk di sebelah Shazimi."
'alamak kenapa aku kena duduk sebelah dia' getus hatinya.

Farah duduk di sebelah kiri Shaz. Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.

******
Kringgggg!!!
Lonceng rehat berbunyi. Semua murid 5 science keluar untuk membeli makanan di kantin. Hanya tinggal Shaz dan Farah sahaja yang berada di dalam kelas.

"Kau tak pergi beli makanan?" Soal Shaz.

"Tak..aku tak lapar" bohong Farah.Dia memegang perutnya yang sakit kerana senggugut. 'Apasal aku period time macam ni' getusnya di dalam hati.

Shaz berjalan keluar dari kelas .Aina iaitu kawan baharu Farah datang mendekatinya .

"Kau kenape ni?sakit perut?"

"Ni hah senggugut. Aku lapar lah..tapi sakit perut jugakk"

5 minit kemudian Shaz masuk ke dalam kelas.Dia menghulurkan tapau dan air mineral kepada Farah.

"Nah baik kau makan. Dah nak mati aku tengok kau macam tu"

Farah mengambil tapau dan air mineral yang diberi.

"Thanks Shaz"

Shaz berlalu pergi untuk melaksanakn tugasannya sebagai ketua pengawas.

"Jeles aku!" Aina membuka mulut
"Kenapa pulak?"
"Shaz belikan kau makanan!"
"Alaa..makanan je kot.Bukannya dia bagi aku coklat"
"Yelaaa..actually aku dah lama simpan perasaan kat dia. Tapi entah dia terima ke tak"

Farah menelan air liur. 'Suami aku tu!' Bentak Farah dalam hatinya.

*****
Selesai sesi persekolahan Farah menunggu Pak Khalid di busstop .Shaz pula entah hilang ke mana.Tiba-tiba seseorang menekup mulutnya dari belakang. Farah cuba untuk melepaskan diri tetapi gagal kerana sapu tangan yang ditekup di mulutnya membuat dia pengsan serta merta.

My Lovely Wife!Where stories live. Discover now