Bab 38

7.6K 190 0
                                    

Shaz sudah berjalan mundar-mandir didepan wad yang ditempatkan Farah. Risau dengan keadaan isterinya.

"Abang..anak kitaa" mama sudah menangis-nangis dibahu papa.

"Sabarr...insyaallah dia tak apa-apa" papa mengusap lembut bahu mama.

doktor Razlan keluar dari wad.

"Macam mana keadaan isteri saya doktor?" Tanya shaz. Mereka semua sudah menghampiri doktor itu untuk meminta penerangan.

" keadaan dia kritikal sekarang ni. Harap anda semua boleh bersabar dan berdoa banyak-banyak. "-Doktor Razlan

"Doktor..macam mana dengan kandungan dia?" Soal Lily dengan tiba-tiba. Mereka semua sudah membuat muka terkejut.

"Kandungan dia tak dapat diselamatkan kerana hentakan yang kuat terkena tepat diperutnya"

Lily meraup mukanya. "Innalillah" ucapnya.

"anda boleh masuk tetapi tolong jangan membuat bising.Saya pergi dulu" Doktor Razlan meminta izin.

"Silakan doktor"-papa

"Weii..Lily. Farah mengandung?" Soal angah tidak percaya.

Lily mengangguk perlahan. air matanya jatuh.

"Berapa bulan?" Soal Yan pula

"2 weeks"-Lily

"Farahh..." shaz sudah jatuh terduduk dikerusi. Hairul mengambil tempat disebelahnya.

"Sabar bro..kita doakan yang terbaik untuk Farah."-Hairul

"Okeylah..kitorang nak balik dulu. nanti kalau Farah dah sedar cepat-cepat inform kitorang" kata Yan. Bukan tidak mahu menunggu tapi mereka harus pulang kerana takut ibu bapa mereka risau.

"Okey..nanti aku inform kat korang" jawab Hairul.

Mereka masuk kedalam wad itu. Kelihatan Farah yang terbaring diatas katil dengan kepala berbalut. Shaz mengambil tempat disebelah kiri Farah menakala mama dan papa disebelah kanan. Along,angah dan Hairul hanya berdiri disisi katil.

"Shaz..mama ngan papa balik dulu. Kamu boleh temankan Farah sorang?"-kata mama

Shaz mengangguk. "Kitorang pun balik dulu. Esok kitorang datang" kata along pula. Mereka sengaja ingin memberi ruang kepada Shaz

"Jom..aku hantar kau balik Rul" angah menarik tangan Hairul sehinggal keluar dari bilik itu.

Shaz menatap wajah Farah dengan penuh rasa bersalah. Tangan kiri Farah dicapai.

"Maafkan aku" dikucup tangan itu.

*********

Sudah sebulan Farah terlantar dihospital. Makin dekat jugalah hari mereka untuk berpuasa pada bulan hadapan.

"Weii..Farah macam mana okey?" Soal Nawal. Terkejut juga dia mendengar berita tentang Farah.

"Macam tulah" -shaz

"Sabar..Farah tu kuat orangnya" Nawal cuba untuk menenangkan Shaz.

Yan yang duduk ditepi Farah hanya memandang Farah dengan wajah sayu. 'Farah..kitorang ada kat sini. Kau kena kuat. Kitorang semua perlukan kau. Aku minta maaf Farah..dulu aku jadikan kau musuh aku. Tapi sekarang aku nak kita jadi kawan. Bangunlah Farah..aku nak kita buka buku baru. Kita start dari awal. Farah..pleasee...wake up' rayu Yan di dalam hati.

jari jemari Farah bergerak. Cepat-cepat Yan memanggil mereka semua.

Mama dan papa masuk tergesa-gesa dan menunggu Farah membuka kelopak matanya. Farah melihat sekelilingnya.

My Lovely Wife!Where stories live. Discover now