Bab 31

7K 187 0
                                    

Nawal yang melihat Farah dan Shaz dari jauh segera menyusul mereka.

"Shaz..awak tak pape? Sakit tak?" Soal Nawal

Farah diam. Shaz tersenyum.

"saya okei..sakit jugalah. Tapi sebab Farah yang ubatkan dah tak sakit dah" shaz menaikkan tangan kirinya ke bahu Farah.

Sakit hati Nawal melihat adegan itu.

"ohh..okei. Saya pergi kelas dulu ehh. Bye" -Nawal

"Bye"-Shaz

"Jom sayang..dorang dah tunggu kita kat kelas" sambung shaz lagi.

Farah mengerutkan dahinya.

"Apa hal pula ngan dorang?"-Farah

"jom lahh" Shaz menarik tangan Farah.

Sampai sahaja didepan kelas..kosong. ya kelas itu seperti tiada orang. Farah memulas tombol pintu dan meluru masuk..shaz pula entah hilang ke mana. Satu langkah diatur masuk ke kelas dan jelas terpapar dipapan tulis HAPPY BIRTHDAY FARAH SHAHMIMI.

farah menekup mulutnya. 'Macam mana boleh lupa pula ni'

Happy birthday to you
Happy birthday to yo
Happy birthday to Farah
Happy birhday to you

semua murid tingkatan 5 berdiri dibelakang kelas dan menyanyikan lagu itu tadi. Kelihatan Shaz berdiri ditengah-tengah dengan memegang kek. Yang bestnya..semua guru-guru ada di situ begitu juga dengan along dan angah.

Macam mana pulak dengan murid-murid lain eh? Dah semua cikgu ada kat sini.

Shaz berjalan dengan membawa kek. Farah meniup kek itu. Air matanya jatuh setitik. Terharu! pantas shaz mengelap air mata Farah.

"Happy birthday adik kesayangan abang!!!" Ucap along dan angah serentak lalu memeluk Farah. Sesak nafas Farah dibuatnya.

"janganlah peluk kuat sangat..tau lah badan sado tapi ingatlah sikit nyawa aku ni" Farah melepaskan pelukan itu.

"Heheheheh..sorry sorry" angah tersengih

Terbeliak mata Farah melihat 4 meja yang tersusun disebelah kanan penjuru kelas.Banyak hadiah tersusun di situ Perghhh..ni hadiah ke bungkusan balik kampung?

Shaz melutut didepan Farah. Sejampak bunga ros dan juga sepucuk surat berada ditangannya.

"Farahh...aku tau aku bukan suami sempurna untuk kau tapi aku akan setia dan selalu ada dekat kau. Aku cuba jadi suami yang terbaik untuk kau. pleasee..jangan tinggalkan aku walau apa pun yang jadi"- ujar shaz panjang lebar

Farah masih diam. Diambil bunga ros dan surat itu dari tangan Shaz. Ditarik tangan Shaz untuk berdiri.

"Janganlah buat macam tu lagi. Aku malu tau tak!!" Bisik Farah

"Kalau macam tu janji ngan aku dulu" shaz mengangkat jari kelingking nya.

"Janji apa pula ni?"-Farah

"janji jadi isteri sepenuh masa aku"-shaz

Farah mengangguk . Diangkat jari kelingkingnya. Semua orang didalam kelas tepuk tangan.

"Dah habis ke belum ni?" Sara mengibas-ngibas baju sekolahnya. PANAS!

"Aku pun dah naik muak tengok dorang tu" kata Yan lagi

"Dah lah jom berambus. Kita bukan penting pun kat sini" Nawal berlalu pergi.

Menyampah melihat Farah dan Shaz bahagia.

**********

Sedang mereka berjalan untuk ke pintu pagar sekolah Farah menyoal.

"kenapa kau buat semua ni?"-Farah

My Lovely Wife!Where stories live. Discover now