Bab 33

6.8K 193 0
                                    

"Weii apa cerita kau sampai kat rumah aku ni?Farah halau kau ke?"- soal Hairul . terasa pelik tiba-tiba saja shaz pergi ke rumahnya dan bermalam disitu.

"Huh..." shaz mengeluh.

"Kenapa ni?ce story sikit kat aku" Hairul mengambil tempat disebelah Shaz

"Aku tak nak tengok muka diaa lagi" jelas Shaz

Hairul terkejut.

"Apasal pulak?"-Hairul

Shaz mengeluarkan sekeping gambar yang Nawal beri kepadanya dan diserahkan kepada Hairul. Hairul mengambil gambar itu. Terbeliak mata Hairul melihat gambar itu.

"means?"- soal Hairul

"Gambar tu tak cukup ke untuk aku beritahu kau si Farah tu penjenayah" jelas Shaz lagi

"Hah?!!seriously? Farah penjenayah? Woi Shaz kau jangan main-main"-Hairul

"Aku tak main-main. Kau ingat tak masa satu sekolah riuh sebab Farah kena kejar penjahat hari tu?siap bawa pistol lagi. Farah lawan dorang tanpa rasa takut..kalau orang lain confom dah nangis-nangis."-Shaz

Hairul berfikir seketika. Dia mengangguk faham

"Tapi tak semestinya dia buat macam tu bermaksud dia penjenayah kan..maybe ada sebab and alasan disebalik semua ni .kau janganlah ikut perasaan sangat..kau dah dengar dah Farah mengaku apa-apa kat kau?"-Hairul

"Tak..dia belum cakap apa-apa sebab aku terus keluar dari rumah. Buat apa nak dengar penjelasan dari dia kalau gambar tu dah jelas kan" kata Shaz lagi

"Hei..sapa bagi kau gambar ni?" -Hairul

"Nawal" jawab shaz sepatah.

"Kau percaya cakap dia dari isteri sendiri?"-Hairul

"Yes..lagipun selama aku dengan Nawal..dia tak pernah sesekali pun tipu aku "-Shaz.

Hairul hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia tahu Shaz susah berurusan dengan penipu. Tapi adakah benar penyataan shaz tentang Farah?. 'Aku kena cari tau sapa dalang disebalik semua ni'.

***********

"Macam mana?"

"Takde seorang pun yang masuk bilik Dato. Tapi CCTV pada jam 12 malam tak berfungsi" jelas Zila

"bila CCTV tu tak berfungsi?"

"Minggu lepas Dato"

Baba mengangguk faham. Dia menarik nafas dalam-dalam. 'Tak guna kau'.

***********

"Baju kau ada kat bilik sebelah aq dah strika" jelas Hairul sambil menyarungkan baju sekolah ketubuhnya.

"Thanks bro" shaz masuk kedalam bilik yang dimaksudkan Hairul

biasa yang buat kerja ni Farah hm..

Shaz menggeleng-gelengkan kepalanya. 'Apahal pulak aku ingat budak tu!'.

"Woii Shaz..cepat arh..kang lambat pi sekolah" laung Haitul dari tingkat bawah.

Cepat-cepat Shaz menyarungkan baju sekolah milik Hairul ketubuhnya. Nasib Hairul ada baju pengawas tahun lepas and masih muat ditubuh Shaz.

"Dah jom" ajak Hairul. Punat kereta ditekan.

*********

Farh sampai disekolah tepat 6.30 pagi. Bajunya kemas tetapi tidak sekemas mukanya. Muka yang penuh dengan masalah sedaya upaya disembunyikan.

Terasa pelik apabila semua murid memandangnya sambil berbisik-bisik.

"Wehh..tak sangka sekolah kita ada penjenayah. Patut polis tangkap je dia tu" bisik pelajar lelaki.

'Eh..kalau bisik tu janganlah kuat sangat . Aku boleh dengar kut'

"Wow..masih berani lagi kau datang sekolah" Yan berjalan menuju ke arah Farah sambil menepuk tangan beberapa kali.

"Apasal pulak aku tak berani?sekolah ni bapak kau punya ke?" Jawab Farah sinis.

panas pula hati Yan. Ditolak bahu Farah.

"Farah Shahmimi ialah PENJENAYAH yang bersembunyi dekat sekolah ni. Jangan sesekali dekat dengan dia kalau korang nak nyawa korang selamat" Yan dan Farah saling memandang.

"Kalau ya aku ni penjenayah..dah lama dah aku bunuh kau and semua warga sekolah ni" -Farah

"Macam mana kalau kau memang penjenayah?" Nawal menyampuk.

"Buktikan" jawab Farah selamba.

Sara pula datang dengan membawa kertas. Terpapar dengan jelas gambar Farah yang berpakaian seperti perompak dan memegang dadah. Dikertas itu juga ada tulisan WANTED!

"Ni buktinya" kata Sara

"Okey semua. Now!" Arah Nawal

Semua murid membaling tepung dan telur ke arah Farah. Habis Baju dan rambut Farah kotor. Yan menarik rambut Farah.

"Kau takkan menang!" Ujar Yan separuh berbisik. Farah menatap mata Yan tajam. Ditepis tangan Yan yang memegang rambutnya. Tangan Yan dipegang dan dipulas.

"Arghh!!sakit lah woi!!" Yan mengerang kesakitan.Sara dan Nawal datang mendekati Farah. Mereka cuba untuk memegang Farah tetapi tidak dapat kerana Farah sempat menendang mereka dua-dua sekaligus.

"Arghh!!" Raung Sara dan Nawal. Ada darah yang mengalir dibibir Nawal. Sakit dohh!!.

Farah tersenyum puas. "Aku tak cari masalah ngan korang tapi korang paksa aku untuk buat masalah" Farah melipat pergelangan bajunya.

Semua murid bengang dengan tindakan Farah.

"Farahh!!" jerit satu suara dari arah belakang.

PANGGG!! satu penampar kena tepat pada pipi kiri Farah.

"Kau jangan nak tunjuk gangster kat sini!!" Marah Shaz.

Hairul menahan Shaz dari terus memukul Farah yang sudah jatuh terduduk kerana ditolak Shaz. Farah memegang perutnya..sakit. Tetapi sakit itu ditahan.

Farah berdiri menatap mata Shaz. Jelas mata Shaz munujukkan lelaki itu membencinya. Farah menggemgam penumbuk ditangan kirinya.

Shaz membantu Nawal untuk berdiri.

"Awak okei?" soal shaz

"hm..sakit shaz" sayu nada Nawal. Shaz menjeling tajam ke arah Farah.

"Kau pergi masuk lokap senang! Jangan nak buat masalah dengan orang yang tak bersalah!" kata Shaz lagi.

Farah terkejut dengan kata-kata Shaz. Matanya sudah berair tetapi ditahan. 'Jangan nangis Farah. Kau kuat'

"Kau tak tau apa-apa Shaz dan kau tak tau apa yang aku alami selama ni" ujar Farah perlahan tetapi cukup didengari Shaz

"Apa yang aku tak tau?cuba kau cakap! Kau nak cakap aku tak tau yang kau ni kemungkinan GRO ?!" Tengking Shaz

Farah memandang Shaz tajam. Dihampiri tubuh Shaz. Kolar Shaz digemgam kuat.

"Aku takkan buat benda macam tu. Sekarang aku tak dapat bagitau kau kenapa dan apa sebab aku buat semua ni. Tapi aku nak kau tau aku bukan macam apa yang kau fikir dan tuduh."

Farah menolak tubuh Shaz kasar. Gemgaman tangan dikolar Shaz dilepaskan.

"apa dah jadi ni?" Soal seorang lelaki tua. Semua murid bergegas masuk ke dalam kelas .

Hanya tinggal Farah,sara,Yan,Nawal,Shaz dan Hairul. Encik Rich memandang Farah dari atas sampai bawah

"kenapa jadi macam ni hah Farah?" -encik Rich

"No need to know Datuk. Farah nak balik." Ujar Farah

"Okei..Biar Dony hantar kamu balik. Yang lain pergi bilik pengetua sekarang!" Arah Encik Rich. Dia sudah melihat semuanya tadi. Kesian cucunya dicaci dan dimaki oleh mereka.

Farah mengangguk dan berjalan membuntuti Dony dari belakang.

Yang lain bergegas ke bilik pengetua.

My Lovely Wife!Where stories live. Discover now