Bab 29

6.6K 178 13
                                    

"Dipersilakan Dato Jaafar Hussein untuk naik ke pentas menyampaikan ucapan beliau" Encik Jirim selaku pengetua sekolah st.john menjemput Dato Jaafar.

"Selamat pagi semua. Berdirinya saya di sini untuk menyampaikan sesuatu . Yang pertama ..saya ingin mengumumkan ketibaan anak saya Nawal Ainul yang akan menyambung persekolahnnya di sini semula pada hari ini. Yang kedua..beberapa wakil dari kolej atau universiti akan datang ke sekolah kita untuk menerangkan dan menawarkan kolej ataupun universiti yang anda mahu selepas sesi persekolahan khas untuk form 4 dan form 5."-Dato Jaafar

Nawal berjalan ke barisannya dan duduk di belakang Farah.

"Hai Nawal!" Sapa seorang pelajar perempuan.

Nawal mengangkat tangannya dan melambai sedikit ke arah pelajar yang menyapanya tadi.

"Hai" balas Nawal sambil tersenyum.

Farah menoleh ke belakang untuk melihat wajah itu. Teringin juga berkenalan dengan budak baru. Mata mereka bertaut..tidak sampai seminit Farah menoleh ke hadapan semula dan Nawal hanya melihat ragam pelajar-pelajar yang berada di barisannya.

Selesai sahaja perhimpunan tamat..semua murid menyusun langkah ke kelas masing-masing.

Nawal berjalan masuk ke dalam kelas dan duduk disebelah kanan Shaz. Itu bermakna Shaz ditengah-tengah dan diantara Farah dan Nawal. Entah kenapa hati Farah mula resah.

"Hai Nawal" sapa Aina.

Nawal yang berdiri di depan Aina hanya tersenyum .. tapi matanya menjeling ke arah Farah.

"Sombongnye..alaa yelah kan orang baru balik dari luar negara"-Aina

Farah masih diam. Aina bersuara lagi.

"Aku nampak dia jeling kau tadi Farah. Kenapa eh?"-Aina

"Lantak dia lahh!" Farah bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari kelas.

Aina mengerutkan dahi. 'Eh..apasal pulak dengan minah dua orang tu'.

"Hai shaz..lama tak jumpa awak"

"Saya pun lama tak jumpa awak juga. Awak sihat?best belajar kat sana?"

"Sihat alhamdulillah. ape nye yang best..bosan arh"

"kira okey lah tu..awal-awal lagi awak dah kena hantar pergi luar negara belajar."

"Tapi...saya rindu awak"

Shaz menaikkan telapak tangannya keatas kepala Nawal lalu dibelai.

"Saya rindu awak juga" shaz senyum.

Nawal turut senyum. Terharu dengan ungkapan ayat Shaz itu.

Farah yang terdengar perbualan itu hanya menahan rasa dihati.
Nawal seorang gadis yang cantik dengan body yang slim..rambut asli perang dan wajah putih kuning langsat itu menjadi tatapan ramai lelaki . Tapi kalau dibandingkan dengan Farah..mereka memang setaraf.

Cepat-cepat Farah beredar dari situ dan menggemgam penumbuk di tangan kirinya.

Sampai sahaja di tepi dewan sekolah Farah menumbuk dinding itu sehingga retak sedikit. Budak karate lah dikatakan..pelajar karate cemerlang tu. Biasanya lelaki yang akan buat perkara sebegini..tetapi itulah kelebihan yang ada pada diri Farah.Tangan itu dibiarkan berdarah sehingga darah itu kering

Farah mengerling jam ditangannya. Sudah jam 9.00..cepat-cepat Farah mengatur langkah ke kelasnya. Masuk sahaja di dalam kelas..Cikgu Wan tengah mengajar kelas muzik.

"Kenapa lambat masuk kelas?" Soal Cikgu Wan sambil anak matanya tajam memandang Farah.

"Er..saaaa..saa..yaa" belum sempat Farah menjawab..cikgu wan memotong.

My Lovely Wife!Where stories live. Discover now