Bab 23

6.7K 211 3
                                    

Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Mereka menunggu flight jam 10. Sedang ralit bermain dengan hp,tiba-tiba angah bersuara.

"What?!!" Angah menjerit sambil melihat hpnya

"kenapa ngan kau ni?terjerit-jerit pagi-pagi ni"-Farah

"Weii long..meh sini kejap" along datang mnedekati angah. Mereka memandang silih berganti.

"Jomm balik!" Tegas along.

"Eh?kenapa pula ni long?" Farah mengerutkan dahi.

Lantas along menarik tangan Farah daa beredar dari situ. Angah membuntuti mereka dari belakang.

Masuk sahaja dalam kereta along membawa kereta laju sedikit.

"Kenapa long?cancel ke pergi sabah?"-Farah

"Ada urgent. Kita tunda dulu"-along

Angah hanya mendiamkan diri.

*********
Shaz duduk di tengah-tengah orang ramai yang hadir untuk majlis akad nikah di rumah Yan. Yan jalan menuruni tangga perlahan-lahan dan duduk di tempat yang disediakan. Mereka mengenakan pakaian baju melayu selangor dan dress panjang bewarna putih.

Tok kadi sudahpun tiba. banyak kenalan Yan yang hadir,begitu juga dengan Shaz..terutamanya Ariq. pelbagai tanda tanya yang bermain di minda Ariq. Shaz tahu itu,tapi bukan sekarang untuk menceritakannya.

"Boleh kita mulakan?" tanya tok kadi. Semua mengangguk.

"Shazwan Hakimi Bin Dato Shazimi?"

"Ya saya"

"Aku nikahkan dikau dengan....."

Kata-kata Tok Kadi terhenti apabila seseorang membuka pintu dengan cara ganas. Semua melihat kepada orang itu.

"Apa semua ni?" along yang meluru masuk ke rumah itu terus menyoal

"Aa..aa...long?apa kamu buat kat sini?bukan ke.." kata-kata mama terhenti apabila angah bersuara.

"Kitorang dah agak dah ada benda tak kena! padanlah Farah tu asyik diam je ..rupanya sebab benda ni? Apa ni ma..pa!! Mama ngan papa tak sayang Farah ke sampai sanggup bersubahat dengan dorang ni?!!!" Marah angah.

"Dan kau Shaz! Kau sedar tak kau dah ada bini! Kau nak kawin dengan perempuan ni?perempuan ni!!!" Angah menunjuk-nunjuk muka Yan.

"Farah!! Farah!! Masuk sekarang!!"panggil along dengan nada marah.

Farah melangkah perlahan-lahan ke dalam rumah itu. Along menarik tangan Farah dengan kuat. Farah berdiri di depan orang ramai. Semua mata melihatnya.

"Kau cakap betul-betul dik..kau tau kan pasal benda ni?!!!"-along

Farah diam. Dia menggeleng.

"Jangan tipulahh!! Aku dah lama hidup dengan kau ..aku tau kau simpan semua ni jauh disudut hati kau! Tapi boleh tak kau jangan seksa diri! Kau tu adik aku! Adik angah! Anak mama papa! Aku pantang tengok kau nangis! Cukuplah nenek pergi tinggalkan kita..aku tak nak kau pergi tinggalkan kitorang!" -along

Farah masih diam. Dia menahan air matanya. Memang semua yang dikatakan along itu benar.

"jujur dengan perasaan kau sendiri Farah..kau tak boleh terus tipu orang lain dan tipu diri kau sendiri. Dengan keadaan penyakit kau yang macam tu..kau dapat ke bahagiakan semua orang?kau salah tau tak..kau cuma buat semua orang rasa bersalah dan kehilangan kau tau tak!" Kata along dengan nada rendah sedikit.

"penyakit? Apa maksud korang?" kali ni shaz bersuara.

"tanya sendiri kat Farah"-angah

Farah tidak dapat menahan lagi. Dia mengangkat mukanya dengan menggemgam tangannya.

"Ye..memang aku dah tahu plan dorang nak kawinkan Shaz dengan Yan dari awal. Aku terdengar dorang berbual masa aku balik dari sekolah hari tu. Tapi aku buat tak tau je." Air mata Fatah jatuh setitik di pipinya.

"Aku diam dan diam. Aku tak nak semua orang risaukan aku! Penyakit ni? Penyakit ni tak series sangat lahh!! Doktor cakap penyakit ni takkan bawa maut!" Air matanya keluar bertalu-talu

"Sape cakap penyakit kau tu tak bawa maut? Kau dah terlebih berfikir..dan kau tak makan ubat kan? penyakit kau makin bahaya kau tau tak" terang along lagi.

Farah terkedu. "maksud?"

"Kau selalu tahan perasaan..penyakit tu makin merebak kalau kau selalu macam ni." -angah

"Farah.." Shaz mendekati Farah perlahan-lahan dan memegang bahu Farah tapi Farah menepis tangannya.

"kawin lah dengan Yan shaz. Please..dia betul-betul cintakan kau. Dia first love kau kan?aku ni cuma isteri atas kertas. Tak boleh tandingi dia yang ada dalam hati kau" Farah cuba mengawal nada suaranya.

Shaz juga hampir menjatuhkan air matanya. Tapi dia menahan.
Belum sempat Shaz bersuara,Farah sudah melangkah keluar dari rumah itu.

Sebelum along dan angah melangkah keluar angah sempat bersuara.

"For u information..uncle adam and auntie Shah. anak korang tak pregnant. Dia saja nak gunakan penipuan tu supaya dapat kawin dengan Shaz. Ni hasil test yang betul" angah menyerahkan satu keping kertas kepada uncle adam.

Uncle adam dan auntie Shah membaca surat itu.
PANG!!! Satu penampar singgah di pipi Yan.

"Sapa yang ajar kau ni hah?!!aku tak pernah ajar kau macam ni!!" Marah uncle adam.

"Mama tak sangka..mama ada anak macam kamu" sambung Auntie Shaz lagi.

Shaz hanya melihat Yan dengan perasaan marah. Laju Shaz keluar dari rumah itu diikuti mama,papa,mama dan baba.

Semua yang datang ke majlis itu bersurai. Tak sangka mereka dapat melihat adegan itu.

Yan menghempas pintu biliknya. Dia menangis teresak-esak .

"AKU SUMPAHH KAU TAKKAN BAHAGIA FARAHHH!!!" Jerit Yan

***********
"macam mana?dapat tak?" Soal along risau.

"Tak ..macam mana ni" kata Shaz. Entah ke mana hilangnya Farah.

"Semua ni salah aku! Sebab aku dia terseksa!" kata Shaz lagi dan meraup mukanya.

"kau tak salah. Semua ni takdir. Lagipun semua ni jadi secara tiba-tiba"-along

"Kau tak marah aku?"-shaz

"Kau tak salah. tadi tu aku tinggikan suara sengaja nak ttengok riak muka si Yan tu"-along

Shaz senyum.

Ting tong! Bunyi lonceng pintu rumah ditekan.

Angah membuka pintu.

"Adik!! Hei kau ni dari mana?" Soal angah lalu memeluk Farah.

"Aku tak pergi mana-mana. Aku just round KL ni" kata Farah selamba. Matanya sudah tidak sembap lagi dek menangis tadi.

"Farah!!" Teriak Shaz lalu memeluk Farah erat.

"aku okey lah bie. Sayang okey" saja Farah membuat suara comel dan menggunakan sayang-bie. Hatinya sedikit lega kerana Shaz tidak jadi berkawin.

"Laelahh..buat drama pulak kat sini. Pergi naik bersihkan diri." Arah along.

Masuk sahaja di dalam bilik Farah mencapai tualanya dan masuk ke bilik air.

"Sayangg..."panggil Shaz.

"Ape?" menyampah pula dia di panggil 'sayang'. Bukan menyampah..naik bulu roma.

"Sorry pasal semua yang jadi ni."-shaz

"Aku tak salahkan sesiapa pun. Aku faham." Farah mnyikat rambutnya.

"Dah..jom tidur. Aku penat lah" Farah mencapai selimut dan menyelimutkan dirinya.

"Tidur tengok aku!" Arah shaz.

Farah memusingkan badannya menghadap Shaz. Shaz memeluk Farah erat.

My Lovely Wife!Where stories live. Discover now