Bab 16

6.7K 194 0
                                    

2 hari berlalu dan baba dibenarkan untuk pulang.Angah sudah menghubungi papa dan mama tentang apa yang berlaku. Mereka akan pulang pada esok hari kerana pergi ke sabah atas urusan kerja.

"Baba rehat ehh?kalau nak apa-apa panggil Farah" kata Farah sambil menyelimutkan baba. Sungguh dia rasa bersalah.

"nanti baba panggil Farah kalau baba nak makan." Baba hanya tersenyum. Dia mengusap kepala menantunya itu.

Farah keluar dari bilik baba dengan perasaan yang bercampur-baur. Hanya tuhan saja yang tahu tentang perasaannya untuk masa kini.

"Kau ade sembunyikan ape-ape dari aku ke?" Tanya Shaz yang baru melihat farah memasuki pintu bilik.

"Apa yang kau merepek ni?"
'Dia tau ke aku yang tembak baba?'

"Habis ni apa?" Shaz menunjukkan sebotol ubat.

'Ehh tu ubat aku! ishh..dia ni kan'

"Bak sini balik!" Tegas Farah.

"Wait..ni ubat apa?tengok macam tak lah series sangat. Tapi dia ada tulis pendarahan kat sini?kau sakit ape eh?"

"Tu ubat demam. Time aku demam bibir aku berdarah..tulah aku kena bagi ubat macam ni" bohong Farah sedikit. Lantas Farah merampas ubat itu dari tangan Shaz

"Ohh..so hari tu kau demam lah?tapi aku tengok kau okey je"

"Aku demam sikit sebab aku memang penat masa tu"

Shaz mengangguk faham.

"next week pertandingan..do the best. Aku yakin kau boleh" shaz memberi sedikit sokongan.

Farah mengerutkan dahi.

"Okey thankss..kau mesti sokong aku tauu" Farah membuat gaya gedik sedikit didepan Shaz.

"Jangan nak gedik sangat ehh."

"Elehh..tu pun nak marah. Orang gurau je lahh"

Shaz menyambung kembali bermain dengan hpnya. Farah mendapat satu akal untuk bermain permainan bersama Shaz iaitu main kejar-kejar ngiahahahahahah.

Lantas Farah merampas hp yang dipegang Shaz.

"Woii!!bagi balikkk!"

"Bluerkkk!!" Farah menjelirkan lidah.

Mereka berkejaran hampir di setiap sudut dan ruang rumah. Langkah Farah terhenti apabila kepalanya dipegang oleh angah yang berdiri di depannya.

"Bagi balik hp tu" kata Angah dengan nada lembut.

"Tak nak!"

"Kau ni memang nak aku kentutkan ke baru kau nak mengalah?"

Laa..dah kantoi dah. Kelemahan Farah ialah apabila seseorang mengeluarkan sejenis bau dari tubuh badannya. pernah sewaktu umur Farah 5 tahun angah tidak sengaja kentut didepannya. Sejak itu,angah selalu membulinya dengan menggunakan perkataan 'kentut' hahahahaha.

"Yelaa..nahh" Farah memberi kembali hp milik Shaz.

Ting tong!

"Eh ada orang datang lah"

"Biar angah buka" angah berjalan ke arah pintu.

shaz memegang rambut Farah yang diikat satu itu.Farah melihat Shaz dengam pandangan tajam.

"Heii..lepas lahh!"

"Taknak! Tadi kau kerjakan aku kan. Sekarang giliran aku"

Shaz menarik ikat rambut yang terikat pada rambut Farah. Rambut Farah terlepas serta-merta. Pantas Farah mencekik leher Shaz...apa lagi shaz turut mencekik leher Farah.

"Oii..bertuah punya budak! Ni ada orang datang nak lawat baba korang tak malu ke?" Sergah angah.

Mereka melihat ke arah tetamu itu dengan gaya yang masih mencekik antara satu sama lain. 'Yan lagi' getus hati Farah.
Pantas mereka membetulkan kedudukan mereka. Farah hanya membiarkan rambutnya yang tidak berikat.

"baba aku ada kat atas. Pergilah tengok dia" arah Shaz

'Eh?Yan tau ke selok belok rumah ni.hm..maybe dia dah banyak kali kut pergi rumah ni. Yela kan dia kan ex gf shaz'

Farah diam seribu bahasa. Dia hanya melihat Yan mendaki tangga untuk ke bilik baba.

"Actually dia dah banyak kali datang rumah aku sbb dia kan ex gf aku" jelas Shaz lagi.

'Ya aku tau tu shaz' Farah hanya boleh menjawab di dalam hati.

"Ye aku tau. Tengok je dia masuk dalam rumah ni,dia tayang muka selamba je aku dah agak dia banyak kali datang sini" Farah buat muka selamba. Rasa sakit itu dipendam jauh disudut hatinya.

"shaz!!" Jerit Yan sambil menuruni anak tangga.

Yan berpaut pada lengan Shaz. Shaz melihatnya sekilas.

"Kenapa?"soal shaz.

"Yang dekat u tadi tu Farah kan?die buat ape kat sini?"

"She's my cousin. No need to talk about her" shaz cuba mengelak.

Yan sengaja ingin melihat sejauh mana mereka hendak bersembunyi tentang perkahwinan itu.

Farah yang melihat mereka dari sudut dapur hanya merasa sakit hati. Dia menumbuk-numbuk beberapa kali dadanya. Darah yang mengalir dari mulutnya jatuh ke baju t-shirt yang bewarna hijau muda itu. Pantas Farah pergi ke sinki untuk membersihkan mulutnya.

Angah yang lalu di dapur melihat Farah sedang membasuh sesuatu.

"Ya allah Farah. mulut kau berdarah ke?"

"Tak pape..aku okei. Berdarah sikit je"

"Kau cakap sikit?hei darah tu keluar dari mulut kau. Kita pergi hospital!" Tegas angah.

"no need! I'm fine!" Farah membantah. Dia berlari-lari anak menaiki tangga untuk pergi ke bilik.

"Kenapa tu angah?" Soal shaz.

"aku nampak dia cuci mulut dia tadi. Banyak darah. Aku risau lah. Dia macam sembunyikan sesuatu"

"Darah?! Maybe dia tergigit kut mulut dia tu. Tulah sampai berdarah. Hahahaha"

"Tak kelako ye Shaz"

'Bagitau ke tak yang Farah ada simpan ubat?' Shaz berfikir seketika . 'Tak payahlah'.

"K lah..shaz nak naik tengok Farah"

"Okeii..angah pun nak balik dah ni. Kau jaga adik aku ye. bagitau baba ngan mama aku balik rumah dulu. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

My Lovely Wife!Where stories live. Discover now